Sedikit fakta tentang ubi
kayu
Ubi kayu ialah sejenis
tumbuhan tropika dan subtropika dari family Euphorbiaceae yang terkenal sebagai
sumber utama karbohitrat. Daunnya pula sebagai sayuran. Ubi kayu dikatakan
berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di
semua kawasan tropika di seluruh dunia. Nama botaninya Manihot Esculenta.
(sumber : Wikipedia)
Ubi kayu ni adik yang tanam, kat tepi rumah dia. Dah dikorek dan ditarik keluar baru la tahu yang ubi tu mula buat terowong menyeberang pagar masuk ke rumah jiran sebelah. Rumah tu belum dihuni, tuannya masih bertugas di Sabah. Apapun tanah yang diceroboh ubi kayu tu kena la gembur semula.Assalamualaikum
pt Lens Shooter
Sedap buat bengkang ni atau rebus cicah kelapa dengan kopi o...
ReplyDeletebelum balik kk ke, gelap je lalu situ tadi. (dalam pukul 8.30)
haha..td kami dah kenduri kat rumah adik, rebus dan makan dengan gula campur kelapa, fuh sedap....dan juga ada kopi o...nostalgia kecik-kecik dulu selalu makan gini gini..
Deletesampai 9.30 tadi...nak bobo dah...ngantuk
Assalammualaikum dik.
ReplyDeletewah sihat nya isi ubi kayu ni, sampai sebelah pagar..buat kerepek ubi pedas sedap.
Warna Sari sihat?..esok lusa kalau ada kesempatan nak kirim udang cincalok @geragau..tungguu hihihi, alamat bagi ari tu betulkan.
Waalaikummussalam kak puteri,
DeleteUbinya memang gemuk....mkn satu famili dan jiran adik td..ada lebihan pokok yg satu lagi, adik cadang nak buat kerepek. Adik memang rajin ke dapur berbanding kakak...hihi
Sy dihat alhamdulillah...harap kak puteri juga sama.
Alahai mcm susahkan kak puteri pulak.. Terharu rasa...alamat betul tertulis..
Terima kasih kak puteri.
mcm2 boleh dibuat dgn ubi kayu tu,kan....paling malas rebus dan cicah dgn kelapa atau sambal bilis hehe
ReplyDeleteHa...baru teringat sambal ikan bilis. Idea brilian kak kam. Tak pe yang tu untuk next pokok, ada yang belum dikorek..
DeleteZaman pemerintahan Jeoun dengar cerita, ubi kayu rebus menjadi makanan ganti nasi. Macam-macam boleh dibuat ubi kayu rebus ni seperti talam, tapai, kerepek,ubi rebus bersama kelapa parut dan gula melaka, boleh juga dengan sambal ikan bilis, ubi ketuk, kalau yang direbus tak habis makan, dihiris jemur dan goreng, sira dengan gula. Hai macam-macam boleh buat ubi rebus kalau rajin. Saya tunggu ajelah....
ReplyDeleteDatuk pun selalu cerita perit zaman Jepun tu. Jadi kenalah hargai ubi kayu ni..hihihi. Kabohitrat tinggi tu, kenyang macam nasi gak..
DeleteTapi ubi ketuk tu saya kurang tahu macam mana...
Ayat akhir tu sungguh bermakna...hahaha
penceroboh!!!!
ReplyDeletekalau jiran tu dah ada.. kenalah hulur-hulur sikit akibat pencerobohan ini!!
Mujur tak de....hahaha
DeleteTerlihat gambar ubi kayu ni, teringat pula...kerana masih terasa2 keenakan ubi rebus dirumah mertua ketika balik kampung 2 minggu lepas. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah...ubi kayu ni masih kita hargai. Datuk berpesan, ubi kayu ni jangan sampai pupus sebab dengan ubi inilah kita bertahan dulu (tentunya atas izin Allah).
DeleteTerima kasih kerana bertandang ke sini.