Jeruk Madu Pak Ali adalah 100% buatan Bumiputera.
Pusat jualan ini terletak di Seberang Jaya,Pulau Pinang
Antara produk yang dijual di sini
Antara jeruk yang dijual ialah, mangga sala, mangga kuning, mangga sala, mangga air, kedondong hijau, kedondong kuning, betik, jambu batu, salak madu, pala penang, pala sagat, cermai, kabung, kelubi, anggur, ceri
dan sengkuang
Mula diusahakan sejak 1985 secara kecil-kecilan di rumah
oleh pengasasnya Allahyarham Tuan Haji Ali Omar.
Bahan-bahan yang digunakan, gula pasir, garam, pengawet dan pewarna yang dibenarkan, madu lebah, dan cuka epal.
Produk lain turun dikomersialkan
Terdapat lebih 30 jenis jeruk basah dan 50 jeruk kering
Berhampiran kaunter bayaran diletakkan satu tempayan besar, pengunjung boleh membuat catatan atau menurunkan tandatangan di sini.
Juga dipaparkan waktu solat
Jeruk Madu Pak Ali ini telah menembusi pasaran antarabangsa.
Di sebelah belakang bangunan kedai ini disediakan kawasan letak kereta yang agak luas. Surau turut disediakan, walaupun masih dalam proses pembinaan namun ruang solat yang ada agak selesa.
Waktu saya singgah terdapat beberapa bas persiaran di sini.
Semoga perniagaan Jeruk Madu Pak Ali ini terus megah di persada pasaran dalam dan di luar negara.
Salam Cik pt.
ReplyDeleteSemoga Jeruk Madu Pak Ali terus maju walaupun pengasasnya sudah tiada...' Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama'
Mudah-mudahan legasi perniagaan ini akan terus maju.
Deletehehe...entri kita sama hari ni
ReplyDeletehahaha...ada chemistry tu biarpun cuma sekadar di laman sesawang..
Deletemudahan akan lebih maju dalam meneruskan perniagaan ini...
ReplyDeleteterima kasih sudi keteratak bunda...
terima kasih bonda kerana datang ke laman pt ni.
Deletemudah-mudahan legasi perniagaan ini berpanjangan dari generasi ke generasi
Terima kasih singgah bagi jeruk, suka sangat.
ReplyDeleteKon kap..kun kun
Deleteterliur plak tgk jeruk ni....
ReplyDeleteJeruk ni boleh dimakan oleh orang yang ada asma seperti tuan punya blog ni...haha
Deletekalau saya makan jeruk yang bukan Pak Ali punya.. mesti asema saya datang..
ReplyDeletekita serupa....
Deleteboleh tersemput-semput gitu...
Salam
ReplyDeleteMenembusi pasaran antarabangsa.kat.uk ada ke?
Wassalam, pasaran timur tengah, barat tak de lagi.
Delete