Pages

Friday, March 21, 2014

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah - JK2PP

Hmmm...dah banyak entri tentang jambatan terpanjang 
di Asia Tenggara ini...  jadinya saya pun tak nak ketinggalan juga 
nak turunkan catatan dan foto-foto yang sempat saya klik klik semasa 
menyeberangi jambatan yang berukuran 24 km ini.

Lepas Mac pasti dah ada catatan tentang kadar tol yang dikenakan.

Waktu ni jam di tangan menunjukkan 4.20 petang, 
panas masih membahang. 
Sungguh saya kagum dengan reka bentuk jambatan ini. 
Reka bentuk: jambatan kabel - penahan
jambatan galang kotak (sumber:wikipedia) 

SunRoof dibuka, saya memanjangkan leher dan kemera bekerja 
dengan aturan continuous shooting.
Membidik dengan sebelah tangan sambil menahan 
teriknya pancaran suria.....

...juga perlu melawan kuatnya tiupan angin meyakinkan 
saya bahawa tentunya kualiti 
gambar kurang memuaskan.
Aliran trafik begitu lancar waktu ini..luar waktu puncak
Panas membahang membuatkan saya tak mampu 
berlama-lama di bumbung kereta.
17km atas air dengan lebar 250 meter, memperlihat jambatan 
ini seperti seekor rakrasa yang sedang menyusur untuk 
menyeberangi Selat Selatan.

Menghampiri kemuncak...
Tadinya Viva di belakang ni laju, tapi tiba-tiba slow bila nampak 
ada objek muncul dengan kamera dari sunroof kereta..haha
Kemuncak..
Pilihan yang ada apabila menghampiri ke pulau

Semestinya tersekat-sebab, jalan dalam proses pembinaan.
Balik ikut jambatan pertama....

Sekian dulu catatan untuk kali ini, terima kasih
kerana sudi singgah di sesawangmaya phee ti..
seorang pencinta fotografi...
ASSALAMUALAIKUM

15 comments:

  1. akak pi sabtu pertama bln ni...lancar ja perjalanan...tp mmg panas sesangat la,amik gambar dari dalam kereta,blur ja..
    tuan blog nak berenti amik gambar kat batu asas tu ke...?lps sampai sana,akak berpatah blk,tu yg jumpa batu asas tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya exited sejak jambatan ni dirasmikan. Jenuh set masa tapi sibuk sungguh. Bila berkesempatan pecut le ke sini. Tu yang tak sempat pijak tanah pulau pun. Turun JK2PP terus naik jambatan pertama. Cari juga batu asas yang akak ambik gambar tu, tak nampak...lain kali insyAAllah.

      Delete
  2. Kalau ada kesempatan nanti adik boleh le menyeberangi jambatan ini. Hari tu akak dari Kuala Kangsar ke sini semata-mata nak naik jambatan ini. Masuk ikut jambatan baru ni, keluar ikut jambatan lama, tak singgah pulau pun. Keluar tanah besar singgah jap di Pusat Jualan Jeruk Pak Ali untuk solat Asar, pas tu pecut balik KK semula..

    ReplyDelete
  3. Bestnya dah naik jambatan baru. Gambar cantik, caption menarik..suka tengok suka baca

    ReplyDelete
  4. Saya nak ke penang 29 hb ni, kalau ada masa jom ikut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ajak....tapi...(ada tapi yang tak sedap ni)
      ada program tarikh tu...
      sori no

      Delete
  5. batu asas tu terletak dihujung jambatan tu..kiranya kena berpatah balik hehe...kena langkah penghadang jalan utk ke tempat batu asas tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo..... tq atas infonya kak, kena terjah lagi ni. ingat kali ni nak bajet masa sampai situ hampir senja, tentu cantik. tapi kena betul set masa, takut exited nak klik keindahan lampu, terlepas pulak kewajipan bermagrib....

      Delete
  6. Wah... cantik nya suasana di Jambatan baru..tumpang seronok... mmm bila lagi ke sini agaknya?

    ReplyDelete
  7. tak lalu lagi jambatan yg ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ada kesempatan ke utara, try le, tapi melelahkan sebab panjang sangat atas air, macam ada satu tekanan..

      Delete
  8. oh..
    memang tak ada tempat untuk berhenti eh..?
    kalau tak silap..dulu pernah nengok plannya.. macam ada tempat untuk berhenti.. ambik gambar..,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun terbaca tapi mungkin akan datang kot..
      buat masa sekarang ni belum ada...

      Delete