Pages

Friday, April 25, 2014

Kappi / Belacan

Ahaa, kali ni saya nak kisahkan mengenai belacan.  
Saya ni dalam kategori pemakan sambal belacan tegar. Sukar dipisahkan juga la.

Sedikit fakta tentang belacan..
Proses penghasilan belacan adalah atas tindak balas bakteria-bakteria dalam belacan itu sendiri. Hasil kajian yang dijalankan, di dapati terdapat beberapa jenis bakteria membiak dalam belacan pada peringkat awal pemprosesan. Ini termasuklah bakteria jenis bacillus, pediococcus, lactobacillus, micrococcus, dan cornebacterium. Bagaimanapun, bakteria-bakteria ini akan susut sedikit demi sedikit apabila bertemu dengan asid laktik yang sedia ada dan terhapus sama sekali pada akhir pemprosesan penghasilan belacan dilakukan. Yang tertinggal hanyalah belacan (udang) serta kandungan garam yang agak tinggi. Setakat ini tiada kesan negatif yang dikatkan dengan belacan dan selamat dimakan. Bagaimanapun, sebaik-baiknya belacan disimpan dalam tempoh 6 bulan sahaja.
2-3 hari lepas saya merayau-rayau ke Kuala Sepetang. Tiada tujuan, cuma jalan-jalan sambil cari objek untuk sasaran lensa. Terfikir pulak nak beli belacan. Dalam hujan renyai-renyai saya masuk lorong-lorong yang muat-muat kereta je, kalau nak selisih memang kena berhenti pada selekoh la. Tanya sana sini jumpalah rumah yang ada stok belacan. Exited nak ambik gambar proses pembuatan belacan, tapi rupanya di rumah tersebut hanya tempat menjual belacan yang dah siap. Proses yang lain ada kawasan khas, tapi memandangkan hujan, kerja-kerja pemprosesan terpaksa dihentikan.

Inilah Belacan Pak Hassan, di Kuala Sepetang. Belacan dibalut dengan plastik sebelum dibungkus pulak dengan surat khabar. Seketul belacan ni berharga 4 ringgit. Saya beli 3 ketul untuk dikongsikan dengan kengkawan.
Inilah kisah belacan yang dalam bahasa Thai disebut kappi.
Jumpa lagi..
Assalamualaikum.
pt@kuala sepetang

11 comments:

  1. Replies
    1. Salam kak,
      Belacan Melaka, saya suka. Kawan selalu beli untuk saya bila dia balik ke sana.
      Masa ke sana hari tu memang beli juga...

      Delete
  2. Tak per. Saya cadangkan PT gi lagi sekali dan tgk cara2 memproses tu. Ambik gambar byk2 dan share di sini ya. Saya sgt berminat nak tgk cause tak pernah tahu cara proses belacan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah akan ke sana lagi, nak try masuk ke kilang arang juga. Tengok dari luar pun dah tahu sukarnya bekerja di dalam tu..

      Delete
  3. akak pun pernah jugak merayap2 di lorong2 kecil kat sana...tgk kehiduan disebalik mereka menbakar arang...menjemur hasil laut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila di sini kita dapat rasanya kehidupan sebenar mereka tu...sungguh saya kagum dengan ketabahan nelayan dan pekerja di kilang arang situ........tak dapat nak gambarkan keadaan mereka yang setiap hari berdepan panasnya bahang kayu arang tu.

      Delete
  4. Akak pernah sampai ke Jeti di Kuala Sepetang tu... sebelum tu beli ketam nipah, kerang seguni dan belacan ... tapi tempat tinggal depa ni macam kesian sangat.. ada rasa simpati... yg mengopek kerang sekeliling rumah berserakan kulit kerang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun terkesan dengan perasaan yang sama. Saya pernah melihat kehidupan nelayan di tempat lain tapi di sini sangat berbeza. Nelayan Kuala Kedah, nelayan Langkawi, nelayan Teluk Bahang, nelayan Pangkor, Kuala Perlis, kelihatan lebih baik dari di sini.

      Delete
  5. Saya ada kawan kat situ, mak dia pun buat belacan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nyesal tak bawak cik ta, kalau tak mesti dapat kappi free
      hahaha

      Delete
  6. Kuala sepetang Lokasi dimana ya, boleh bagi contact no

    ReplyDelete