Dah
lama saya nak ke sini, atas kesibukan terpaksa ditangguh, namun minggu lepas,
saya ambik kesempatan ke sini selepas turun dari Puncak Jerai.
Sedikit catatan sejarah tentang kewujudan tasik ini.
Sebelum ini, kawasan tasik ini merupakan kawasan perkampungan dan kini telah dipindahkan ke kawasan petempatan baharu di Pekan Beris Jaya, kira-kira 16 km dari sini.
Dari jalan raya ke kawasan parkir lebih kurang 150m dan jalannya belum berturap. Mungkin sedang dalam proses turapan.
Cas masuk, RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.
Seperti di Taman Anggur Perlis, terdapat beberapa fasa tanaman anggur di sini. Ada yang baru berbuah, dan ada yang telah sedia untuk dituai.
<<<<<< >>>>>>
Di luar kawasan tanaman..
Ada dijual mee goreng, nasi goreng, dan ais krim home made
+++++ +++++
Saya melayan tegak dengan satu pack mee goreng dan ais krim yang berperisa anggur. Potongan anggur atau strawberry dimasukkan kemudian.
Lepas makan, ronda-ronda tepi tasik jap
>>>>> <<<<<
Sebelum bergerak balik, singgah jap di sini..
Beli anggur satu pack..
Beberapa produk home made
Di kawasan ini juga turut dibangunkan resort dan chalet dengan pelbagai pilihan. Aktiviti menaiki bot turut disediakan.
~~~ ~~~ ~~~
Ini dulu N3 untuk kali ini. Saya bekalkan kengkawan dengan anggur yang manis ini....
ASSALAMUALAIKUM
Salam,
ReplyDeleteAda lagi tempat yang masuk lis 'mesti dilawati'. Bila pula ye?
Wassalam kak,
Deletesilakan datang ke Daerah Sik ini sambil menikmati pandang darat fizikal dan pandang darat budaya yang ada di sini..
buah yg dijual kat situ mahal bkn main..kalah harga kat pasar malam/supermarket,kan..tp ramai yg kata,buah tu bkn yg dipetik kat situ..tp buah import..kat perlis masuk free ja kan...
ReplyDeleteMemang lebih mahal berbanding yang dijual di pasaran, mungkin atas faktor jumlah yang terhad, dan juga untuk cover kos yang tinggi..
DeleteTentang buah itu yang asli hasil ladang di situ atau tidak, tak dapat la dipastikan kebenarannya...
Tapi kita boleh ambik pakej petik anggur di sini dengan kadar RM50 per kg, boleh membuktikan anggur itu ori dari sini.
Kat Taman Anggur Perlis, masuk RM3. Saya dah beberapa kali ke sana, malah sehari sebelum tu pun saya singgah di Perlis sewaktu OTW dari Thailand. Tapi di Perlis sekarang buah untuk dijual dah habis, dan buah di dalam pun banyak yang masih kecil, belum masa untuk dituai.
Teringin nak datang sana, kalau nak ke sana mana dekat, ikut Gerik atau ikut Buterworth
ReplyDeleteKalau ikut jarak mungkin lebih kurang, cuma kalau nak elak tol boleh ikut Gerik. Sebenarnya ada jalan pintas tapi tak reti nak bagi panduan.
Deletewoww...bestnya dapat melawat tempat yg.sangat2 akak nak lawatdi tahun 2012 dulu.Tapi tak kesampaian kerana mengejar masa.
ReplyDeleteTerimakasih dik, berkongsi gambar dan maklumat..InsyaAllah mudahlah ke sana nanti sebab dah ada banyak maklumat.
Insyaallah akan datang kesempatan untuk kak puteri ke sana nanti. Saya ni pun dah beberapa kali bertangguh, bila ada je kesempatan terus redah je.
Deleteanggur tanah rendah
ReplyDeletemanis tak?
Manis juga, yang hijau tu berbiji tapi yang meron tak de biji, lebih manis.
DeleteKalau kat Perlis, anggur hijaunya lebih manis dari yang meron
arap dapat sampai sini tahun ni...;)
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi singgah sini...
Deletemudah-mudahan akan sampai ke ladang anggur ni