Assalamualaikum rakan-rakan...
2 minggu berehat..banyak hal yang perlu diberi keutamaan..
Saya muncul dengan membawa 3 variati mempelam di sini...
>>> <<<
Raja mempelam…tentulah
Harum Manis, yang harum baunya dan manis rasanya. Harum manis hanya sesuai
ditanam di Perlis dan Kedah Utara. Semestinya faktor cuaca memainkan peranan penting
tentang kemenjadian buah mempelam ini. Menurut fakta, setakat ini, Harum Manis cuba
ditanam di kawasan lain, pokoknya subur namun sukar mengeluarkan buah, jika ada
pun buahnya kecil dan tidak manis… pastinya…kajian demi kajian sedang
dijalankan untuk tujuan meluaskan tanaman Harum Manis ini. Setakat ini
permintaan melebihi penawaran. Harga di pasaran mencecah RM30 hingga RM 35
untuk sekilogram Harum Manis.
Baru-baru ini saya berpeluang ke Perlis, dapat
membeli Harum Manis di rumah saudara dengan harga RM 15 sekilogram. Harum Manis
ditanam di sekeliling rumah berselang seli dengan sepokok dua Sala.
Pokok Harum Manis...(atas dan bawah)
>>>> <<<<<
Mempelam Sala,
..di Perlis
jenis ini kurang mendapat sambutan. Buahnya juga manis selain isinya tebal,
namun permintaannya tidak sehangat Harum Manis.
Pokok Mempelam Sala
Harum Manis & Sala
<<<< >>>>
Sewaktu menjenguk sempadan, hmmm seperti pasar khas mempelam, pelbagai spesies. Namun saya hanya tertarik dengan Mempelam Epal ni.
Sekilo dijual
dengan harga 40 Baht atau RM 4. Beli dan terus makan, untuk dibawa balik ke
Malaysia memang sangat bermasalah. Di sana juga mempelam yang juga popular,
namanya Tong Dam. Tong Dam ni biasanya dimakan dengan pulut. Manis, lemak,
isinya lembut dan tebal, namun tetap tidak boleh menandingi Si Harum Manis Perlis.
>>> <<<
sampai jumpa lagi..
Assalamualaikum
assalammualaikum dik.
ReplyDeletewow..harum manis cantiknya nama mangga ni..bila lah agaknya boleh dapat memiliki jenis2 mangga ni. Cantik sangat mangga epal ni..warnanya menawan hati.
waalaikummussalam kak puteri,
Deleteharum manis ni ada setahun sekali je, antara mei hingga awal jun je
tahun lepas hujung Mei dah habis, saya ke Perlis awal Jun dah habis...
Insyaallah kalau diizinkan, kak puteri akan dapat merasanya..
I memang minat mangga. In fact baru tghari tadi makan mangga dgn pulut kuah santan...hhhmm... sedap :)
ReplyDeleteThanks for displaying the mangga dgn pen.. hihi.. dpt saya bayangkan saiznya :)
Saya pun suka gak mangga dengan santan dan pulut cuma tak boleh selalu, cepat muak. Kalau tengok orang Thai makan macam langsung tak de jemunya. Relax je. Saya ni yang separuh Melayu separuh Siam, bab makan pulut mangga tak boleh macam sana, tapi makan yang lain2 boleh...hahaha (saya kuat makan..)
Deletetak bolah bawak masuk Malaysia kan? mangga dari seberang?
ReplyDeletehuhu..
Deletetak boleh, kena rampas dengan abang2 atau akak2 kastam.
beli dan makan kat sana je..
tak pe kat Malaysia ada...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteManis betui la Harum Manis hari tu
ReplyDeleteterima kasih daun keladi
lain kali nak lagi
mempelamnya manis sekali
sama manis macam orang yang bagi..
Manis la masa hati tengah kembang..
Deletecer masa hati tengah kuncup....
hahhaaha Tony Ja pun takut..