Pages

Thursday, March 20, 2014

Singgah ..Jeruk Madu Pak Ali

Jeruk Madu Pak Ali adalah 100% buatan Bumiputera.


 Pusat jualan ini terletak di Seberang Jaya,Pulau Pinang
 Antara produk yang dijual di sini


 Antara jeruk yang dijual ialah, mangga sala, mangga kuning, mangga sala, mangga air, kedondong hijau, kedondong kuning, betik, jambu batu, salak madu, pala penang, pala sagat, cermai, kabung, kelubi, anggur, ceri 
dan sengkuang



 Mula diusahakan sejak 1985 secara kecil-kecilan di rumah 
oleh pengasasnya Allahyarham Tuan Haji Ali Omar.
 Bahan-bahan yang digunakan, gula pasir, garam, pengawet dan pewarna yang dibenarkan, madu lebah, dan cuka epal.

Produk lain turun dikomersialkan
 Terdapat lebih 30 jenis jeruk basah dan 50 jeruk kering


Berhampiran kaunter bayaran diletakkan satu tempayan besar, pengunjung boleh membuat catatan atau menurunkan tandatangan di sini.

 Juga dipaparkan waktu solat
Jeruk Madu Pak Ali ini telah menembusi pasaran antarabangsa.

 Di sebelah belakang bangunan kedai ini disediakan kawasan letak kereta yang agak luas. Surau turut disediakan, walaupun masih dalam proses pembinaan namun ruang solat yang ada agak selesa.
Waktu saya singgah terdapat beberapa bas persiaran di sini.
Semoga perniagaan Jeruk Madu Pak Ali ini terus megah di persada pasaran dalam dan di luar negara.








14 comments:

  1. Salam Cik pt.
    Semoga Jeruk Madu Pak Ali terus maju walaupun pengasasnya sudah tiada...' Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama'

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. hahaha...ada chemistry tu biarpun cuma sekadar di laman sesawang..

      Delete
  3. mudahan akan lebih maju dalam meneruskan perniagaan ini...
    terima kasih sudi keteratak bunda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bonda kerana datang ke laman pt ni.
      mudah-mudahan legasi perniagaan ini berpanjangan dari generasi ke generasi

      Delete
  4. Terima kasih singgah bagi jeruk, suka sangat.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Jeruk ni boleh dimakan oleh orang yang ada asma seperti tuan punya blog ni...haha

      Delete
  6. kalau saya makan jeruk yang bukan Pak Ali punya.. mesti asema saya datang..

    ReplyDelete
  7. Salam
    Menembusi pasaran antarabangsa.kat.uk ada ke?

    ReplyDelete