Pages

Sunday, September 08, 2013

Treler Terbabas

Baru terfikir nak relax jap lepas subuh...
"klik klik klik klik" notification WhatsApp berbunyi. 
"Ada treler terbabas depan sebuah sekolah" ..Malasnya, hujan masih 
renyai setelah mencurah dengan lebatnya malam tadi sampai ke subuh. 
Biar dulu lah... Jam 7 hujan dah sidang, keluar la, boleh gak jalan-jalan pagi.
Sempat berbual dengan pemandu treler, katanya dia cuba mengelak seekor 
anjing dalam hujan lebat. Bila brek, treler terus berpusing. 
Nasib baik ada longkang dekat  pagar tu, kalau tidak mungkin
 treler dah hentam tembok & menggelongsor ke bawah
Kerosakan tidaklah teruk sangat tapi tiang lampu tumbang
dan wayar ni terputus, tapi masa ni aliran elektriknya dah dipotong.
Namun..ada mangsa yang tidak dapat diselamatkan..
Kesian sang katak, memang mati katak ni
Untuk jimat kos, awalnya toke treler panggil satu lagi treler untuk cuba tarik.
Tapi setelah 2 jam proses, percubaan gagal.
Akhirnya crane dipanggil. Saya difahamkan kos untuk crane dengan
saiz begini mencecah ribuan ringgit..Pemandu crane
bekerja dengan penuh santai
Treler berjaya dialihkan dalam proses tak sampai 10 minit.
Menunggu crane sampai, posing la dulu jap...terima kasih 
encik polis trafik, yang beri idea dan tolong pulak snap

10 comments:

  1. Contoh "mati katak" hi hi. Satu lagi, Cik t, orang kita selalu ber"nasib baik". Sebab Allah selalu melindungi kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak, masa berbual dengan pemandu treler tu, katanya dia agak kesal sebab sebaik terbabas, dia call toke, yang ditanya ialah kenderaannya, langsung tak tanya tentang pemandu. Tapi kuasa Allah sentiasa melindungi kita.

      Delete
  2. salam dik.
    ngeri tengok treler panjang terbalik, bayangkan kalau masa hari bersekolah dan saat tempat ini dipenuhi ibubapa dan anak murid, betul betul perkataan 'nasib baik' memberi makna yg.amat besar.
    Alhamdulillah berkat perlindungan Allah.Gambar hitam putih tu mahal kenangannya..dan makhluk katak yg.malang tu..itu dah bahagiannya.Terimakasih berkongsi gambar dan cerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam kak puteri, syukur sangat kejadian berlaku pada pagi hari minggu. Kalau hari sekolah kemungkinan akan ada kejadian yang lebih buruk. Kejadian ini hanya 2 meter dari pintu pagar sekolah..
      Terima kasih kak puteri kerana menambahkan keceriaan saya di blog ini.

      Delete
  3. Salam Ti, Kesian katak tu, syukur Allhamdullilah tak de mangsa lain yg meninggal dunia dan kejadian berlaku pada hari minggu terselamatlah budak sekolah kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WasSalam kak,
      Katak tu mati tertimpa tiang elektrik. Masa saya sampai situ, polis trafik yang bertugas tu sempat buat saya suspen.."cepat...ambik gambar mangsa kemalangan ni, ikut saya"..kelam kabut saya keluarkan kamera dan berlari ikut dia...pas tu dia tunjuk si katak tadi...adoiii terkena..

      Delete
  4. Memang mati katak....kesian katak

    ReplyDelete