Pages

Showing posts with label santai relax. Show all posts
Showing posts with label santai relax. Show all posts

Sunday, August 31, 2014

Landasan Berkembar Tasik Merah.

Assalamualaikum semua...
Landasan kereta api yang merentasi Tasik Merah ini merupakan 
satu-satunya landasan yang merentasi tasik di negara kita.
Di sebelah kiri ialah landasan lama yang ditambak. Landasan 
baru menggunakan kaedah tiang konkrit.
Bila dah klik klik, terfikir pulak, alangkah cantiknya jika ada kereta api melaluinya waktu itu. Mustahil la nak menunggu tanpa 
merujuk jadual perjalanan terlebih dulu. 


Bila saya online jadual KTMB, ternyata hanya Ekspres Rakyat destinasi Butterworth-Woodland yang melalui kawasan ini pada waktu siang.
 Lima keping gambar di atas diambil sewaktu otw dari Parit Buntar
>>>  <<<
Seminggu kemudian...
setelah mengambil kira jadual perjalanan 
Ekspres Rakyat Butterworth-Woodland yang bergerak 8.00 pagi, 
akan tiba di Stesen Parit Buntar 8.50 pagi, dan saya menjangkakan train akan melalui kawasan ini sekitar 9.15 pagi. 

10 minit menunggu, yang ditunggu pun tiba..



Hanya 2 minit, Ekspres Rakyat melintas dan menghilang…


Jumpa lagi...
Assalamualaikum...

Monday, April 14, 2014

Bukit Larut

Walaupun saya difahamkan bahawa Bukit Larut sekarang sudah tidak banyak tarikan seperti pada tahun 2009 atau 2010 yang lalu, tapi keinginan tetap tak boleh ditahan. Nak tengok apa ada di atas sana dan nak rasa pengalaman naik jip yang kata kengkawan boleh menggegarkan jantung.
Maka, suatu hari di hari Sabtu perjalanan ke Bukit Larut dimulakan seawal jam 7 pagi dari Bandar di Raja yang indah ini.

8.30 pagi jip paling awal saya panjat. Hanya 3 penumpang dan 3 pekerja dalam jip yang saya agak dah menjangkau usia belasan tahun.
Pemandunya macam dalam emosi yang kurang stabil, sambil memandu sambil merungut-rungut, tapi kurang jelas sebab saya lebih fokus pada bunyi tayar yang berdesit-desit sambil mengeluarkan bau hangit yang membimbangkan saya.
Dalam jip tu ada sorang ‘abang lembut’ pekerja resort di atas. Tiap kali jip membelok, badannya menggelongsor kearah saya sambil melatah dengan kuat
Tiap kali belok, tiap kali itu jugak dia melatah…dan sekali tu dalam latahnya ditamparnya saya...walau nampak lembut tapi tamparannya pada lengan saya membuat saya hampir berkungfu...
Adusss.. saya tarik beg kamera untuk buat border. 
Pada saya di atas keadaan biasa-biasa je…tak banyak tarikan pun. Café pun dah ditutup. Resort memang ada tapi mungkin time cuti penuh la kot…Waktu lain, ada la pengisian satu dua buah je.


 Masa saya turun, dah ramai yang menunggu giliran ke atas...




 Tengok pemandangan je le, dulu stat 2009 ada tulip kat atas ni tapi 2012 dah berakhir. Tulip ni nak belanya memang renyah.



Tak sampai pun 1 jam saya turun...
Kalau pasangan bercinta mungkin boleh ambik masa lama kot kat atas tu...
Sampai jumpa lagi, ASSALAMUALAIKUM

Saturday, November 09, 2013

Felda Residence Hot Springs, Sungai Klah, Sungkai.

Melalui PLUS, exit tol Sungkai

2 km dari tol, masuk simpang kiri untuk menuju ke TRAP. 
Jarak dari situ ke TRAP 9 km. Sepanjang laluan, kiri kanan adalah ladang kelapa sawit, FELDA Sungai Klah, Sungkai, Perak.
<< >>
Apabila pemandangan ini ditemui, bermakna jarak ke TRAP sudah semakin hampir
.............
Jumpa papan tanda yang ni dah dekat sangat..
jalan terus je kalau ke kanan kawasan petempatan.
................
Pas tu jumpa papan tanda ni pulak, belok masuk je.
.......
Ni la harga yang perlu dibayar....
..............
Pada sesiapa yang belum pernah ke sini, satu pesanan ikhlas, pakailah kasut yang tumit rata je...


......
Plan lokasi
Batu-batu kecil refleksologi dalam air suam yang mengalir jernih dan cetek.
Masa saya klik klik kat sini tak perasan ada seseorang yang hanya berbikini paling minima sedang berbaring di laluan air suam ini...
adusss....sangat seksinya..
.......

Tak boleh bawa masuk telur...
perlu beli di sini kalau nak rebus, harganya RM 6 
untuk 5 biji telur.

........
opss..nampak tak lingkaran warna ungu kat tangan tu..
Inilah tiket untuk masuk ke sini..
....

Kanak-kanak lah paling seronok kat sini..tapi mak kanak-kanak, kakak, abang, atau ayah kanak-kanak mesti la join sekali
sebab kena jaga keselamatan kanak-kanak.


.......
 Ada cafe dalam gua batu buatan ni.

Penginapan turut disediakan tapi saya tiada maklumat tentang itu. Uncle google tentu boleh bagi kita info.