Pages

Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Saturday, September 20, 2014

12 Hours Train Travel

Entri kali ini panjang dari biasa. 

Jumaat 19 September 2014

Seawal jam 2.15 pagi, saya drive sendirian ke Stesen Kereta Api Kuala Kangsar. Banyak jugak kereta di jalan. Destinasi.. Butterworth dan pagi nanti patah balik semula ke Kuala Kangsar. Saja nak relax sambil shoot gambar. Tak logik kan kalau difikirkan, tapi tak kisah la. Saya tak menyusahkan sesiapa.

Tepat 2.47 pagi train Senandung Langkawi tiba di Stesen Kuala Kangsar. Sebab dah diberitahu oleh petugas KTMB yang peramah dan baik hati, saya berdiri tepat tempat koc yang akan saya naik.

Perjalanan ke Butterworth tak banyak yang dapat saya lakukan, Cuma duduk sambil layan online. Cuba nak pejam tapi tak mahu. 5.28 pagi train tiba di Stesen Butterworth. Tak jangka pulak bahawa stesen masih dalam pembinaan, sana tutup sini tutup. 

Sambil berjalan untuk cari jalan keluar, saya sempat klik klik hasil vandalisme sebilangan rakyat Malaysia. Cermin train pun jadi mangsa.
Surau? Alamak, jenuh tinjau sana sini, jenuh tanya orang tu orang ni.
Antara jawapan yang saya dapat:

“Sana depan..”
“Entah, tak pernah nampak ada surau”
“Ada sana tu tapi jalan nak ke sana dikorek, ada parit”
“Depa buat surau sementara, cik lalu kot celah-celah tu, hati-hati banyak batu tajam”

Akhirnya ternampak yang dicari. Memang tersorok tempatnya
Lega dari jauh nampak lampu dan kipas terpasang, mesti ada orang 
di dalam. Tolak, berkunci tapi ada 5 pasang kasut di luar.
Saya ketuk, pintu dibuka, muka ditutup tudung. Saya jenguk ke dalam, 3 orang sedang tidur dengan muka ditutup. 2 bangun dalam 
keadaan muka agak cemas. Sebelahnya surau lelaki, 
ada 5 pasang kasut dan sepasang selipar. 

Kasut depan surau perempuan
Depan pintu surau lelaki
Saya pasti mereka ini pendatang, 
yang tak pastinya sama ada legal atau illegal. 

Saya ambil beberapa minit untuk membaca beberapa potong ayat suci dengan tujuan melindungi diri. Terus ambil wuduk dan bersolat. Alhamdulillah.
Salah seorang daripada penghuni perempuan dengan 
sedikit gelisah mengetuk pintu surau lelaki, dan semuanya bangun.

Saya sempat klik klik sekeping dua sambil berjalan keluar ..tanpa flash. perasaan risau pun ada sebab mereka ramai, saya SORANG diri. 

            Juga ada ini yang menghuni depan surau sementara ni
Laluan keluar masuk untuk naik train memang mencabar, kalau bawa beg besar-besar tentu sangat bermasalah, masih dalam pembinaan. 
Harap segera siap agar penumpang KTMB lebih selesa untuk 
menggunakan perkhidmatan ini.
>>>>  <<<<<<

8.00 pagi Ekspress Rakyat - Butterworth - Woodland bergerak meninggalkan landasan Stesen Butterworth yang belum siap. 
<<<<    >>>>
Koc yang saya duduk ni tak ramai, jadi saya bebas bergerak 
dari sisi kanan ke kiri untuk klik klik.
Perut lapar, mula plan nak ke kantin, tapi tak jadi bila 
nampak ada 'kantin bergerak' datang. 
Dua pekerja ni ramah sangat, sehabis baik mempromosi makanan yang ada, tapi hanya saya yang membeli makanan yang mereka berdua 
bawa.Terima kasih..Nak sebut abang atau kakak??


Sebekas mihun goreng dengan air oren botol kecil, RM9.50,
Dah isi perut, layan pemandangan luar. Tingkap train berkabus.
Tak pe la..mana yang dapat je le.

Lepas Bagan Serai, train akan melalui Tasik Merah. Bulan lepas saya berdiri di atas jambatan di bawah ni untuk shot Ekspress Rakyat 
yang lalu di bawahnya. Hari ini saya berada dalam perut 
Ekpress Rakyat dan shot jambatan di atas tempat
saya berdiri masa tu.
Melankolik kan bunyinya...







Atas jambatan yang merentasi Tasik Merah. Kalau saya tidak berada atas train ini, saya pasti tak dapat lihat pemandangan begini.

Yang boleh di lihat di Tasik Merah



Lepas Taiping tiba-tiba saya terfikir nak terus ke Ipoh la, seumur hidup tak pernah ke Ipoh dengan train. Saya bangun untuk mencari 
encik checker untuk bayaran tiket tambahan perjalanan ke Ipoh


Saya duduk kembali bila encik checker muncul dari koc depan
>>>   <<<
Melepasi Taiping..
Terowong di bawah ini dibuat untuk membelah Bukit Berapit dan

 memisahkan Daerah Larut Matang Selama dengan Daerah K.Kangsar. 
Sumber : Encik Google





Terowong landasan berkembar 
Bukit Berapit sepanjang 3.3 km ini merupakan 
terowong landasan kereta api terpanjang di Asia Tenggara 
dan boleh menyokong kelajuan kereta api sehingga 160km/j.
~ ~ ~~~~~~~~~~~ ~ ~
Stesen Kuala Kangsar
Kejap ye kita akan tahu siapa dia di atas ni...

