Pages

Tuesday, September 17, 2013

Naik Bukit Bendera..Bukit Bendera di Pulau Pinang (Bkt Bendera siri 1)

April 2011 Kereta Api Bukit Bendera kembali beroperasi setelah ditutup 
selama 2 tahun untuk menaik taraf train. 
Dengan membayar  8 ringgit untuk tiket dua hala, saya pun
naik lah ke Bukit Bendera itu.
Opppss jangan sesekali lupa tunjukan IC masa beli tiket untuk mensahihkan 
yang  kita ni warganegara Malaysia tercinta ni.
Kalau tidak, kena bayar 30 ringgit tiket yang sama.
Apa lagi kalau muka ala-ala Arjun Rampal ke atau ala-ala Korean sikit..
Dah sampai stesen atas, turun je train, tengok jap ke bawah, 
nampak la  view yang cantik ini.
Masa berhenti, ketapi hanging macam ni le.
Ni le roda yang dok putar, tarik ketapi ke atas dan ke bawah.
Pas tu jenguk pulak saat ketapi menurun. Tak tengok rugi
Berdesussss masuk terowong
dan tak nampak lagi....
Tengok le pulak pemandangan lain kat atas tu.
<<<  >>>
Banyak lagi nak cerita, tapi tak berapa larat, mata minta bantal. Hari ni cuti
lagi, esok mula kerja...semalam berjalan, Indon bilang capek.

15 comments:

  1. Bila dia 'hanging', geruuuun. lama tak ke PP. In sya Allah akan sampai jua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ke sana, selain bukit bendera, akak cuba ke muzium perang, juga muzium kamera, semua menarik

      Delete
  2. Assalammualaikum dik.
    wahwah gi bukit Bendera ye, akak dah pi melawat disember 2012 yg.lalu..seronok sangat bila mengenang semula percutian 2012 hari tu, kebetulan musim durian, ahh puas makan durian.
    Gambar2 tu seperti biasa sangat2 cantik.Tahniah dik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam kak puteri,
      Banyak perubahan sekarang ni kan. Dulu naik makan masa setengah jam, sekarang dah lebih kurang 15 minit je..
      Terima kasih kak puteri......seperti biasa juga menceriakan sy bila sampai rumah ni dengan seinggahan kak puteri di sini.

      Delete
  3. semalam nengok gambar ni kat fon kecik..
    tak puas..
    ni datang balik ni..

    dari 1923?
    sebelum merdeka ..
    sebab omputeh sibuk cari tempat sejuk lah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, silakan datang..lagi sering lagi best tuh...
      omputeh ni kerjanya memang cari tempat
      ala-ala tempat dia gak. pas tu dikerahnya
      orang kita buat jalan utk dia naik...hihihi.
      tapi....ada baiknya gak, kita dapat teknologi dia.

      Delete
  4. As salam kak t,
    Tahun lepas saya naik bukit bendera ni. Masa di puncak baru saya tau, ianya simpan berbagai cerita dan sejarah. Kat situ ada banglo tinggalan Inggeris dan peti surat pertama di Tanah Melayu(bentuk silinder).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Was Salam Adri,
      Kak t pun round gak dengan kereta yg guna bateri tu. Sekarang ni cas sebuah keta tu 30 ringgit.

      Betul tu banyak juga gambar dan cerita kat atas tu..itu projek next entri. Lepas ni nak tulis pasal muzium perang dulu.

      Delete
  5. Assalamualaikum Ti,


    Seronok tengok permandangan kat Bukit Bendera tu, akak pergi Penang tahun lepas tak sempat nak naik Bukit Bendera, teringin la pulak nak pi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusslam kak,
      Saya pun dah sangat tak naik ketapi bukit bendera. Sebelum ni naik masa zaman sekolah lagi, itu pun ikut rombongan sekolah. Sekarang ni train dan landasan pun dah baru

      Delete
  6. Mama pun ada hati nak ke sana. Dulu pegi masa anak dara!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama tu ye, sekarang mamaju dah jadi mama kepada anak dara dah...hihihi (gurau je, jangan marah ya)

      Delete
  7. Jalan-jalan penang tak ajak pun. Dah lama tak ke sebarang pulau, setakat seberang sini. Bukit Mertajam selalu la pi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik...org penang tak pernah pi penang, ini sudah lebih.
      Ala..dah selalu ke Bkt Mertajam, terus je le ke seberang sana, dah dekat.
      Atau pun waktu balik kampung hujung minggu, putar je stereng arah jambatan, sampai le..

      Delete
    2. hari tu tak ajak sebab cik Ta kata dah mula sibuk dgn forum online, malas le nak kacau.

      Delete