Pages

Saturday, September 21, 2013

Muzium Perang, Batu Maung, Pulau Pinang

‘Cakap-cakap’  banyak pihak menyatakan tempat ini misteri. Penduduk tempatan pernah menggelar kawasan ini Bukit Hantu.
Sedikit fakta tentang Muzium Perang ini: Asalnya ialah sebuah kubu pertahanan yang dibina oleh Inggeris pada tahun 1930 dan mula digunakan untuk operasi ketenteraan British pada 1939.
Apabila kubu ini ditawan oleh Jepun, ia dijadikan markas tempat tawanan diseksa serta dibunuh oleh tentera Jepun. 
Pengunjung berpeluang menempuh pengalaman berada dalam terowong gelap, merangkak juga dalam terowong sempit dan rendah yang kemudiannya memanjat tangga tegak dan keluar melalui pintu rahsia di atas bukit.

Pintu masuk selepas membeli tiket

Terdapat beberapa miniatur rumah di laluan masuk. 
Bom yang dinaikkan dari tempat simpanan bawah tanah
Lubang udara di terowong sempit
Antara peralatan yang digunakan oleh Tentera British
Saya mengambil peluang merasai pengalaman merangkak di terowong ini dan memanjat melalui tangga besi yang tegak di hujung sana dan muncul melalui pintu rahsia di atas bukit. 
Agak bangga le juga..(bukan belagak..hahaha) sebab saya sorang je yang lepas memanjat tangga tu, walaupun saya ni tergolong dalam kategori heavy weight, pengiring-pengiring saya yang light weight pun tak lepas. Dah sampai tangga ke 5 terpaksa tukar gear reverse, kembali merangkak keluar...
Ha....inilah tangga besi yang tegak dan sempit dalam gelap tu, 
anak tangganya ada 31.
Inilah pintu rahsia tempat keluar dari tangga tadi. Rendah je. Boleh tahan la juga penatnya, maklum lah bebanan heavy weight.
<<< >>>
cup...laluan untuk iklan..
Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah bersopan santun tak kira di mana berada 
walaupun ketika di dalam lorong yang gelap""
>>> <<<
Banyak yang akan kita jumpa kat atas bukit sana.


Memasuki kawasan yang agak menyeramkan. Tempat Jepun melakukan seksaan dan pembunuhan terhadap tawanan.
Tempat seksaan. Ada juga tempat seksaan seksual tahanan wanita, tapi saya tak sanggup nak ambik gambar, rasa terlalu ngeri dan kejam.
Kubur mangsa yang dibunuh. Tidak pasti tengkorak ini yang asli
atau tidak, tapi bila dekat terasa seram sangat.
Kawasan tempat tawanan digantung. Replika gambaran makluk menyeramkan ini membuktikan kawasan ini memang dipenuhi misteri.
...
Fakta yang perlu kita ketahui, muzium perang ini merupakan 
Muzium Perang yang terbesar di Asia Tenggara.
<< >>
Kisah Muzium Perang dan misterinya.
..jumpa lagi..

21 comments:

  1. Sy terus terang tak berani masuk kawasan seksaan tu..terowong dan panjat pun angkat bendera putih le, tak nak seksa diri.

    huh...dalam seram pun sempat iklan lagi. Apa sopannya kalau dah merangkak memanjat gitu...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...nak gelak besar..
      apa yang cik ta takut sangat tu, yakin pada Allah, InSyaAllah tak pe. Saya sentiasa baca ayat kursi kalau berada di tempat yang rasa asing dan menyeramkan. Allah pasti melindungi.

      yang merangkak dan memanjat tu, kalau tak alami sendiri, tak dapat rasa. Kalau baca dan tengok tak sama le cik ta.

      Siaran radio ke tv semua ada iklan....nama jugak iklan, mana sama dengan yang ori....hahaha..

