Pages

Friday, March 28, 2014

Bunga-bunga Jalanan

Sabtu Ahad yang memenatkan. 
Sabtu malam pecut ke ‘sana’, Ahad petang pecut balik ke ‘sini’. 
Kerja tak selesai juga. 
Rabu Khamis lebih melelahkan. Semalam (Rabu) jam 8.32 malam ada di check point imigresen masuk lagi ke ‘sana’. Hari ni jam 5.30 petang dah ada di sini. Esok kerja. Penat tapi sempat gak klik klik guna kamera digital..tertarik dengan bunga-bunga ni. Bunga-bunga jalanan...spring and autumn.
Rasa macam di bawah rimbunan pohon sakura di Jepun...haha. ..







>>>>  <<<<
Ala-ala Bunga Sakura la...
(foto :sumber uncle gugel) saja-saja nak banding..
>>>>  <<<<<
<<<<<<   >>>>>>

Pohon Sakura....(foto :sumber uncle gugel)
>>>>>   <<<<<
Tuan punya blog tengah berangan berposing di bawah pohon Sakura

Saturday, March 22, 2014

Kesal

Rasa geram ni minggu lepas lagi dah tulis tapi masuk draf 
dulu, maklumlah tengah marah nanti macam-macam pulak 
yang tercatatnya…bila dah ok ni edit sikit dan 
baru boleh publish…dah sejuk kata orang.

Al kisahnya...8 Mac saya dapat mesej,  bil  hp yang 
berjumlah sekiannya...
Kalut sana sini saya terlupa, 12 Mac  dah malam, baru teringat, 
jadinya terus le buat bayaran secara atas talian. 
Entah di mana silapnya, tup tup 18 Mac, saya tak boleh 
buat panggilan ...dah kena blok...adussss..jem jadinya.
Nasib baik ada back-up, line prepaid celcom dengan si comel 
Nokia C3 ni. Setia sungguh dia, lama sangat dah, 
banyak sungguh jasanya pada saya.

Geram jugak.  Dah 6 hari buat bayaran takkan tak updated lagi.
Petangnya balik kerja terus capai telefon rumah.
"Mengikut rekod kami, cik belum buat sebarang bayaran hingga saat ini"
Angin la saya...
"Boleh beri no rujukan bayaran, saya akan buat laporan"
"Saya rasa dirugikan kalau gini"
"Begini cik, dalam sistem memang kami tidak terima bayaran, 
apa pun saya akan sambungkan line cik sejam dari sekarang..."

Esoknya...

Kalau la saya tak call untuk complain...????


Friday, March 21, 2014

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah - JK2PP

Hmmm...dah banyak entri tentang jambatan terpanjang 
di Asia Tenggara ini...  jadinya saya pun tak nak ketinggalan juga 
nak turunkan catatan dan foto-foto yang sempat saya klik klik semasa 
menyeberangi jambatan yang berukuran 24 km ini.

Lepas Mac pasti dah ada catatan tentang kadar tol yang dikenakan.

Waktu ni jam di tangan menunjukkan 4.20 petang, 
panas masih membahang. 
Sungguh saya kagum dengan reka bentuk jambatan ini. 
Reka bentuk: jambatan kabel - penahan
jambatan galang kotak (sumber:wikipedia) 

SunRoof dibuka, saya memanjangkan leher dan kemera bekerja 
dengan aturan continuous shooting.
Membidik dengan sebelah tangan sambil menahan 
teriknya pancaran suria.....

...juga perlu melawan kuatnya tiupan angin meyakinkan 
saya bahawa tentunya kualiti 
gambar kurang memuaskan.
Aliran trafik begitu lancar waktu ini..luar waktu puncak
Panas membahang membuatkan saya tak mampu 
berlama-lama di bumbung kereta.
17km atas air dengan lebar 250 meter, memperlihat jambatan 
ini seperti seekor rakrasa yang sedang menyusur untuk 
menyeberangi Selat Selatan.

