Pages

Sunday, September 29, 2013

Cinta Baru ~ Quessant Agosta

Cuma 3 jam berada di Melaka..
namun saya maksimumkan masa yang ada untuk menerjah menjelajah menghayati dan menikmati apa yang ada dalam kalendar pelancongan Bandaraya Bersejarah itu.

Terjahan utama tentunya Muzium Kapal Selam ini.
~~~~
Dalam muzium..


Menjelajah & menghayati apa yang ada di dalamnya


Menyesal sungguh tak bawa wide angle lens 6mm saya

Tapi Alhamdulillah .. ini untuk permulaan
~~~~
Saya keluar dari perut Agosta tapi saya berjanji akan datang lagi
dan masuk ke dalam perutnya lalu merakam segala 
organ mantap di dalamnya. 
>> <<
Awan indah Selat Melaka dari tangga Agosta
>> <<
Ruang pameran di bawah kapal selam >>
Foto dari foto

Keratan rentas Agosta 70

~~~~   ~~~~
Saya tinggalkan Agosta tapi saya bawa pulang rasa cinta yang mendalam padanya.
Jumpa lagi..

16 comments:

  1. Jalan lagi, tiap minggu ade je agenda. Tak penat ke?
    Dah ada cinta baru ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni memang penat, tapi kalau tak rushing macam ni, tunggu time santai, susah sikit la.
      11.30 tengah hari kunci pagar rumah, tepat 2.00 pagi buka kunci pagar semula.

      cinta bukan senang nak sampai...hahaha

      Delete
  2. cuti 16 sept hari tu suami ajak ke melaka..tp anak2 cuma cuti sehari ja..tak sempat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dari Kedah memang tak sempat balik hari, sekurang-kurangnya perlu tidur semalam di sana. Ramai betul orang semalam, banyak bas rombongan dari utara. Mula sampai di Bandar Hilir, round 2-3 cari parking, tak dapat, lastnya terus ke Muzium Kapal ni dulu. Kemudian baru patah balik ke Bandar Hilir, naik cruise.

      Delete
  3. assalamualaikum

    dah buka kepada public ke kapal selam ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikummusslam,


      Waalaikummussalam,

      Sebelum ni dibuka bagian luar je, tapi tak pasti bila dibuka sepenuhnya untuk public bahagian dalamnya tu. Tiket cuma RM 1 je, murah sangat2.

      Hujung minggu boleh le ke sana...dekat je kan? best sesangat.

      Delete
  4. Eh, bila sampai di negari Hang Tuah ni? Saya di Kuantan sekarang., Saya sendiri belum masuk ke dalam perut kapal selam Agosta. Hebat rupanya. Terima kasihCik T kerana war-warkan satu tarikan bandar Melaka,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi,
      Semalam saya ke negeri akak. Tapi kejap je, lebih kurang 3 jam je berada di Negeri Hang Tuah. Agak penat juga sebab rushing. Perjalanan pergi balik 10 jam lebih kurang.

      Lepas magrib naik cruise, 9.45 bergerak balik. 2 kali berhenti di R&R, 2 pagi sampai balik.
      Lain kali saya akan datang dan menikmati lagi khazanah bumi Melaka, Insyaallah, datang dengan santai.

      Delete
  5. Salam TI,

    Akak pun belum pernah melawat muzium kapal selam ni, padahal selalu pergi Melaka, tengok anak yg belajar kat sana.Menarik juga ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam kak,

      Pada saya muzium ni sgt bermanfaat. Tak puas rasanya pergi tergesa2 mcm hari tu. Insyaallah saya akan ke sana lagi. Cuma disebabkan ruang dlmnya sempit kita agak terbatas waktu utk memberi laluan pada ramai org.
      Memang menarik..

      Delete
  6. wahh!!
    very very wide angle!
    6 mm!!
    bukan fish eye kan..?

    masa saya pergi dulu..
    tak boleh masuk dalam lagi..

    ni yang rasa nak repeat lagi ni!!

    cantik gambar no 2 tu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yub...
      bukan fish eye...
      jarang2 guna...

      nyesal sungguh tak bawa ari tu
      ruang dalam submarine tu
      kalau wide angle
      fuh mengancam...hihihi

      Baru2 ni saya lego Nikor 70-300mm
      terperap je tak guna
      sejak saya beli Tamron 18-270mm
      ini kes malas
      samada nak tukar lens
      atau nak kena bawa 2 kamera
      hahahaha malas no 1

      Delete
  7. macam saya lah
    dah ada 18-250mm .. malas dah nak bawak lens lain kalau jalan-jalan
    sebab wide dah tu.. zoom pun dah okeh..

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum dik.

    hemm.. andai ada cinta baru,
    kamu layak menikmatinya..
    nikmati dengan mata dan hati
    lalu terpantullah cahaya cinta itu
    memapar warna warna
    'warna sari' nan indah.

    ( bait puisi hati menghargai seni mu, terimakasih ya..jangan lupa senyum2)..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam kak puteri,
      hihihi...ini mahu sampai tidur pun senyum...

      Agosta benar2 lekat di hati
      Agosta mengembangkan bunga di hati
      Agosta menggamit warna sari ke sana lagi..

      Terima kasih wahai sang puteri
      menjadikan hatiku indah seperti pelangi..

      Delete