Pages

Friday, July 19, 2013

Kasih Allah : Bubur Lambok Bukit Chandan

Petang ni rasa kurang sihat, macam nak semput je. Baring atas sofa, selimut dan diam-diam kat situ. Apa nak makan berbuka ni? Dah jam 6 paksa diri  untuk keluar ke depan taman. Rasa nak pusing stereng keta pun dah tak larat.
Tiba-tiba hp berdering...
"Kak Ti kat mana? Saya nak hantar bubur lambok ni..."
Terima kasih Ya Allah..
Maha Kasih Allah, sedikit kebaikan yang pernah kita lakukan, dibalas oleh Yang Maha Kuasa tepat pada saat kita benar-benar memerlukannya...
Terima kasih sahabat/adikku JC kerana susah payah menghantar bubur lambok dari Bukit Chandan ini.
Semoga Allah memberkati hidupmu.

11 comments:

  1. Jaga kesihatan. Rehat mesti cukup, jangan paksa diri sangat2. Kerja sampai bila tak akan habis, kesihatan tidak dijual di pasar atau pasar raya..
    Di Hat Yai pun tak de jual kan..hihi(jangan marah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2..kerja sampai bila2 pun tak akan habis. Ni dah ok sikit, Alhamdulillah. Kalau kesihatan boleh dijual beli, yg untung orang kaya-kaya le, macam kita ni?....hahaha

      Delete
  2. Beruntungnya ada sahabat yang baik. Selalu ambil berat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...perantau perlukan banyak sahabat

      Delete
  3. As salam kak t,

    Hari ni apa khbr? Semoga dah kembali sht dan ceria.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WasSalam...

      Alhamdulillah....dah ok..dah boleh bergelak dengan riang ria. Kalau semput ni ada tika dtg tiba-tiba tapi biasanya tak lama. Hari ni nak meronda bazar ramdhan...

      Delete
  4. Bubur lambuk bagaimana sedap masakannya, selera akak tak boleh terima. Jaga diri cik t.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nota cik t. Hj Hn tu saya ye @ sekilau one.

      Delete
    2. AsSalam kak hajjah,
      Terima kasih byk2, alhamdulillah sy dah ok. Semput dtg kejap2, pas tu ok..

      Delete
  5. Alhamdulilah ramai yang mengasihi diri mu yang mengasihi sekian ramai insan di dunia Allah yang indah ini. Syukur.

    ReplyDelete
  6. Tq sahabatku azni...kasih mengasihi amalan murni...hihihi

    ReplyDelete