Pages

Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Saturday, December 21, 2013

Bahasa Kita

Bahasa Melayu turut digunakan oleh rakyat Thai...

walaupun ada kesilapan pada ejaan...
 tapi saya masih berbangga
 sebab ada yang betul

Sunday, November 10, 2013

Rekreasi Air

 Dah letih sana sini, hujung minggu ni relax je kat tepi Sungai Perak ni. Lensa kali ni di Taman Rekreasi JPS. 
Alhamdulillah ada pelbagai aktiviti rekreasi air rupanya hari ni. 
Memang rezeki buat lensa saya.


Rekreasi air sudah semakin menarik perhatian warga Kuala Kangsar untuk release tention.
Jet ski pilihan golongan muda





 Menunjukkan skill masing-masing

<<<<  >>>>
Berakit pun ada

Dah penat berkayuh, berenang la pulak
Tengok gambar bawah tu, siap pasang kamera kat helmet tu

>>>>  <<<<
Menyusuri sungai dengan bot rekreasi turut menjadi pilihan terutama yang berkeluarga

Kalau datang ke KK ni singgah le ke Taman Rekreasi JPS.

Thursday, September 26, 2013

Berlayar Bersantai

Santai-santai  release tention
@Sungai Perak

 Jom balik...dah nak Magrib

Monday, September 23, 2013

Mempelam .. Ulat..

Balik dari kampung, singgah kejap di Bertam, jumpa kawan. Dah 5 kali dia call hari tu minta singgah, lama tak jumpa. Kebetulan dia pun balik kampung. 
Saya penuhi hasratnya, tapi minta maaf awal-awal sebab tak boleh lama, saya tak berapa selesa drive waktu malam, tak tahan silau.
Waktu sampai ada mempelam kat pangkin. Juga ada teh O panas dengan cekodok pisang. Yang saya terkam, mempelam dulu. Pisau pun tersedia. Dia pesan "selalunya mempelam tu ada...." Tak sempat habis dia cakap saya dah potong, terkejut, tertepis cawan teh, tumpah, abis basah kertas apa tah, nasib baik cawan tak jatuh.

Dia nak buang mujur sempat saya snap gambar dengan hp, 
ada kenangan ulat dalam mempelam
Tak dapat la makan, mempelam ada 2 biji je, 
dua-dua tu ada ulat..
>><< >><<
Renungan
"Jadilah pohon kayu yang lebat buahnya, dilempar orang
dengan batu tetapi dibalas dengan buah"

Sunday, September 08, 2013

Treler Terbabas

Baru terfikir nak relax jap lepas subuh...
"klik klik klik klik" notification WhatsApp berbunyi. 
"Ada treler terbabas depan sebuah sekolah" ..Malasnya, hujan masih 
renyai setelah mencurah dengan lebatnya malam tadi sampai ke subuh. 
Biar dulu lah... Jam 7 hujan dah sidang, keluar la, boleh gak jalan-jalan pagi.
Sempat berbual dengan pemandu treler, katanya dia cuba mengelak seekor 
anjing dalam hujan lebat. Bila brek, treler terus berpusing. 
Nasib baik ada longkang dekat  pagar tu, kalau tidak mungkin
 treler dah hentam tembok & menggelongsor ke bawah
Kerosakan tidaklah teruk sangat tapi tiang lampu tumbang
dan wayar ni terputus, tapi masa ni aliran elektriknya dah dipotong.
Namun..ada mangsa yang tidak dapat diselamatkan..
Kesian sang katak, memang mati katak ni
Untuk jimat kos, awalnya toke treler panggil satu lagi treler untuk cuba tarik.
Tapi setelah 2 jam proses, percubaan gagal.
Akhirnya crane dipanggil. Saya difahamkan kos untuk crane dengan
saiz begini mencecah ribuan ringgit..Pemandu crane
bekerja dengan penuh santai
Treler berjaya dialihkan dalam proses tak sampai 10 minit.
Menunggu crane sampai, posing la dulu jap...terima kasih 
encik polis trafik, yang beri idea dan tolong pulak snap