Pages

Friday, May 30, 2014

Sembah Takziah




Kami kehilangan seorang sultan yang berwibawa, Almarhum Sultan Azlan Syah. Saya dan beberapa rakan berkesempatan menziarahi jenazah almarhum di Istana Iskandariah sekitar jam 11.15 pagi 29 Mei 2014. Sebelah petangnya pula, sekali lagi kami hadir pada upacara pengebumian almarhum di Makam Di Raja Kuala Kangsar yang bertempat di Masjid Ubudiah.

Tidak banyak gambar yang dapat dikongsikan...gambar pun dicapture dengan hp yang dah mula menunjukkan tanda-tanda nak meragam...adusss
 Berbaris untuk masuk ke Balairong Seri, Istana Iskandariah


>>>     <<<
di luar Balairong Seri

<<<  >>>
Pada sebelah petangnya, sewaktu istiadat pemakaman di Makam Di Raja Kuala Kangsar.




                                atas dan bawah
selfie dalam hujan renyai-renyai..

 << >>
cameraman

 

Wednesday, May 28, 2014

MALASSS!!!!



Di kampung..
Dah lebih seminggu kat kampung…
Malas nak bukak mobile data…..sekali on, berpusu-pusu segala macam jenis mesej masuk… beratus  whatsApp, beratus weChat….untuk sementara semua malas nak reply..just ambik masa 10 to 15 minutes check emel dan blogwalking dalam kelajuan maksima.
 
Sesekali diuji dengan masalah peribadi, benar-benar meletihkan mental dan fizikal. Mental yang letih dan pengaruhnya tentulah membawa keletihan fizikal...Kamera pun dah lama tak terusik....


Tak pe la...jom relax dengan hidangan alam depan rumah...untuk foto-foto simple ni tab yang terpaksa klik klik untuk tuannya yang sedang terganggu jiwa...hahaha



 Nak makan mempelam, berdiri je atas lantai pondok ni, 
hulur tangan dan petik je..
Pondok ni tempat kami rehat-rehat waktu siang...
 Sempat gak saya berkebun sikit untuk hilangkan boring.
 yang bawah ni tanaman adik.
Sampai jumpa lagi..
Assalamualaikum 
 

Thursday, May 15, 2014

Teguh



Seteguh mana pun hati, ada ketikanya tersungkur juga. 



Namun memandang matahari ini memberi keyakinan bahawa 
esok pasti akan ada sinar baru… INSYAALLAH.














Sinar mentari dari kampung…
Assalamualaikum..

Tuesday, May 13, 2014

Mempelam Datang Lagi

Assalamualaikum rakan-rakan...
2 minggu berehat..banyak hal yang perlu diberi keutamaan..
Saya muncul dengan membawa 3 variati mempelam di sini...
>>> <<<
Raja mempelam…tentulah Harum Manis, yang harum baunya dan manis rasanya. Harum manis hanya sesuai ditanam di Perlis dan Kedah Utara. Semestinya faktor cuaca memainkan peranan penting tentang kemenjadian buah mempelam ini. Menurut fakta, setakat ini, Harum Manis cuba ditanam di kawasan lain, pokoknya subur namun sukar mengeluarkan buah, jika ada pun buahnya kecil dan tidak manis… pastinya…kajian demi kajian sedang dijalankan untuk tujuan meluaskan tanaman Harum Manis ini. Setakat ini permintaan melebihi penawaran. Harga di pasaran mencecah RM30 hingga RM 35 untuk sekilogram Harum Manis. 
Baru-baru ini saya berpeluang ke Perlis, dapat membeli Harum Manis di rumah saudara dengan harga RM 15 sekilogram. Harum Manis ditanam di sekeliling rumah berselang seli dengan sepokok dua Sala.
Pokok Harum Manis...(atas dan bawah)
>>>>   <<<<<
Mempelam Sala, 


..di Perlis jenis ini kurang mendapat sambutan. Buahnya juga manis selain isinya tebal, namun permintaannya tidak sehangat Harum Manis.

Pokok Mempelam Sala


Harum Manis & Sala
<<<<   >>>>
Sewaktu menjenguk sempadan, hmmm seperti pasar khas mempelam, pelbagai spesies. Namun saya hanya tertarik dengan Mempelam Epal ni. 

Sekilo dijual dengan harga 40 Baht atau RM 4. Beli dan terus makan, untuk dibawa balik ke Malaysia memang sangat bermasalah. Di sana juga mempelam yang juga popular, namanya Tong Dam. Tong Dam ni biasanya dimakan dengan pulut. Manis, lemak, isinya lembut dan tebal, namun tetap tidak boleh menandingi Si Harum Manis Perlis.
>>> <<<
sampai jumpa lagi..
Assalamualaikum