Baru-baru ni saya menemani seorang rakan mengunjungi sedaranya di sebuah kampung berdekatan Jitra, dan saya temui tumbuhan
ini di belakang rumah. BEMBAN.
Suatu waktu dahulu, bemban adalah elemen penting dalam
proses untuk menjahit atap nipah atau atap rumbia.
Bemban adalah spesies tumbuhan monokot (berakar serabut).
Dikategorikan dalam keluarga MARANTACEAE
Dalam bahasa Latin disebut DONAX CANNIFORMIS.
Bemban boleh mencapai ketinggian 3 - 5 meter,
sementara daunnya berbentuk bujur telur
berukuran anggaran
Tumbuhan ini tersebar secara semulajadi di beberapa negara
Asia Tenggara, juga boleh ditemui di Papua New Guinea.
Tak banyak maklumat yang saya peroleh tentang bemban ini.
Jika ada rakan-rakan pembaca yang mempunyai info
tentang tumbuhan ini, tolong kongsikan ya.
Terima kasih.
Selamat bertemu kembali.
ReplyDeleteBemban, tumbuhan yang hampir pupus sekarang. Di kebun saya ada saya simpan sedikit untuk dikenali anak dan cucu. Umbut dari batang muda biasa dibuat sagu, dimakan untuk menyejukkan badan. Kulit dari batangnya sering digunakan untuk menyemat atap nipah atau rumbia.
Bertemu kembali,
DeleteBanyak juga kegunaan bemban ni ya. Masa kecil dulu selalu tengok tapi sekrang memang susah nak jumpa. Untung kalau dapat dijaga untuk tatapan generasi yang akan datang, kalau tak begitu, anak cucu pasti tak kenal tumbuhan ini dan kegunaannya.
Terima kasih atas perkongsian info.
Salam,
ReplyDeleteDi daerah Jasin Melaka, ada sebuah pekan bernama Bemban. Agaknya tumbuhan bemban di sana, ye Cik T.
Agaknya ye kak...ramai generasi muda dah tak kenal pokok ni. Adik-adik saya pun tak kenal.
Deleteส่าหรีสี
ReplyDeletesaya cari
maknanya..
sari colours..
saya suka
saya jumpa seorang yang suka jalan-jalan
suka ambik gambar
macam saya..
boleh saya datang sini selalu..?
:)
Suka sangat2, panggil sy PT je. (ส่าหรีสี - warna sari) saya juga akan selalu kunjung ke ini blog dr singa yang punya. Salam bersilatulrahim.
DeleteSalam Ti,
ReplyDeleteMemang dah susah nak jumpa pokok Bemban ni. Dulu memang banyak akak jumpa pokok ni kat tepi bendang. Buahnya warna putih kalau tak silap.Memang kita patut kongsi info ni utk generasi akan dtg.TQ for sharing
Terima kasih kak.
DeleteSama-samalah kita kongsi sesuatu, apalagi kalau sesuatu itu sudah hampir pupus.
Masa kecik dulu pernah tengok tapi sekarang dah tak de
ReplyDeleteHihi...cik ta boleh tengok gambo ni puas2, bior teringat nostalgia zaman dulu2.
Delete