Pages

Sunday, September 22, 2013

Relax Minda

Minggu ni rasa ada sedikit tekanan dalam diri.  Nak relax la, balik kampung jumpa mak.

Keluar highway dah terhidang pemandangan ini. Berhenti  dulu untuk
snap beberapa keping gambar. Perjalanan masih jauh,
 sengaja nak melalui jalan biasa.
Tengah panas terik, waktu ni jam 1.15 tengah hari.
Gigih mencari rezeki.
Alih pandangan arah sebelah bertentangan jalan. 
Kerja yang sama jentera berbeza.
Diiringi sang bangau yang turut mencari rezeki.
Bangau dah tak takut dengan jentera. Dah biasa.
Bangau akan ikut pergerakan trektor .
<<     >>
Terpukau seketika melihat deretan banglo di tengah sawah ini.
>>>>  <<<<
Kembali bertugas demi negara dan tentunya demi poket sendiri.

Renungan
Duit bukanlah segala-galanya 
tapi segala-galanya memerlukan duit.

18 comments:

  1. Salam Ti,
    Seronoknya balik kampung ya. Mesti dah hilang stress tu. hehehe. Akak suka gambar yang banyak bangau tu, cantik dan unik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussam kak,
      alhamdulillah, lega sikit rasa. saya pun suka tengok bangau yang banyak tu, relax dan tak takut jentera atau manusia...bangau moden.

      Delete
  2. Cik T,
    Akak kagum dengan imej yang anda rakam! Seolah-olah lukisan. Cantik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam kak hajjah,
      terima kasih kak....saya ni sebenarnya dulu paling suka dengan gambar awan dan matahari, tapi sekarang semuanya dah suka...terutama pemandangan.

      Delete
  3. hanya mampu berangan utk duduk banglo tepi sawah mcm tu hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita, rumah saya tepi sawah tapi rumah kampung biasa je...jom kita sama2 berangan ada banglo tepi sawah, mana tau jadi kenyataan ka.. hihihi

      Delete
  4. cantiknya awan dan langit itu!!!

    bangau-bangau tu cari cacing ya..?

    saya tak nak rumah banglo tepi sawah
    saya nak rumah kayu di tengah sawah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awan dan langit kawasan lapang memang cantik
      tapi panas giler.

      Biasanya bangau2 tu cari anak2 ikan.

      Rumah saya sawah keliling, tapi rumah kecik je
      kalau banjir jadi pulau
      sawah semua penuh air,
      yang tak tenggelam
      rumah dan laluan masuk.
      Kami bersampan dalam sawah
      tahan pukat ikan

      Delete
    2. *dengan tak malunya..*
      nak datang rumah awak bolehhh..?

      :)

      Delete
    3. boleh sesangat tu
      tunggu time yang ada air sikit
      cantik
      pulak bila tiupan angin
      timur...
      makan2 kat luar rumah

      Delete
  5. teringin nak dok kampung. bosan dah hidup di KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali ikut kawan2 ke kampung.
      Boleh le rasa angin di kampung.
      Saya pun kalau tention kerja
      memang akan balik sehari dua tengok
      kehijauan kampung, lega sikit.

      Delete
  6. Assalammualaikum Warna Sari.
    Terus terang dari hati, bila buka entri ini, ada sebak dalam hati dan airmata menitis, aku tanya diri, kenapa aku menangis?..entah kenapa aku menitiskan airmata melihat gambar2 yg.kamu kongsikan ini. sawah dan bangau putih juga jentera moden..gambar akhir seperti lukisan..awan dan warna banglo, lokasi pemandangan , rasanya sangat indah..ada emosi mendalam dalam persembahan gambar2 kamu. Terimakasih adik..aku ingin terus menikmati hasil karya mu..Semoga sihat dan tenang selalu.Salam persahabatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam kak puteri,
      Terima kasih sangat2 kerana menikmati hasil seni ini dari hati..bila ada sedikit kekacauan dalam jiwa dan hati, sy akan pulang kampung, menikmati apa yang terhidang depan mata.

      Saya juga gembira sangat punya sahabat di sini. Walaupun persahabatan berbatas di laluan maya, namun terasa ada kedekatan dalam hati.

      Semoga juga kak puteri sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki, diperkukuh iman dan terus dapat berkongsi ilmu melalui di sini di lingkaran ini..

      Terima kasih kak.

      Delete
  7. Wow! Bestnya. Beautiful shot!

    p/s; I nak join Dr. Singa boleh tak? :)

    ReplyDelete