Pages

Thursday, September 05, 2013

Bunga Pisang Kipas

Assalamualaikum rakan-rakan yang dihormati,
mohon info:
Ini bunga pisang kipas ke?  
Saya tidak ada maklumat tentang ini
Inilah pokoknya.

Ada yang mengatakan bahawa pisang kipas tidak pernah ditemui berbunga di negara kita.
Mohon kongsi info daripada rakan-rakan. Terima kasih.

Nak tambah satu lagi gambar, yang ini Bird of Paradise
..terima kasih untuk Kak Hajjah Noralena Abbas. 

21 comments:

  1. As salam kak t,

    Saya pernah lihat pokok pisang kipas berbunga tp yg sebenarnya ia jarang mengeluarkan bunga. Pisang kipas bukan spesis pisang (Musaceae) dan juga bukan spesis Palmae(Arecaceae). Ia tersendiri dalam spesisnya iaitu, Strelitziaceae. Asalnya dari Madagascar dan ada byk spesis pisang kipas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WasSalam adry,
      Terima kasih banyak atas info ini. Yang ini kak t terjumpa di Cameron Highland. Sebelum ni kak t tak pernah nampak pokok ini berbunga, dan tinjau-tinjau maklumat dalam carian google juga menyatakan ia sangat jarang mengeluarkan bunga kecuali di negara asalnya. Kiranya kita yang pernah tengok bunga pokok ni kategori bertuah la ye...

      Delete
    2. Saya pun setakat ni baru sekali tgk pokok pisang kaki ni berbunga. Tu pun 4 tahun lepas. Kiranya kita ni bertuah sbb dapat tgk bunga yang jarang nak ada ni..hehe..

      Delete
    3. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia nampak bunga pisang kaki...hahaha

      Delete
    4. Budak ini ada saje ideanya...
      Tak pernah tengok bunga ni, pokoknya selalu le.
      Memang betul la tu bertuah...tuah ayam nampak di kaki, tuah pt nampak bunga pisang kaki...

      Delete
    5. Alamak....jangan le mike kata teman ni budak, malu le teman..
      Cik Ta pun tuah juga....dapat kawan macam pt ni yang kaki rayau sana sini cari gambar..hihihi...

      Delete
    6. Hari tu terjumpa sorang kawan, dia bagitau yang amoi keturunan thai ni ada buat kelas fotografi. Tak kabo2 kat sy pun. Sy ni kalau ambik gambar guna kamera digital je, pernah guna DSLR kawan minta tolong, nampak kaki je, ada yang nampak kepala je...marah orang. Nak juga belajar.

      Delete
    7. This comment has been removed by the author.

      Delete
    8. ish ish....untuk budak-budak je, yang nak jadi mak budak tu segan la cik T nak ajar, cik T ni bukannya teror pun, main tekan-tekan je. Tak pe le kalau cik Ta ambik gambar nampak kaki je ke atau kepala je ke, kalau org marah jawab je gini..itu kan seni...seni fotografi, orang tak boleh pertikai...hihihi

      Delete
    9. Silap kerjaya...patutnya jadi loyer........

      Delete
  2. Cik t,
    Rupanya sama seperti bunga "Bird of Paradise". Warna sikit berbeza. Akak pernah tanam . Cuba Cik t google.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak, nanti sy buat carian google. Rasanya saya pernah snap gambar bunga yang akak ckp tu, kena search dlm ehd sy juga.

      Delete
    2. Saya dah jumpa gambar Bird of Paradise. Terima kasih kak

      Delete
    3. Alahai Cik t. tertera pula nama akak ye? Agaknya Bird of Paradise dengan bunga pisang kipas tu serumpun tak?

      Delete
    4. Bird of paradise dan pisang kapas memang dalam famili yg sama iaitu Strelitziaceae. Kiranya mereka berdua ni sedara mara..hehe..

      Delete
    5. Terima kasih adry, kak t baru nak bagitau kak hajjah kena rujuk pada rakan blog kita en. adry, yang mahir tentang kepelbagaian jenis tanaman. Kak t pun kena rajin cari maklumat la tentang tanaman, kak t kurang ilmu tentang hal-hal ini.

      Delete
  3. Cantik bunganya, warna hitam pulak. dulu teringin nak tanam tapi pokok tu besar tak muat taman..
    mcm adik beradik dgn bird of paradise ek! nanti nakgoogle jugalah.

    mamaju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua jenis bunga ni saya jumpa kat Mardi Cameron Highland. Tak tahu nama. Kemudian saya buat carian google, baru tahu yang hitam putih tu bunga pisang kaki, tapi menurut maklumat jarang ditemui berbunga di negara kita. Bila En Adry confirm bunga pisang kaki, happy sangat, kira bertuah dapat tengok. Yang bawah tu pulak juga tak tahu nama, bila kak hajjah Noralena sebut baru tahu dan terus publish gambar tu.

      Delete
  4. Assalammualaikum,
    Bird of paradise tu, ada akak tanam, cantik bunganya buat gubahan, tapi agaknya lebih lah cantik bila dapat tanam jenis yg.hitam putih gambar diatas tu. Terimakasih kongsikan gambar menarik ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam kak puteri,
      sy ni kalau jumpa sesuatu yang agak-agak menarik, sy snap je, lepas tu baru cari maklumat, bertanya kawan-kawan, atau buat carian dalam internet. Yang jadi masalah kalau tak tahu nama pokok atau nama bunga...saya ni memang kurang ilmu, kena banyak belajar lagi.

      Delete