Saya meneruskan perjalanan ke Ipoh.
 Babai Stesen Kuala Kangsar
 Disebabkan saya sambung perjalanan, saya perlu beralih tempat duduk. Kata encik checker, mana ada seat kosong boleh je duduk.
Saya bergerak ke koc akhir. Wahhh...kat sini lagi la best.
Di belakang sekali, tempat penyambung koc penumpang dengan 
kepala kereta api, ada tingkap...jelas pandang.
sepanjang perjalanan dari KK Ipoh, saya hanya berdiri di belakang ni. Bukannya tidak ada seat tapi saya sengaja berdiri
untuk menikmati pemandangan
 Train pasti melalui Victoria Bridge ini.
Sedikit fakta mengenai Victoria Bridge.
Victoria Bridge merupakan salah satu jambatan kereta api tertua di negara kita. Dibina antara Disember 1897 hingga Mac 1900 oleh Perak Government Railways. Perasmian jambatan tersebut telah dihadiri oleh Sultan Perak pada masa itu iaitu Almarhum Sultan Idris Mursyidul Azam Shah serta Raja Perempuan Perak. Juga turut serta Residen Perak, J.P. Rodger dan isteri pada tahun 1900. Jurutera yang bertanggungkawab terhadap pembinaan jambatan ini ialah G.W Fryer.
















Kurang 40 minit, 10.55 pagi train tiba di Stesen Ipoh.
Yang sebelah kiri tu ETS, Ekspress Rakyat sebelah kanan.

Ingat gambar kat atas tadi? ala yang depan pintu train tu.. 
ni lah orangnya. Apa nak dibuat pak cik ni. 

Dia duduk seat depan saya dalam train tadi. Dia nak ke Segamat, 
tapi mengapa turun sini?



La....dia turun untuk lap tingkap yang berkabus, nak tengok pemandangan luar. Tadi kat Stesen Kuala Kangsar dia turun
 jugak  untuk lap.Sempat sembang kejap tadi.
>>>> <<<<
Keluar dari stesen, sempat saya klik klik beberapa keping 
gambar dalam panas yang membahang ni.

Naik teksi ke, tak payah la, jalan kaki dekat je Medan Kit dari sini.
Tapi panas sangat tak tahan. Saya cari bus stop berdekatan.
Tambang seringgit ke Medan Kit. Cari bas destinasi 
mana lagi kalau bukan Bandar Di Raja
Kuala Kangsar.



Lebih sejam dalam bas teng teng melalui Chemor, Sungai Siput dan Salak, 2.35 petang saya sampai di Stesen Kereta Api Kuala Kangsar 
untuk ambik kereta yang saya parking situ awal pagi tadi.

Alhamdulillah selesai 12 jam perjalanan menimba 
pengalaman menaiki kerata api.
Jumpa lagi..Assalamualaikum

Friday, March 21, 2014

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah - JK2PP

Hmmm...dah banyak entri tentang jambatan terpanjang 
di Asia Tenggara ini...  jadinya saya pun tak nak ketinggalan juga 
nak turunkan catatan dan foto-foto yang sempat saya klik klik semasa 
menyeberangi jambatan yang berukuran 24 km ini.

Lepas Mac pasti dah ada catatan tentang kadar tol yang dikenakan.

Waktu ni jam di tangan menunjukkan 4.20 petang, 
panas masih membahang. 
Sungguh saya kagum dengan reka bentuk jambatan ini. 
Reka bentuk: jambatan kabel - penahan
jambatan galang kotak (sumber:wikipedia) 

SunRoof dibuka, saya memanjangkan leher dan kemera bekerja 
dengan aturan continuous shooting.
Membidik dengan sebelah tangan sambil menahan 
teriknya pancaran suria.....

...juga perlu melawan kuatnya tiupan angin meyakinkan 
saya bahawa tentunya kualiti 
gambar kurang memuaskan.
Aliran trafik begitu lancar waktu ini..luar waktu puncak
Panas membahang membuatkan saya tak mampu 
berlama-lama di bumbung kereta.
17km atas air dengan lebar 250 meter, memperlihat jambatan 
ini seperti seekor rakrasa yang sedang menyusur untuk 
menyeberangi Selat Selatan.

Menghampiri kemuncak...
Tadinya Viva di belakang ni laju, tapi tiba-tiba slow bila nampak 
ada objek muncul dengan kamera dari sunroof kereta..haha
Kemuncak..
Pilihan yang ada apabila menghampiri ke pulau

Semestinya tersekat-sebab, jalan dalam proses pembinaan.
Balik ikut jambatan pertama....

Sekian dulu catatan untuk kali ini, terima kasih
kerana sudi singgah di sesawangmaya phee ti..
seorang pencinta fotografi...
ASSALAMUALAIKUM