Pages

Monday, April 14, 2014

Bukit Larut

Walaupun saya difahamkan bahawa Bukit Larut sekarang sudah tidak banyak tarikan seperti pada tahun 2009 atau 2010 yang lalu, tapi keinginan tetap tak boleh ditahan. Nak tengok apa ada di atas sana dan nak rasa pengalaman naik jip yang kata kengkawan boleh menggegarkan jantung.
Maka, suatu hari di hari Sabtu perjalanan ke Bukit Larut dimulakan seawal jam 7 pagi dari Bandar di Raja yang indah ini.

8.30 pagi jip paling awal saya panjat. Hanya 3 penumpang dan 3 pekerja dalam jip yang saya agak dah menjangkau usia belasan tahun.
Pemandunya macam dalam emosi yang kurang stabil, sambil memandu sambil merungut-rungut, tapi kurang jelas sebab saya lebih fokus pada bunyi tayar yang berdesit-desit sambil mengeluarkan bau hangit yang membimbangkan saya.
Dalam jip tu ada sorang ‘abang lembut’ pekerja resort di atas. Tiap kali jip membelok, badannya menggelongsor kearah saya sambil melatah dengan kuat
Tiap kali belok, tiap kali itu jugak dia melatah…dan sekali tu dalam latahnya ditamparnya saya...walau nampak lembut tapi tamparannya pada lengan saya membuat saya hampir berkungfu...
Adusss.. saya tarik beg kamera untuk buat border. 
Pada saya di atas keadaan biasa-biasa je…tak banyak tarikan pun. Café pun dah ditutup. Resort memang ada tapi mungkin time cuti penuh la kot…Waktu lain, ada la pengisian satu dua buah je.


 Masa saya turun, dah ramai yang menunggu giliran ke atas...




 Tengok pemandangan je le, dulu stat 2009 ada tulip kat atas ni tapi 2012 dah berakhir. Tulip ni nak belanya memang renyah.



Tak sampai pun 1 jam saya turun...
Kalau pasangan bercinta mungkin boleh ambik masa lama kot kat atas tu...
Sampai jumpa lagi, ASSALAMUALAIKUM

8 comments:

  1. akak tak pernah naik lagi...ehhh takde bunga tulip ke? atau bkn musimnya sekarang...
    jalan nak naik tu ala2 jalan naik ke gunung jerai ...kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata petugas kat atas tu, tulip dah tak de, tinggal tapak je. Last tahun 2012. Tapak tanaman tulip tu beberapa ratus meter dari stesen jip atas, kita kena menapak naik. Jln naik pun kiri kanan semak samun, lalang timggi. Saya tak berani sebab time tu tak de orang di situ lagipun saya sorang je pompuan.
      Lebih kurang jalan ke puncak Gunung Jerai tapi Bukit Larut lebih kecik dan lebih mencabar.

      Delete
  2. hahhahahaa!
    dia melatah keluar suara jantan tak!!??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habih terkeluar segala suara jantan
      yang tertahan-tahan sebelum tu.
      tamparan pun terasa tangan jantannya...

      Delete
  3. Assalam Tee.. akak sampai kat ofis di kaki bukit je .. frust masa tu.. kalau naik kena turun esoknya katanya .. ingatkan boleh pergi hari.. jalannya one way kut!.. masa tu masih ada pokok tulip.. hajat tak sampai..akhirnya kami ke Air Terjun Bukit Jana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni dah boleh balik hari. Paling cepat 1 jam, atau ikut pada muatan jip, penuh dia jalan. Jalan sudah aa tempat yang boleh selisih dah. Dulku ngam ngam tayar je...
      Saya pernah tengok tulip kat Gunung Jerai masa masih sekolah dulu. Ada ditanam dekat resort tapi tak bertahan lama, kos tinggi dan tak berbaloi

      Delete
  4. Beautiful scenery!
    Greetings from far away Polish.
    Lucia

    ReplyDelete
  5. Dulu kaki bukit ni tempat kami lepak-lepak zaman sekolah, tapi tak pernah naik
    Try nak naik tapi takut

    ReplyDelete