Pages

Sunday, September 15, 2013

Ikan Rebus Bismillah

Assalamualaikum mak cik, boleh saya ambil gambar ikan rebus ni?

Waalaikumussalam, jangan le kamu panggey mak cik,
penggey le opah, udah tue, kalo buka tudung ni
semuanya udah putih..hahaha.

Itulah antara dialog sapaan saya dengan opah.

Opah penjual ikan rebus ni. Opah antara orang Melayu terawal menjual ikan rebus yang telah dibuang perutnya. Sebelum ni memang banyak peniaga ikan rebus tapi yang tidak dibuang perut. Sekarang pun masih ramai dan masih ramai juga yang membeli sebab harganya lebih murah. Namun sebagai orang Islam, makanan perlu kita jaga sebab ia akan mendarah daging.
Opah ni peramah betul dan periang orangnya. Baru je kenal 2-3 minit tadi tapi opah dah cerita macam-macam dan bila saya hala lensa ke arahnya, opah kata janganlah kamu ambik gambo opah, nanti tak de orang nak nengok pesbuk kamu...haha saya tergelak kecil dan semua peniaga di kiri kanan opah turut tergelak dan mereka gelak besar. Opah pun turut gelak....saya tak sebut apa-apa pun tentang pesbuk tu..opah moden ni.
Terima kasih opah...saya beli ikan rebus ya..assalamualaikum..



18 comments:

  1. Tak pernah beli ikan rebus ni, tak tau nak masak apa. Tengok harga kalau yang tak buang perut 1kg 14 atau RM15. Yang ni tak nampak harga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang dibuang perut ni 1kg 19 ringgit. Ikan bersih. Tadi tu beli 3 ekor je. Kat kedai makan siam, diaorang buat nasi goreng ikan rebus. Saya ni kan tak berapa nak rajin masak macam cik ta, jadi kalau masak nasi goreng ikan rebus, senang, cepat dan yang penting sedapp...hahaha

      Delete
  2. Malam tadi mama pun rsbus ikan, lepas tu simpan. Nak makan goreng garing. Ni stail org kelantanlah. Rebus sampai airnya kering.
    Mama ni opah juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opah ni peramah, muda lagi, tapi senang dipanggil opah agaknya. Supaya senang nak berkomunikasi dan dia rasa selesa dan mesra, saya ikut je...opah pun opah la.
      eeeh panggil mama dah sangat gembira.
      terima kasih mama sudi singgah di sesawang ini selalu. sayang mama.

      Delete
  3. kahkahkahhhhh!!
    kiut ler opah tu!!!!

    ada tanya tak.. opah ada pesbuk tak..?
    yang buat 'pis' tu.. yang enter prame tu.. cucu opah ke..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy tanya ..opah ada pesbuk? Opah gelak besar,
      "hahaha..sape nak nengok muka opah ni.."
      Memang tak boleh tahan gelak dengan opah ni.

      Yang buat pis tu agaknya cucu opah sebab
      tolong2 opah angkat barang jualan.
      Tukang menyakat opah juga tu...
      Bagi opah latah...hahaha

      Delete
  4. assalamualaikum

    ade resepi ikan rebus yg best2 tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam,
      Selalunya orang sini masak tempoyak.
      Tapi saya fail bab masak tempoyak ni,
      makan lulus 100% la.
      Ada yang masak lemak cili padi ditambah hirisan
      daun kunyit.
      Juga digoreng dan dimakan dengan cili air asam..
      fuhh...sedap

      Delete
  5. assalammualaikum dik,
    waa ikan rebus pun ada di jual ye. Tempat akak ikan ni laku ketika segar je..harga se kg hanya RM5 hingga ke 8 ringgit je. Rebus kosong gitu je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam kak puteri,
      Itu la, kat kuala kangsar ni, ikan rebus sangat popular. Saya pun mula sampai sini tak pandai makan tapi sekarang ok la.
      Kat sini ikan memang mahal kak. Peniaga kebanyakan beli di Taiping secara borong, jauh lebih murah.

      Delete
  6. Ikan rebus goreng garing, sedap...

    Opah pun pandai 'bermukabuku' eh...ngeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu....baru ni kakak kantin ofis goreng, pas tu dia tabur pulak bawang goreng dengan hirisan cili padi kat atas. Sedap..

      Opah ni kelakar betul, baru kenal dah rasa mcm anak cucu dia pulak...

      Delete
  7. muda lagi opah tu hehe...
    ikan rebus...goreng bersama bawang,cili..ummpphhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, muda lagi opah tu, tapi suka sangat kalau dipanggil opah.
      goreng bersama bawang, cili...makan dgn nasi panas kan....pecah peluh..hui sedap

      Delete
  8. Assalamualaikum Ti, Favourite akak ikan rebus ni. Kat KL ni tak jumpa la ikan yang dah dibuang perut cam kat tempat Ti tu. Goreng garing makan dgn nasi panas dan sambal belacan. Wow terangkat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam kak,
      Sedap kan makan simple2 macam ni. Kalau depan saya ada ayam, daging dan ikan ni, saya pasti pilih ikan rebus ni. Bila dah tak de pilihan, baru ambik ayam.

      Delete
  9. Mengidam ikan rebus mabung? Suka makan tapi xsuka nak siang ikan? Susah nak jumpa melainkan dikawasan berdekatan pantai? Kini kami ada penyelesaiannya.. Dengan pembelian ikan rebus mabung dari kami, anda akan dapat ikan rebus yang berkualiti gred A, isi ikan pejal dan segar, sudah siap dibuang isi perut, dan yang pasti ia sedap, bersih dan dijamin halal. 100% bumiputera.

    Pelbagai menu boleh dibuat dengan ikan rebus mabung:
    ✅Ikan mabung rebus air asam
    ✅Ikan mabung percik
    ✅Ikan mabung masak asam pedas
    ✅Ikan mabung masak tauchu
    ✅Ikan mabung masak lemak cili padi
    ✅Ikan Goreng. Cepat, pantas, sedappp!

    Harga promosi semurah RM8 per pack. Setiap pack mengandungi 4 ekor ikan mabung rebus gred A. Jika anda berminat boleh hubungi Ameer Jamil.

    COD: Parking Lot Aeon Big Seksyen23, Shah Alam.

    No. Telefon: 011-32194595
    What apps only: 012-3693389

    Area shah alam

    ReplyDelete
  10. Mengidam ikan rebus mabung? Suka makan tapi xsuka nak siang ikan? Susah nak jumpa melainkan dikawasan berdekatan pantai? Kini kami ada penyelesaiannya.. Dengan pembelian ikan rebus mabung dari kami, anda akan dapat ikan rebus yang berkualiti gred A, isi ikan pejal dan segar, sudah siap dibuang isi perut, dan yang pasti ia sedap, bersih dan dijamin halal. 100% bumiputera.

    Pelbagai menu boleh dibuat dengan ikan rebus mabung:
    ✅Ikan mabung rebus air asam
    ✅Ikan mabung percik
    ✅Ikan mabung masak asam pedas
    ✅Ikan mabung masak tauchu
    ✅Ikan mabung masak lemak cili padi
    ✅Ikan Goreng. Cepat, pantas, sedappp!

    Harga promosi semurah RM8 per pack. Setiap pack mengandungi 4 ekor ikan mabung rebus gred A. Jika anda berminat boleh hubungi Ameer Jamil.

    COD: Parking Lot Aeon Big Seksyen23, Shah Alam.

    No. Telefon: 011-32194595
    What apps only: 012-3693389

    Area shah alam

    ReplyDelete