Pages

Friday, September 20, 2013

Muzium Kamera Lebuh Muntri

Teruja nak ke Muzium Kamera ni selepas melawat Ini Blog Dr. Singa yang Punya

Opening times : Daily, 9am – 8pm.
Dengan panduan maklumat ini sebelum ke Penang, saya menjadualkan sempat berada di muzium ini lebih kurang 1 jam.
Pusing sana sini cari Lebuh Muntri. Nak guna gps memang fail la. Bertanya pemandu teksi lebih saya suka. Ternampak je sign board Lebuh Muntri, hati dah lega. Tengok kiri kanan, nampak perkataan 'muzium', pusing stereng, ehhh tahunya Muzium Kopi.... Pulak...
"Kakak sana depan, 1 minit jalan,  pegi kiri, 1 minit lagi nampak itu 2 polis depan duduk. Depan itu polis,  itu camera museum".. jawapan daripada seorang mamat Bangla petugas Muzim Kopi bila saya tanya lokasi Muzium Kamera.
Betul la..2 minit kemudian saya dah dapat parkir depan muzium. Tengok jam 6.15, seperti planing la.

Snap sana sini kat bawah, tetiba tergerak hati nak tanya sebab nampak petugas dah agak kalut
" Buat masa sekarang kami tutup 6.30 kak.." La dah nak tutup ni. Mana sempat nak ke atas....adusss...




Kena datang lagi le jawabnya.

13 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Bestnya round penang. kalau dengan kamera, pemilik blog ni mesti suka sangat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. minat ooo sangat2...mcm cik Ta minat masak, apa resepi semua boleh...betul cik Ta tulis tu, pemilik bloh ni peminat kamera, suka sangat la..hhaha

      Delete
  3. Menarik!Kamera pertama akak, Ricoh! Kedua, Nikon. Bila bersara, Nikon terjatuh. Macam ada rasa, suruh akak rihat. Lama tak de kamera sampailah guna hp camera (atau camera hp). Sekarang, S3 ^-^.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak setia singgah sini,
      saya pun pernah beli Ricoh zaman sekolah dulu, guna duit biasiswa pulak tu..hihi.
      Bila dah bekerja ni, mula beli sikit2. Minat punya hal.

      Delete
  4. memang kene datang lagi.... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha....kompom kena datang lagi, penerokaan kamera belum berakhir. plan berikutnya terus ke Taman Negara Teluk Bahang...InSyaAllah

      Delete
  5. isyy.. hari tu elok je depa kata tutup pukul 8 malam..
    tingkat atas dah bukak dah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tingkat atas tu dah buka stat 31 Ogos.
      Itu le sy leka kat bawah sebab ingat
      tutup pukul 8.
      Tak puas le kejap sangat.
      Kecewa pun ada.

      Delete
  6. Assalammualaikum dik.
    wow cantiknya, nanti bawakan gambar2 ditingkat atas tu ye.Hari tu pergi Penang, tak tahu pun tempat ni ada, habiskan masa lepak2 kat padang kota je, gurau2 dengan burung2 merpatik.

    Petikan ini memberi ilham.Terimakasih kerana berkongsi penerokaan.Semoga ceria dan sihatsejahtera.

    "When you photograph people in colour,
    you photograph their clothes.
    But when you photograph people in B&W,
    you photograph their souls."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walalaikummussalam kak puteri,

      Terima kasih kak puteri atas kesetian berkunjung ke sesawang warna sari ini.

      Semoga ceria bersama famili pada hujung minggu ini. Juga ceria menikmati keindahan di Lembah Seribu Bintang, dan gembira memetik hasil di tanah pantai.

      InSyaAllah akan ke sana lagi, dan pastinya akan ada siaran khas mengenai tingkat atas Muzium Kamera ini.

      Delete
    2. aduhai manisnya tutur bicara, terasa benar dekatnya persahabatan.Terimakasih dik. Sebentar lagi akan ke tanah pantai utk.kerja2 memetik buah tembikai utk.jualan esok hari di pasar 'tamu' yg.diadakan setiap hari ahad.

      Delete
    3. bestnya..kalau dekat dah ku terbang ke sana untuk memetik tembikai itu..
      jangan lupa entri khas jualan tembikai di pasar tamu...

      Delete