Pages

Saturday, December 28, 2013

Annoyed ! !

Selepas selesai urusan di Hutan Melintang, ondewey balik singgah di Pekan Teluk Intan. Nak makan kat sini.
Dah 5.45. Semua gerai dah ready dan pengunjung pun dah mula masuk. Saya nak makan mee rebus di salah satu gerai situ.
Saya order, endah tak endah sorang tu menjawab..
(tak pasti toke ke atau kuli je)  "tunggu pukui 6"
Saya cakap dah hampir pukul 6..dia jawab gini "nak sekarang order gerai sebelah" dengan memek muka yang membuat saya menyampah betul.
Amboi cantiknya bahasa..menggelegak juga darah saya tapi sabar tee...
Sebelum tu saya memang sangat beria nak makan mee rebus situ, memang sedap, tambah dengan cucur udang yang rangup. Selalu pengunjung pun sangat ramai di gerai tu..tapi bila gini le bahasa dan caranya...tak hingin saya sampai bila-bila pun. 
Ingat..hidup ni macam roda, tak selamanya kita di atas..
>>>  <<<
Saya order mee dari gerai sebelah. Mee goreng biasa je tapi sedap sebab bahasa yang manis, senyuman yang mesra.
>>> <<<
Singgah pekan jap, tapi mood nak klik klik dah tinggal 10%.
Menara Condong ni pun nampak macam nak tumbang bila 
ingat bahasa dan body language si orang tadi tu..
Ada gerai macam-macam tapi singgah yang ni je..


20 comments:

  1. mak dia tak ajar tu..
    atau mak dia ajar.. dia lupa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. belagak sungguh...
      agaknya kalau saya pikul kamera besar keluar kereta
      mau dia layan baik-baik kot..

      Delete
  2. kalau sy pon, memang tak mai dah kedai tu. pastu siap tulis dlm blog nama kedai tu... padan muke dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut hati memang gitu tapi nak ambik gambar gerai tu pun dah rasa menyampah...
      kalau Allah tak izinkan rezeki, susah jadinya

      Delete
  3. Awat tak tanya dia, dah kaya sangat ke. Lain kali tulis je nama kedai tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana nak tanya dan cakap-cakap lagi sebab nak tengok gerai dia pun dah tak siou....
      Tak pe la....urusan rezeki di tangan Allah.

      Delete
  4. waaa jelesnya sbb akka dh lama plan nak kesana tp tak sampai2 lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti jalan-jalan ke sana dengan famili. Ronda-ronda Teluk Intan

      Delete
  5. tahun lepas akak ke sana ..foto dah terbenam kat mana tak up2 lagi dalam blog he he.. ada banyak lagi kedai yang sedap kat situ.... hari tu tengahhari tepat akak makan kat kedai tu dah lupa nama .. tunggula bila jumpa semula... memang bengang kalau orang tak layan kita kan.. customer mesti kena layan baik2.. menara tu memang senget !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau jumpa akak masukkan ya...
      Saya terkilan sebab saya memang nak sangat makan situ....tak pe la tak de rezeki namanya tu. Tentu ada hikmahnya kan..

      Delete
  6. There, there...
    Don't let someone who you will probably never ever going to see again affect you that way. Come on, life's too rich to be pulled down by someone like that. Kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas nasihat En. Syed,
      Saya ni kekadang emosi terlebih. Biarlah dia dengan cara dia. Saya yang kena usaha baiki diri, belajar lebih banyak sabar. Kerja berdepan dengan pelbagai ragam perlu kuat...tq tq

      Delete
  7. oooo udang-udang itu, memang menggiurkan...
    terutama masa lapar ni...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal,
      terima kasih kerana singgah di sesawang akak ni.
      suka udang ye.....

      Delete
  8. Ini tentu tak jaga perasaan pelanggan.Tak pel;ah Cik T, peniaga ni ada macam-macam ragam. Cik T dah buka email akak? Harap terhibur nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak de rezeki saya. Masa tu memang rasa geram juga.
      Saya baru check emel, terima kasih kak...happy sangat
      Saya dah reply tapi tak pasti betul ke tidak....

      Delete
  9. Assalammualaikum dik.
    Rojak buah sedap, mee udang pun sedap juga. Kalau terjumpa manusia banyak ragam.. cepat2 beritahu dalam hati.." Allah nak uji aku ni,aku mesti bersabar"..lalu berdoalah semoga di lindungi Nya. Orang yg.baik selalu diuji dengan hal2 yg.nampak remeh, tapi impaknya sangat besar kepada iman..maksudnya konsep 'sabar'. Ok dik. Jangan lupa bagi akak email, email akak puteripurnama2@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam kak puteri,
      Terima kasih atas nasihat yang sangat bermakna. Saya ni perlu banyak refleksi diri. Kadang-kadang emosi terlebih dengan hal yang remeh je..
      Ok kak puteri nanti saya bagi emel...

      Delete