Pages

Saturday, September 20, 2014

12 Hours Train Travel

Entri kali ini panjang dari biasa. 

Jumaat 19 September 2014

Seawal jam 2.15 pagi, saya drive sendirian ke Stesen Kereta Api Kuala Kangsar. Banyak jugak kereta di jalan. Destinasi.. Butterworth dan pagi nanti patah balik semula ke Kuala Kangsar. Saja nak relax sambil shoot gambar. Tak logik kan kalau difikirkan, tapi tak kisah la. Saya tak menyusahkan sesiapa.

Tepat 2.47 pagi train Senandung Langkawi tiba di Stesen Kuala Kangsar. Sebab dah diberitahu oleh petugas KTMB yang peramah dan baik hati, saya berdiri tepat tempat koc yang akan saya naik.

Perjalanan ke Butterworth tak banyak yang dapat saya lakukan, Cuma duduk sambil layan online. Cuba nak pejam tapi tak mahu. 5.28 pagi train tiba di Stesen Butterworth. Tak jangka pulak bahawa stesen masih dalam pembinaan, sana tutup sini tutup. 

Sambil berjalan untuk cari jalan keluar, saya sempat klik klik hasil vandalisme sebilangan rakyat Malaysia. Cermin train pun jadi mangsa.
Surau? Alamak, jenuh tinjau sana sini, jenuh tanya orang tu orang ni.
Antara jawapan yang saya dapat:

“Sana depan..”
“Entah, tak pernah nampak ada surau”
“Ada sana tu tapi jalan nak ke sana dikorek, ada parit”
“Depa buat surau sementara, cik lalu kot celah-celah tu, hati-hati banyak batu tajam”

Akhirnya ternampak yang dicari. Memang tersorok tempatnya
Lega dari jauh nampak lampu dan kipas terpasang, mesti ada orang 
di dalam. Tolak, berkunci tapi ada 5 pasang kasut di luar.
Saya ketuk, pintu dibuka, muka ditutup tudung. Saya jenguk ke dalam, 3 orang sedang tidur dengan muka ditutup. 2 bangun dalam 
keadaan muka agak cemas. Sebelahnya surau lelaki, 
ada 5 pasang kasut dan sepasang selipar. 

Kasut depan surau perempuan
Depan pintu surau lelaki
Saya pasti mereka ini pendatang, 
yang tak pastinya sama ada legal atau illegal. 

Saya ambil beberapa minit untuk membaca beberapa potong ayat suci dengan tujuan melindungi diri. Terus ambil wuduk dan bersolat. Alhamdulillah.
Salah seorang daripada penghuni perempuan dengan 
sedikit gelisah mengetuk pintu surau lelaki, dan semuanya bangun.

Saya sempat klik klik sekeping dua sambil berjalan keluar ..tanpa flash. perasaan risau pun ada sebab mereka ramai, saya SORANG diri. 

            Juga ada ini yang menghuni depan surau sementara ni
Laluan keluar masuk untuk naik train memang mencabar, kalau bawa beg besar-besar tentu sangat bermasalah, masih dalam pembinaan. 
Harap segera siap agar penumpang KTMB lebih selesa untuk 
menggunakan perkhidmatan ini.
>>>>  <<<<<<

8.00 pagi Ekspress Rakyat - Butterworth - Woodland bergerak meninggalkan landasan Stesen Butterworth yang belum siap. 
<<<<    >>>>
Koc yang saya duduk ni tak ramai, jadi saya bebas bergerak 
dari sisi kanan ke kiri untuk klik klik.
Perut lapar, mula plan nak ke kantin, tapi tak jadi bila 
nampak ada 'kantin bergerak' datang. 
Dua pekerja ni ramah sangat, sehabis baik mempromosi makanan yang ada, tapi hanya saya yang membeli makanan yang mereka berdua 
bawa.Terima kasih..Nak sebut abang atau kakak??


Sebekas mihun goreng dengan air oren botol kecil, RM9.50,
Dah isi perut, layan pemandangan luar. Tingkap train berkabus.
Tak pe la..mana yang dapat je le.

Lepas Bagan Serai, train akan melalui Tasik Merah. Bulan lepas saya berdiri di atas jambatan di bawah ni untuk shot Ekspress Rakyat 
yang lalu di bawahnya. Hari ini saya berada dalam perut 
Ekpress Rakyat dan shot jambatan di atas tempat
saya berdiri masa tu.
Melankolik kan bunyinya...







