Pages

Saturday, April 19, 2014

Mai Derm - Khlong Hae Floating Market

Dinamakan pasar terapung - tentunya disebakan aktiviti perniagaan atas air @ atas sampan. 

Dah tak terbilang kalinya berulang ke Thailand, tapi jarang sekali saya ke sini. Tahun lepas cuma 3 kali ke Khlong Hae Floating Market ni, mula, bawa rombongan dari Pulau Pangkor, kedua, bawa 4 dara pingitan Kuala Kangsar, dan yang ketiga tu dipaksa sekali lagi oleh 4 dara pingitan yang sama kerana belum puas kata mereka.. Tahun ni, sebelum bermulanya Pesta Songkran secara besar-besaran awal April lepas, saya ke sini semula. Sebelum ni tak pernah saya sediakan entri, tapi kali ni tergerak pulak hati nak gambarkan suasana di sini.
Mai le derm... jom le round round
 Sampan-sampan tu sebagai tapak gerai masing-masing la.



Mereka di sini menjadi kreatif pastinya atas tuntutan untuk hidup. Apa saja yang difikirkan boleh menarik perhatian orang luar (terutama orang-orang kita) pasti dilakukan bersungguh-sungguh.


 Walaupun kat Hat Yai ni ada tempat-tempat yang berurus niaga dengan Ringgit Malaysia namun di sini mereka hanya menerima Thai Baht.

 Peniaga tentunya 100% orang Thailand, pembeli lebih 90% orang Malaysia.

 "ni thau rai.."



















 Sampai jumpa lagi...
Assalamualaikum
pt@Khlong Hae Floating Market, Hat Yai

12 comments:

  1. Wow... jadi ingin kesana, sepertinya sangat menyenangkan. Makanannya pasti lezat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau trip ke Hat Yai, inilah lokasi utama pilihan pengunjung. Penjaja di sini lebih 80% adalah masyarakat Islam, ada yang berasal dari Patani. Bagi saya jika ke sana saya cuma memilih untuk membeli air, pelbagai jenis kacang, dan buah-buahan. Ada penjaja yang boleh berbahasa Melayu, ada yang tidak.
      Saya masih punya hubungan kekeluargaan yang erat di sana. Kalau berkesempatan, silalah ke sana.

      Delete
  2. mereka sangat kreatif utk menarik perhatian pengnjung...air tu nampak sanagt2 sedap...dan akka nampak laksa siam..nyum nyum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saling bersaing menarik pengunjung. Pilihan saya air kelapa pandan dengan kacang goreng yang sedap sangat. Makanan termasuk laksa siam kat situ tak pernah cuba. Bila tempat yang terlalu ramai dan open gitu, risau gak, perut sensitif sikit. (bukan belagak..hihihi)

      Delete
  3. Menarik ...di tempat kita tak de, Mujur cik Pt jauh dari akak, Kalau tidak,dah tentu heret mu ke sana. Perut akak pun sensitif juga, Khuatir nak makan jualan terbuka begitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi....kena buka travel agency ni tapi khas ke Thailand je...
      saya ingat kalau kita buat kat Malaysia pun bagus gak, kat Melaka lokasi paling sesuai. Kalau Perak ni sungainya dalam, kurang sesuai.

      Delete
  4. awak mesti pandai cakap siam kan..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau sikit-sikit doc
      tak tau banyak...

      faham orang cakap lebih banyak
      dari cakap bagi orang faham...
      hihihi

      Delete
  5. Wow...best ni kalau gi. Thanks for sharing PT :)

    ReplyDelete