Betul-betul ni dan semakin menjadi-jadi la pulak.
(gambar-gambar ihsan uncle gugel..tak de kaitan pun)
Kisahnya, jiran saya ni, ada je kat rumah alias tak kerja, isteri je
yang kerja. Umur dia ni lingkungan awal 30-an.
Yang menakutkan saya, tiap kali saya
nak keluar atau balik pasti dia akan muncul dengan pakaian yang begitu minima.
Senang cakap hanya bertuala pendek.
Pada awal-awal saya pindah dulu, saya
dah dapat mengesan ada yang tak kena ni, ramahnya semacam je. Tapi biasala
kalau depan isteri cakap tak tengok kita tapi bila tak de isteri, lirik matanya
saja sungguh menakutkan.
Mula saya ingat apa yang terjadi itu
hanya kebetulan tapi kalau dah sering, itu kebetulan yang
disengajakan. Tiap hari bila saya keluar stat kereta, dia akan muncul kat pagar
border rumah. Time tu ok lagi sebab mungkin juga isterinya pun sama-sama nak
keluar kerja. Saya fikir dia tentunya nak tolong bukakan pagar untuk isteri.
Untuk elak bertembung esoknya saya keluar awal, 6.30 saya dah stat kereta. Hari
pertama je selamat, hari-hari berikutnya, 6.30 saya stat kereta dia dah
tercokoh kat pagar. Uitt ini sudah lebih..
Time balik kerja lagi la pulak. Selalu saya akan sampai dalam 5.15, isterinya kerja kat Taiping jadi lambat le sampainya. Masa saya turun keta nak buka kunci pagar, saya masih dengar bunyi kompresor acon di luar bilik dia, tapi sebaik saya reverse keta masuk parking, tup tup sengih kat tepi pagar dengan tuala pendek dia yang amat pendek tu.
Sekali tu sungguh-sungguh menakutkan saya, hujan
agak lebat, saya cepat-cepat le buka kunci pagar, dia pun kelam kabut berlari
datang kononnya nak tolong tarik pagar saya, eee takutnya sampai hampir terselak tuala dia pakai tu. Saya berlari
masuk kete terus pecut keluar, tak jadi masuk pagar saya sendiri.
Saya bercerita pada kengkawan dan untuk
membuktikannya saya ajak 2 sahabat saya ikut saya balik rumah, apa lagi
terkejut le diaorang.
Dilema sungguh saya, tak kan nak pindah lagi kot,penat yang dulu pun belum habis lagi. Saya dapat tahu mereka ni baru je berkahwin, perbezaan jarak umur hampir 20 tahun, usia si isteri jauh melebihi dia.
Memang menakutkan. Saya pun dah tengok gelagat dia ni hari tu. Saya ke rumah pt tapi pt keluar, agaknya bila dengar bunyi kereta berhenti depan pagar awak dia pun tunjuk muka dan body la. Bahaya ni, saya dah nak bagitau awak tapi terlupa je. Bila baca ni bari ingat semula. Hati-hati wey...duduk sorang-sorang.
ReplyDeleteOoo cik ta pun nampak ye...saya jadi risau bimbang dan takut..
DeleteUitt cepatnya cik ta respon.posting saya ni...tengah ngadap lap top ke
Tengah melayan forum ni dah bersimpang siur masuk tajuk itu ini, naik berasap kepala. Sambil2 tu menerawang le nak longgar2kan urat saraf.
DeleteKalau dah ada tajuk asigment cepat bagitau, boleh saya standby siap-siap.
DeleteCik pt.
ReplyDeleteAkak cadang pt elok pinda ke rumah lain sebelum apa-apa berlaku. Biar penat, asalkan selamat. Banyak-banyak berdoa minta perlindungan Nya. Baca surah Asy-Syurah , ayat 15, cari terjemahannya. In sya Allah akan terlepas dari aniaya dan kejahatan.
Terima kasih kak, mak saya pun berpesan hal sama. Petang semalam saya ke rumah pengerusi taman ni. Dia akan siasat dan akan panggil orang tersebut. Jiran sebelah satu lagi pun dah nampak tingkah dia ni. Semalam kakak dan abang sebelah ni bagitau saya, mereka dah syak lama tapi lebih meyakinkan masa saya tak jadi masuk dan pecut keta semula hari tu.
Deletekalau sampai menganggu ketenteraman,boleh report polis...tu dah kita gangguan seksual dah tu...
ReplyDeleteSy dah ckp kat pengerusi taman ni kalau tak de tindakan apa2,.sy akan repot. Yg tetkini ptg ni sy dgr riuh suara saling berlawan, bertengkar kot, suara isteti mcm jerit2, yg lelakinya sesekali je. Entah apa sb bahasa deme, tamil. Kot isteri dah tahu kot. Si isteri boleh tahan orgnya, kalau ckp biasa pun boleh dgr 3 pintu apalagi kalau jerit, setaman boleh dengar.
DeletePindah!
ReplyDeleteSedang buat pertimbangan sb baru masuk bln ke 2 kat sini
DeletePindah.sbb dia akan berdendam. Org giler seks ni ...bahaya tau.
ReplyDeletePening2....tengok perkembangan
DeleteStart cari rumah dan pindah ye. Sebab org giler seks ni sewel. Bini pulak nanri salahkan org bukan laki dia.
Deletetq..
Deletewah... setakat nak tolong bukakkan pagar untuk kite ok lagi.. tp kalau bertuala jer.. aper kejadahnya semua ini?
ReplyDeletememang gila...
Deleteada kawan cadangkan ready lastik...hahaha ohhh tidak
kalau saya dekat kat sana..
ReplyDeletesaya tolong awak pindah!
segera..
tkvm doc....langkah jangka pendek, mak datang teman sampai bulan puasa.
Deletelangkah jangka panjang kena cari peneman sendiri...hahaha