Pages

Saturday, July 06, 2013

Span Petola Pulut

Di tempat saya, petola ini dipanggil Petola Pulut. 
Nama saintifiknya L. aegyptiaca 
Kat kampung, adik tanam di tepi rumah, dan cepat sungguh berbuah. Mak kata buah muda boleh buat ulam dan masak bening campur belacan, tapi mak tak berani makan sebab kata mak kalau tak tahan boleh sakit urat. Testimoni daripada makcik saya, lepas makan dia rasa sakit-sakit badan….susah nak buat kesimpulan. Mungkin kami yang tak tahan, bagi orang lain tak de masalah kot.

Kami suka biarkan buah petola ini masak dan kering di pokok, lepas tu baru petik. Kupas kulit, jemur dulu, betul-betul kering, boleh dijadikan span penggosok badan.

5 comments:

  1. As salam,
    Nama standard utk spesis petola ni ialah petola sarang. Sabut kulit buahnya mmg digunakan sbg sental samada utk badan atau pinggan mangkuk.

    ReplyDelete
  2. As salam, terima kasih atas maklumat. Kak t memang tak tahu nama standardnya. Benih yang adik tanam kat rumah tu kak t beli di Sarawak, besar2 buanya. Tengok ada juga orang jual kat pasar, mahal juga (ikut saiz)

    ReplyDelete
  3. nak tanya petola pulut ni ada di mana?

    ReplyDelete