Pages

Friday, April 11, 2014

Lama Sungguh Tak Naik Ni - Genting Skyway

Dah lama tak ke sini. Yang exited sangat  sebab nak naik skyway tu la. Hari tu ronda-ronda, buat keputusan singgah sini untuk naik skyway ni. 
  Ramai juga orang time ni walaupun bukan cuti sekolah
Harap dapat partner dalam skyway ni sporting la sebab kot masa nak klik klik tu ada yang kurang selesa pulak nanti. Saya ni bukannya tau dok diam-diam macam orang lain.
Syukur, dalam tiub yang saya naik ni ada 4 orang je, selesa sebab sebelah cuma berdua dan saya tengok member sebelah tu dari awal naik sampai ke atas, mata dia terpejam je. Tidur atau gayat? Apa nak dikesahkan....itu hal dia...
Ambik tiket pegi balik, naik round atas tu kejap dalam 1 jam, pas tu turun la. 



Pegi tak rancang, klik klik taunya bateri kamera kong.  Pulak, sebelum tu nak ringankan sikit beban, keluarkan bateri  grip, lebih tak bernasib baiknya, bateri  extra tertinggal di kereta. Adusss.. ini je la rezeki klik kliknya. Masa turun, tak de hasil klik klik satu pun. 

 Mula-mula ada rasa gayat sikit tapi bila dah dok sibuk klik klik, otomatik hilang rasa gayat tu.

























Sampai jumpa lagi, Assalamualaikum

13 comments:

  1. assalam Tee... akak harap sangat ada foto air terjun masa naik ni.. kamera akak kan kamera jarak dekat je... foto blur jek...akak pun gayat naik ni..kena gelakkan dek anak saudara.. sungguh masa sampai hentian pertama tu akak pening dan terpaksa duduk dulu biar diorang jalan-jalan dulu.. as usual foto pun dah terbenam... tunggu time senang baru boleh up...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam kak mar,
      masa mula bergerak tu sy pun rasa risau juga, tapi bila dah mula seronok klik sana sini, hilang rasa takut tu. Sy tengok dalam tiub depan sy tu penuh dengan budak2, langsung tak nampak rasa takut. Budak2 sekarang tahap keberanian + exited begitu tinggi.

      Delete
  2. As salam kak t,

    Kak t dah penah naik skycab Gunung Mat Chincang? Debaran naik skycab lbh kuat krn ketinggian dan jaraknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam adri,
      dah 2 kali pegi situ, tapi kedua-duanya tak dapat naik. Mula tu angin kuat, dihentikan operasi untuk petang tu. Kali kedua pulak, hujan lebat dengan guruh kilat, tak berani.
      Insyaallah nak pegi lagi nanti sebab memang exited sangat nak naik.

      Delete
  3. gayatttt...takutt..masa kesana dulu anak2 ajak naik tp mak ayah yg tak berani..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...kalau pegi sekali lagi sure boleh kot...
      skyway ni akan berconcang masa melalui tiang penyambung...sesekali gerun gak

      Delete
  4. belum pernah lagi merasa naik cable car, dulu masa pegi langkawi pun memang tak sempat nak naik sebab pergi sekejap je.
    teringin nak pergi genting,tapi tak kesampaian...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah dapat tu pegi tu nanti, dekat je kan...
      Akak pegi baru ni langsung tak termasuk dalam perancangan,kebetulan ada hal di Bentong, masa balik tu singgah juga kejap.

      Delete
  5. ha!!!
    good idea for the weekend ni!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betulll.....
      jangan lupa bawa bodyguard doc yang comel2 tu

      Delete
  6. Tak boleh bercerita sebab tiada pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah nanti akan ada kesempatan untuk ke sana..

      Delete
  7. Pernah sekali lama dah, gayat, tak berani dah. Kalau pi sana kena naik bas

    ReplyDelete