      Delete
  2. Assalammualaikum dik.
    rasa rugi sangat lah pergi melawat P.Pinang hari tu, tak periksa betul2 tempat2 menarik.
    Lepas ke B.Bendira, terus tak tahu nak ke mana.Bawa kereta sewa drive sendiri, akak sekeluarga, patut boleh round habis kan.Sempat lagi menikmati matahari terbit tebing kota Cornwallis, kami bertolak awal dari Jitra.

    Kalau akak ke muzium ni, akak akan lawat kawasan2 seram ni termasuk menuruni tangga sempit tu. Best gambar2 ni..sangat mendorong untuk akak ke sana lagi.TQ dik, blog adik sangat berinfomasi.
    Ada masa cuba tengok blog ' TL Chua's blog', seorang juru gambar org.lama.Gambar2 yg.dihasilkannya juga sangat2 berkualiti, tengok postingnya yg.lepas2. Best, boleh memberi ilham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam kak puteri,
      terima kasih kak puteri. InSyaAllah, Allah izikan, nanti kak puteri sekeluarga boleh ke sana lagi. memang rasa seronok dan puas dapat meneroka tempat2 begini, kita dapat alami dan dapat membayangkan kehidupan ketika itu.

      Saya dapat ilham pun hasil melawat blog rakan2. sekarang sy dah mula belajar menanam sayur hasil kunjungan setia ke blog di sini di lingkaran ini..tq kak puteri.

      Sy dah lawat blog yang kak puteri cadangkan tu. memang berinformasi..sy dah masukkan dalam senarai blog yang menjadi favoorite...TQ kak.

      Delete
  3. Salam.
    Hari tu tgk tv pihak tv nak buat kajian ada intiti tak kat muzium perang!
    Kenapa muzium ni tak femes walau ia terhebat di Asia T?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam mamaju,
      Saya tak pasti apa sebab muzium ni tak berapa femes dalam negara, padahal dah lama dibuka. Ramai yang belum sedar kewujudannya. Ramai yang baru tahu setelah tengok di tv. Agaknya kurang promosi kot.
      Yang membuat saya kagum kat situ, binaan dan peralatan2 yang ada. Bayangkan lebih 80 tahun yang lalu dibina hanya memggunakan tenaga manusia..

      Delete
  4. Salam Ti,

    seram juga muzium perang ni ya. Akak pun tak berani nak masuk kalau jenis terowong tu, takut gelap. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam kak,
      Ada terowong yang sangat gelap dan muat2 badan je. Dah masuk mesti kena teruskan, kalau patah balik takut terlanggar orang belakang, tapi terowong ini jarang orang berani masuk, langsung tak nampak apa2. Pihak muzium sengaja kekalkan begitu untuk pengunjung alami keadaan sebenar. Ada juga terowong yang di pasang lampu malap di bahagian depannya, boleh le nampak juga.

      Delete
  5. dulu pernah tgk kat majalah 3 muzium ni..walau sering ke penang,tak pernah lagi singgah sini..tp mmg nampak menyeramkan kawasan nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ke Penang nanti terus ke sana. Seronok juga meneroka tempat2 macam ni,dapat satu pengalaman berbeza. kawasan seksaan dan pembunuhan tu yang agak seram sebab ada tempat dan alat pancung yang asal, juga ada tempat gantung.

      Delete
  6. nak pegi sini gak satu hari nnt

    ReplyDelete
  7. mahal jugak kan tiket masuk ke situ..
    hari tu.. dah berkira-kira nak masuk..
    rombongan cik kiah ramai bebeno..
    dekat 2 hatus..
    kensel..

    chopp...
    pakai baju kurung panjat terowong!!??

    wa tabik!!!
    hahhahahaaa!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kih kih...
      oh tak mungkin
      jalan2 pakai kain..
      nampak mcm kain...
      seluar kembang melebo..

      tabik spring erk..

      Delete
  8. Muzium ni bukak hri ape ? Pkol brpe ?

    ReplyDelete
  9. Muzium ni bukak hri ape ? Pkol brpe ?

    ReplyDelete
  10. Saya dengar ianya berhantu tapi rasanya bagai mana ya......?

    ReplyDelete