Atas jambatan yang merentasi Tasik Merah. Kalau saya tidak berada atas train ini, saya pasti tak dapat lihat pemandangan begini.

Yang boleh di lihat di Tasik Merah



Lepas Taiping tiba-tiba saya terfikir nak terus ke Ipoh la, seumur hidup tak pernah ke Ipoh dengan train. Saya bangun untuk mencari 
encik checker untuk bayaran tiket tambahan perjalanan ke Ipoh


Saya duduk kembali bila encik checker muncul dari koc depan
>>>   <<<
Melepasi Taiping..
Terowong di bawah ini dibuat untuk membelah Bukit Berapit dan

 memisahkan Daerah Larut Matang Selama dengan Daerah K.Kangsar. 
Sumber : Encik Google





Terowong landasan berkembar 
Bukit Berapit sepanjang 3.3 km ini merupakan 
terowong landasan kereta api terpanjang di Asia Tenggara 
dan boleh menyokong kelajuan kereta api sehingga 160km/j.
~ ~ ~~~~~~~~~~~ ~ ~
Stesen Kuala Kangsar
Kejap ye kita akan tahu siapa dia di atas ni...

Saya meneruskan perjalanan ke Ipoh.
 Babai Stesen Kuala Kangsar
 Disebabkan saya sambung perjalanan, saya perlu beralih tempat duduk. Kata encik checker, mana ada seat kosong boleh je duduk.
Saya bergerak ke koc akhir. Wahhh...kat sini lagi la best.
Di belakang sekali, tempat penyambung koc penumpang dengan 
kepala kereta api, ada tingkap...jelas pandang.
sepanjang perjalanan dari KK Ipoh, saya hanya berdiri di belakang ni. Bukannya tidak ada seat tapi saya sengaja berdiri
untuk menikmati pemandangan
 Train pasti melalui Victoria Bridge ini.
Sedikit fakta mengenai Victoria Bridge.
Victoria Bridge merupakan salah satu jambatan kereta api tertua di negara kita. Dibina antara Disember 1897 hingga Mac 1900 oleh Perak Government Railways. Perasmian jambatan tersebut telah dihadiri oleh Sultan Perak pada masa itu iaitu Almarhum Sultan Idris Mursyidul Azam Shah serta Raja Perempuan Perak. Juga turut serta Residen Perak, J.P. Rodger dan isteri pada tahun 1900. Jurutera yang bertanggungkawab terhadap pembinaan jambatan ini ialah G.W Fryer.
















Kurang 40 minit, 10.55 pagi train tiba di Stesen Ipoh.
Yang sebelah kiri tu ETS, Ekspress Rakyat sebelah kanan.

Ingat gambar kat atas tadi? ala yang depan pintu train tu.. 
ni lah orangnya. Apa nak dibuat pak cik ni. 

Dia duduk seat depan saya dalam train tadi. Dia nak ke Segamat, 
tapi mengapa turun sini?



La....dia turun untuk lap tingkap yang berkabus, nak tengok pemandangan luar. Tadi kat Stesen Kuala Kangsar dia turun
 jugak  untuk lap.Sempat sembang kejap tadi.
>>>> <<<<
Keluar dari stesen, sempat saya klik klik beberapa keping 
gambar dalam panas yang membahang ni.

Naik teksi ke, tak payah la, jalan kaki dekat je Medan Kit dari sini.
Tapi panas sangat tak tahan. Saya cari bus stop berdekatan.
Tambang seringgit ke Medan Kit. Cari bas destinasi 
mana lagi kalau bukan Bandar Di Raja
Kuala Kangsar.



Lebih sejam dalam bas teng teng melalui Chemor, Sungai Siput dan Salak, 2.35 petang saya sampai di Stesen Kereta Api Kuala Kangsar 
untuk ambik kereta yang saya parking situ awal pagi tadi.

Alhamdulillah selesai 12 jam perjalanan menimba 
pengalaman menaiki kerata api.
Jumpa lagi..Assalamualaikum

18 comments:

  1. Replies
    1. belum pernah melangkah ke negara seberang tambak tu lagi...
      setakat ni belum ada cadangan untuk ke sana..

      Delete
  2. La...tak penat ka, tak tiduq. Suka sungguh buat kerja yang orang tak pikiaq nak buat. Patut la tepon rumah bagai nak tumpui jari, tak jawab2, mula ingat pi kebun tapi bila pi rumah nampak barang2 kebun semua ada, dok agak pi balik Siam la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, penat gak sikit, tapi seronok. Bila sesuatu yang orang lain tak buat, kita buat, tu namanya spesial...
      Pegi kebun sat sat je sebab asyik hujan tak henti. Bila berhujan gini, sang pacat pun banyak. Tengah tabur garam bagi tiada lagi gangguan sanga pacat...

