Pages

Thursday, September 19, 2013

Yang Ada Atas Bukit Bendera (Bkt Bendera siri 2)

Apa agaknya yang ada kat atas tu?
11111
Dah beli tiket kita naik tengok la. 
2222
Sampai atas nampaklah pemandangan yang gini-gini. 
Arah berbeza pemandangan pun berbeza juga.
Pemandangan dari atas tentunya luas mata memandang
3333
Jalan-jalan tengok sana sini, dengar suara DJ diikuti irama muzik
Oooo dah ada pentas untuk pertunjukan multi kebudayaan.
4444
Yang ni pun ada : Arah dan jarak.
5555
Sempat berbual dengan beberapa petugas kat atas tu. Andai nak round,
cadangannya, kalau stamina kuat, jalan kaki le, tapi kalau rasa tak berapa nak larat, boleh la naik buggy yang bergerak dengan  menggunakan kuasa bateri.
Sebuah buggy yang boleh muat 7 penumpang cas yang ditetapkan
30 ringgit. Penumpang dibawa meronda sekitar kawasan atas tu.
Ada beberapa syarikat yang mengendalikan buggy ni, tapi casnya sama. Saya memilih buggy dari Penang Hill Hotel. Pengendali buggy ni warganegara Filipina.  Dah 3 tahun masuk secara halal untuk mencari  rezeki halal kat Malaysia ni.
Beza warna, beza pemilikan.
Yang lebih besar ni boleh memuat 11 orang, casnya 50 ringgit.
Banyak banglo personal kat atas ni. Ada yang dibina selepas merdeka,
ada juga banglo tinggalan mat salleh dulu-dulu. Semua berpenghuni,
ada penghuni kekal, ada juga penghuni singgahan.
...
Kawasan ni sesuai juga untuk dating. Ada beberapa pasangan muda
dok bercinta kat tepi-tepi laluan sambil menikmati pemandangan
indah. Termasuk lah pasangan di bawah ni..
Malu-malu lagi ni, baru jumpa kot.
Ha...yang ni objek bersejarah. Peti surat pertama yang 
wujud kat Malaya ni. Kat situ tertulis tahun 1818. 
Rajin mat salleh menulis surat rupanya. 
Agaknya berapa hari semua surat ni baru tiba ke England sana.

Macam-macam lagi yang ada. 
Dah ronda-ronda, balik le ke port buggy. Bergegas nak turun sebab nak cari lokasi Muzium Kamera pulak kat Lebuh Muntri. 

Tapi otw nak ke stesen ketapi, tersangkut la pulak kat satu stand yang tertulis, bergambar bersama binatang eksotik. Sekeping 10 ringgit. 
Apa binatang eksotik tu? Nak pi tengok la..



10 comments:

  1. Cantiklah gambar-gambar Cik T shoot! Monyet-monyet masih berkeliaran lagi ke? Saya takut....Jika diizinkanNya,ada rancangan nak ke PP pada akhir Oktober nanti ikut pakej Heritage Trail, Ipoh-KK-Penang. Terima kasih untuk overview Penang Hill.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak,
      Monyet masih banyak kat situ, tapi tak agresif la, cuma elakkan bawa makanan, takut kena sambar.
      Seronok jalan2 ikut pakej ni, ramai kenalan...KK pun termasuk dalam agenda ye.. Kalau kebetulan masa tu saya ada kat KK boleh jumpa.

      Delete
  2. Saya tinggal tidak jauh manapun dengan Pulau Pinang tapi sekalipun tidak pernah ke Bukit Bendera. Anda bertuah, semasa masih muda sudah ke merata tempat.

    ReplyDelete
  3. Byk perubahan dah atas tu..monyet tetap ada dari dulu. Macam tau ja monyet tu dok bercinta.
    Apa binatang exotik tu? Selalu kalau kawasan pelancongan, binatang exotik ular. Maca zoo taiping ada ular sawa albino.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...monyet2 yg lain duduk sekelompok, deme berdua tu je yg tenggek situ...tak mau diganggu la tu.
      nak tau binatang exotik tu kena tunggu la pada next entri..tapi sehari dua ni sibuk sebab mggu lepas ambik cuti, kena cover balik kerja tertangguh. Dah tenang sikit, baru pt pos tentang binatang exotik tu...

      Delete
  4. As salam kak t,

    Pengalaman dan suasana yg sama saya alami kat ats bukit bendera tu. Yang pastinya saya tau binatang eksotik tu..hehe.. Ramai jugak yg posing bersamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WasSalam adri,

      Hahaha...bintang eksotik yang selalu digunakan untuk menarik orang ramai...yang seronoknya bila tengok gelagat orang ramai yang berani2 takut. Yang merah muka, hidung, telinga, semua ada.

      Delete
  5. ada muzium burung hantu kan atas tu. tak masuk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak masuk pun, tempat yang periuk kera tu tak masuk. bajet masa nak ke Muzium Kamera....
      sampai sana...huhuhu ..separuh kecewa

      Delete