Sehari selepas disahkan denggi, mak dan
adik-adik bawakan saya sup ketam nipah. Tak teringat pulak nak snap gambar sup
ketam yang enak itu tapi waktu tu makan pun dipaksa untuk 2-3 sudu.
Tapi gambar ketam nipah yang dibeli, sempat juga adik diklik klik
Inilah rupa ketam nipah yang belum dimasak
<<<<< >>>>>
Datang teman dari seberang sempadan memberi petua agar
cari bunga betik dan dibuat jus. Esoknya, jus
bunga betik siap dibawa ke wad.
Bunga betik jantan : yang pahit itu ubat
>>> <<<
Esoknya lagi, abang bawakan pulak jus
pegaga.
Pegaga yang belum diproses
Balik ke rumah, jiran datang bawakan pula jus tembikai yang pekat..
Balik ke rumah, jiran datang bawakan pula jus tembikai yang pekat..
Alhamdulillah. Terima kasih mak, abang, adik-adik, rakan-rakan serta jiran-jiran..
Minta maaf byk2, tak sempat nak melawat, masa tu saya sedang berkursus di Pulau Pangkor.
ReplyDeleteRamai betul yang sayang..
ketam nipah tu mesti manis kan..
Tak de masalah, dah sihat alhamdulillah. Masa tak sihat, makan apa pun tak rasa tapi lepas keluar wad, adik beli ketam fresh, sedap betul, isinya manis sangat, murah pulak tu.
DeleteAlhamdulillah
Ketam tu tentunya sedap tapi bunga betik tu.....bagi saya rasanya tak mampu nak telan. Pegaga boleh tahan la kot
DeleteSebelum minum jus bunga betik tu memang fikir macam-macam, tapi bila dah minum, ok tak la terlalu pahit.
DeleteSekarang ni saya suka buat ulam mentah atau celur sikit.
Ala...yang pahit tu kan ubat
Pegaga pada saya sesekali boleh le kalau buat jus, tapi kalau ulam mentah saya suka
Tembikai pulak saya tak boleh makan byk sebab ada semputt.....
Bagi akak semua sedap he he... alhamdulillah ramai yg sayang..... take care..
ReplyDeleteTerima kasih kak mar....ulam-ulaman memang best kan...
Deletebunga betik tu kalau dibuat kerabu mmg sedap
ReplyDeletebetul tu...sedap kalau dibuat kerabu, tapi seminggu dua ni ulam je...
Deletemusim panas ni susah sikit nak dapat bunga betik ni.
alhamdulillah... ramai yang sayang... hehehe
ReplyDeletealhamdulillah...tak terucap dah
Deletejus tembikai pekat je yang saya rasa teringin ..
ReplyDeletememang best giler
DeleteAssalammualaikum dik.
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh dan ceria selalu.
Waalaikummussalam kak puteri,
Deleteminta maaf ambik masa agak lama baru dapat reply. Agak sibuk cover tugas-tugas tertinggal masa cuti sakit dulu.
Sekarang ni alhamdulillah.