Pages

Monday, September 23, 2013

Mempelam .. Ulat..

Balik dari kampung, singgah kejap di Bertam, jumpa kawan. Dah 5 kali dia call hari tu minta singgah, lama tak jumpa. Kebetulan dia pun balik kampung. 
Saya penuhi hasratnya, tapi minta maaf awal-awal sebab tak boleh lama, saya tak berapa selesa drive waktu malam, tak tahan silau.
Waktu sampai ada mempelam kat pangkin. Juga ada teh O panas dengan cekodok pisang. Yang saya terkam, mempelam dulu. Pisau pun tersedia. Dia pesan "selalunya mempelam tu ada...." Tak sempat habis dia cakap saya dah potong, terkejut, tertepis cawan teh, tumpah, abis basah kertas apa tah, nasib baik cawan tak jatuh.

Dia nak buang mujur sempat saya snap gambar dengan hp, 
ada kenangan ulat dalam mempelam
Tak dapat la makan, mempelam ada 2 biji je, 
dua-dua tu ada ulat..
>><< >><<
Renungan
"Jadilah pohon kayu yang lebat buahnya, dilempar orang
dengan batu tetapi dibalas dengan buah"

14 comments:

  1. kesiannya...kempunan le kawan ku ini nak makan mempelam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak de rezeki....tak kempunan hahha..singgah R&R Bukit Merah, beli banyak.....

      Delete
  2. Salam Ti,

    Nampak isinya cam sedap je, tapi dah ditakdir rezeki ulat. Redha je la ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. WasSalam kak,
      Tak pe biar la itu rezeki ulat,
      selalunya kita buat macam2 untuk hindari ulat, susah ulat nak cari makanan.
      dah dapat duduk dan makan dalam buah, tu maknanya rezeki dia..kenyang ulat tu, besar2

      Delete
  3. Kata orang tua-tua, jangan makan mangga atau mempelam dengan kicap (waktu ia muda), nanti buahnya ada ulat! Ye ke ni?? Atau 'ulat dalam buah pun boleh hidup (dapat rezeki)! Peribahasa ini ada ke Cik T? Tsaya suka buah mangga yang manis dan tak berulat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa le...peribahasa tu, ulat dalam batu kot...hihihi..
      saya pun suka sangat mangga, itu sebab mangga yang saya terkam dulu berbanding cekodok.
      saya singgah R&R Bukit Merah, beli 3 kg....ha puas makan, manis

      Delete
  4. Hmmm.. tak per lain kali, InsyaAllah ader rezeki you makan buah tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...memang tak de rezeki kat situ....pokok lama selalunnya gitu

      Delete
  5. hahahhaaaa!!
    sumber protein tu!!!

    ReplyDelete
  6. manis la tu...sbb tu ulat tu yg dapat merasa dulu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha
      betul2 setuju sesangat..
      tengok kalau durian tu sedap
      mesti dapat kat sang tupai dulu
      kalau rambutan pulak
      mesti dihurung semut hitam..

      Delete
  7. kalau sebijik dah ade ulat mcm tu, berkemungkinan satu pokok akan berjangkit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa-rasanya memang macam tu....kata kawan ada le sebiji dua je yang elok. Tu sebab dia simpan buah tu, ingatkan boleh bernasib baik..Yang penting ingatan dia tu...

      Delete