      Delete
  3. Pendatang tu Indon kot. Hang Kebun tak takut ka. Agak2 depa tu dok situ lama dah atau baru sampai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...mereka Indon. Ada terdengar mereka bercakap. Rasanya mungkin baru sampai, keletihan kot. Tengok 4-5 beg besar-besar ada situ.

      Delete
  4. 15 minit diambil utk layan gambar dan cerita entri ni...
    keadaan kat butterworth tu benar2 'mengerikan'...daif...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa menulis tu rasa macam buat cerpen pun ada...hahaha
      memang teruk keadaan situ, saya terlompat 2-3 kali bila tiba-tiba tikus mondok sebesar betis saya muncul dari celah-celah batu. Risau gak sebab kata orang kalau banyak tikus selalunya akan ada sang ular...keadaan gelap pulak tu...
      Saya sama sekali tak menjangka bahawa stesen Butterworth belum siap sepenuhnya sebab stesen lain dah siap sepanjang jalan dari KK ke sana. Sepatutnya stesen ni yang diberi keutamaan, Butterworth jadi pintu masuk. Train antarabangsa Bangkok-Butterworth pun sampai ke sini..

      Delete
  5. Assalam Tee.. byk berjalan luas pengalaman.. take care ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam kak mar,
      Saya jalan-jalanni tak boleh plan beria sangat sebab selalu tak jadi. Rasa nak pergi dan ada kesempatan...on je..

      Delete
  6. Salam pt...
    Tgk tiket2 tu buat saya teringat masa kecik kalau naik bas ke bandar Klang, guna tiket cam tu... nostalgic kejap...hihi...

    Love entry cam ni. Travel log. Love it! So much details saya baca setiap words eating up greedily...hihi...

    Agreed, certain views can be shot dari keretapi sahaja yg laluannya lebih scenic dan unik.

    Tabik sebab awak berani jalan2 sorang di waktu2 yg most people are comfortably and safely sleeping soundly at home.

    InsyaAllah, kalau niat kita baik [contohnya nak gi solat] maka Allah swt akan memberi pertolongan dan permudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam En. Syed,
      Tiket2 ni sure perlu disimpan sebagai kenangan. Susah nak jumpa lagi ni.

      Sebelum ni dah plan nak pegi dengan kawan-kawan, ada seorang dua nak ikut, tapi memandangkan semuanya berkeluarga, plan kena ambik kira banyak hal. Kalau pasangan sporting kira bonus la.

      Saya buat entri ni sebab terpengaruh N3 En. Syed....sory ya ambik idea...hahaha

      Sebenarnya saya tidaklah begitu berani tapi semangat tu agak kuat. Semangat nak cari pengalaman, nak rasa suasana, nak tengok-tengok .. tu yang jadi gini...hahaha
      Sekarang ni dok terfikir nak tinjau Daerah Gua Musang dengan train gak.

      Harap-harap segala yang kita buat Allah mudahkan

      Delete
  7. Salam Cik Pt,
    ,Wah, hebat betul cik Pt kita. Akak boleh bayangkan pengalaman ini. Dan akak tersenyum bila sa,a[ai 'nak panggil abang atau kakak'...hihihi....Banyak gambar-gambar cantik dan menarik. Okey,, jumpa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam kak hajjah,
      Yang saya tak boleh lupa, sebelum diaorang bergerak ke koc lain, si dia tepuk bahu saya...sambil cakap..." aww cantiknya warna sweater ni, akak suke .." dengan suara merdu diikuti lenggok yang membuat semua penumpang dalam koc tu gelak serentak. Saya tengah minum hampir tersedak.

      Delete
  8. suatu hari kalau kita dapat betemu bawa akak jalan2 macam ni ye..best sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....
      InsyaAllah kak puteri jika diizinkan Allah.
      Saya pun teringin sangat nak menjelajah Sabah dan Sarawak sana.
      Kat sana pasti banyak cabaran kalau jalan-jalan macam ni kan..

      Delete
  9. Assalam Tee ... lama tak ke udara? Rindu akak pada cerita2 Tee.. semoga sihat sentiasa dan didalam lindungan Allah swt...

    ReplyDelete