Menghampiri kemuncak...
Tadinya Viva di belakang ni laju, tapi tiba-tiba slow bila nampak 
ada objek muncul dengan kamera dari sunroof kereta..haha
Kemuncak..
Pilihan yang ada apabila menghampiri ke pulau

Semestinya tersekat-sebab, jalan dalam proses pembinaan.
Balik ikut jambatan pertama....

Sekian dulu catatan untuk kali ini, terima kasih
kerana sudi singgah di sesawangmaya phee ti..
seorang pencinta fotografi...
ASSALAMUALAIKUM

Thursday, March 20, 2014

Singgah ..Jeruk Madu Pak Ali

Jeruk Madu Pak Ali adalah 100% buatan Bumiputera.


 Pusat jualan ini terletak di Seberang Jaya,Pulau Pinang
 Antara produk yang dijual di sini


 Antara jeruk yang dijual ialah, mangga sala, mangga kuning, mangga sala, mangga air, kedondong hijau, kedondong kuning, betik, jambu batu, salak madu, pala penang, pala sagat, cermai, kabung, kelubi, anggur, ceri 
dan sengkuang



 Mula diusahakan sejak 1985 secara kecil-kecilan di rumah 
oleh pengasasnya Allahyarham Tuan Haji Ali Omar.
 Bahan-bahan yang digunakan, gula pasir, garam, pengawet dan pewarna yang dibenarkan, madu lebah, dan cuka epal.

Produk lain turun dikomersialkan
 Terdapat lebih 30 jenis jeruk basah dan 50 jeruk kering


Berhampiran kaunter bayaran diletakkan satu tempayan besar, pengunjung boleh membuat catatan atau menurunkan tandatangan di sini.

 Juga dipaparkan waktu solat
Jeruk Madu Pak Ali ini telah menembusi pasaran antarabangsa.

 Di sebelah belakang bangunan kedai ini disediakan kawasan letak kereta yang agak luas. Surau turut disediakan, walaupun masih dalam proses pembinaan namun ruang solat yang ada agak selesa.
Waktu saya singgah terdapat beberapa bas persiaran di sini.
Semoga perniagaan Jeruk Madu Pak Ali ini terus megah di persada pasaran dalam dan di luar negara.








Saturday, March 15, 2014

Asli daripada Masyarakat Orang Asli


Kawasan perkampungan orang asli ini terletak di sekitar kawasan Air Terjun Lata Iskandar, Tapah, dalam Daerah Batang Padang, Perak. Sumber utama pendapatan mereka adalah daripada hasil penjualan kraftangan, buah-buahan tempatan serta pelbagai hasil hutan lain terutama petai. Ukiran dan anyaman oleh masyarakat Orang Asli memang begitu menarik dan boleh dijadikan cenderamata buat hiasan di rumah.

Perkampungan Orang Asli Kaum Semai

Terasa sejuk dan damai

Saturday, March 01, 2014

Pemulihan Denggi

Sehari selepas disahkan denggi, mak dan adik-adik bawakan saya sup ketam nipah. Tak teringat pulak nak snap gambar sup ketam yang enak itu tapi waktu tu makan pun dipaksa untuk 2-3 sudu. 

Tapi gambar ketam nipah yang dibeli, sempat juga adik diklik klik

Inilah rupa ketam nipah yang belum dimasak
<<<<<  >>>>>
Datang teman dari seberang sempadan memberi petua agar 
cari bunga betik dan dibuat jus. Esoknya, jus bunga betik siap dibawa ke wad.

Bunga betik jantan : yang pahit itu ubat
>>>  <<<
Esoknya lagi, abang bawakan pulak jus pegaga.

Pegaga yang belum diproses

Balik ke rumah, jiran datang bawakan pula jus tembikai yang pekat..

Alhamdulillah. Terima kasih mak, abang, adik-adik, rakan-rakan serta jiran-jiran..