Pages

Sunday, March 30, 2014

LENGGONG Lembah Warisan Dunia UNESCO

LEMBAH Lenggong, yang diraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO hari ini, menyimpan pelbagai rahsia sebagai penempatan terawal manusia zaman pra-sejarah di negara ini.

Kehadiran manusia di Lembah Lenggong yang dikatakan bermula hampir dua juta tahun yang lepas membuktikan lembah itu pernah menjadi antara peradaban tertua manusia di luar benua Afrika. Lembah Lenggong menjadi perhatian masyarakat arkeologi dunia sejak penemuan kerangka manusia yang dikenali sebagai Perak Man, bengkel pembuatan perkakas zaman batu (Paleolitik) serta pelbagai khazanah purba yang lain.

Perak Man adalah rangka seorang lelaki dengan ketinggian 154 cm. Ia ditemui ditanam dalam keadaan kedua-dua kakinya dilipatkan ke dada dan bersamanya ditemui 2,878 siput sedut yang telah siap dipotong muncungnya dan sedia untuk dimakan.

Turut ditemui bersama kerangka itu adalah cebisan tulang daripada pelbagai spesis haiwan yang telah dibakar serta perkakas batu.













LENGGONG Lembah Warisan Dunia UNESCO
Tapak Arkeologi Lembah Lenggong ini telah berjaya diiktiraf sebagai 
Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 30 Jun 2012
Penyenaraian Warisan Arkeologi Lenggong oleh UNESCO, menjadikan kawasan ini tapak ke-953 yang termasuk dalam senarai tapak warisan dunia dan yang ke-4 
di negara kita selepas Bandaraya Melaka Bersejarah dan Georgetown, 
Taman Negara Kinabalu, dan Taman Negara Mulu.

7 comments:

  1. Akak yg dekat ni pun baru ambik peluang singgah padahal selang semggu lalu area situ utk ke Thailand..

    ReplyDelete
  2. ini saya kena pergi!!
    ada apa lagi kat sekitar2 tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Galeri ni menarik, kena ambik masa lama untuk melihat semuanya.
      Sebelah galeri ada menara peninjau untuk tengok kawasan.
      saya tak naik, singgah kejap je.
      Sekitar situ tak banyak yang boleh dinikmati,
      cuma boleh le singgah tengok aktiviti nelayan
      Tasik Raban.....try

      Delete
  3. alamakkk...seksinya mereka hehe...

    akak pernah lalu ja area tu ..tak sempat singgah pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.....untung ada kulit pokok buat pakaian kecil tu....
      saya pun selalu lalu, tak pernah singgah, minggu lepas tu
      tergerak hati nak singgah...tapi kejap je
      kelam kabut sebab nak hujan...waktu tu beroda dua

      Delete