Petang ni ada hal kat Manjung.
Buat pusingan la...
Bruas, Air Tawar, Manjung, Pantai Remis, Taiping, Kuala Kangsar
232 km.
Dah selesai urusan, terus ke jeti ini.
Cuma lebih kurang 15 minit kat sini.
Tak boleh lama-lama, nak sampai rumah takut lewat malam
Dapat klik klik klik beberapa keping cukup la, lagipun tak banyak
aktiviti lagi waktu ni, masih panas.
aktiviti lagi waktu ni, masih panas.
Kalau petang sikit biasanya ramai orang kat sini
Ada juga nelayan pinggir pantai yang menaikkan tangkapan bila
petang sikit nanti. Masa tu la orang akan datang beramai-ramai.
petang sikit nanti. Masa tu la orang akan datang beramai-ramai.
Beredar dulu, perjalanan untuk sampai rumah lebih 2 jam lagi,
itupun kalau tak tersangkut singgah mana-mana.
itupun kalau tak tersangkut singgah mana-mana.
<<< >>>
Saya memilih balik ikut Pantai Remis. Jambatan ini perlu ditempuhi.
Sebelum naik jambatan ni, singgah kat bawah jap,
tengok apa aktiviti yang ada situ.
Jambatan Raja Permaisuri Bainun
Jambatan kedua terpanjang di Malaysia ini mula dibina pada tahun 1997
Siap sepenuhnya pada 2000
Dirasmikan pada 30 April 2001 oleh Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Azlan Syah.
Panjangnya jambatan ini, 1.2km, merentasi Sungai Dinding
Hanya 10 minit klik klik kat sini..kena gerak balik, nanti malam,
dan pulak takut hujan. Mata pulak silau dengan cahaya lampu..
dan pulak takut hujan. Mata pulak silau dengan cahaya lampu..
~~~~~~~~~~~~
~~~~
Sampai Pantai Remis, memang hujan, kemudian lebat dan lebat lagi.
~~~~
Sampai Pantai Remis, memang hujan, kemudian lebat dan lebat lagi.
>>> <<<
Alhamdulillah sampai rumah.
Keletihan, tidur.. esok ada plan lain pulak.
"After the sunset there always be a sunrise"
Rajin betul meronda, esok hala ke mana plak?
ReplyDeleteAda hal sana...
DeleteEsok....hal yang sangat penting, relax hahaha
Wow wow wow.....
ReplyDeleteemm.....emm..emm
Delete(senyum-senyum je ni)
terima kasih kak...
memang sgt cantik! teruskan usaha. Mama nak jln2 lagi ke peraklah. Hari tu baru ke Kuala je. Perak memang best!
ReplyDeleteTerima kasih mama,
DeleteNanti mama jalan2 le ke Lumut, banyak tempat yang boleh dikunjungi, Muzium Kapal Perang pun ada kat Pangkalan TLDM, tapi saya pun belum berkesempatan nak masuk lagi. Pulau Pangkor pun dah lama tak pegi...
suka gambar jembatan tu!
ReplyDeletenampak sangat besar dan tinggi!
pertama terpanjang jembatan pulau pinang lah kan..?
Tinggi betul jambatan tu..
Deletegugel kata, jambatan terpanjang kategori
rentas sungai : Jambatan Sungai Johor
1.7km merentasi Sg Johor
dibuka pada 10 Jun 2011.
Ada senior dari Pantai Remis suatu ketika dulu, berjiwa halus dan sangat tenang perwatakannya, gambar2 yg.adik kongsikan seakan dia lahir dari persekitaran yg.begini aman dan tenang..gambar2 perahu berlabuh dipermukaan air biru membuat jiwa berinteraksi dengan memori masa lalu.
ReplyDeleteBenar2 indah.
Terima kasih kak puteri kerana sentiasa menghargai karya seni warna sari.
DeleteBila tiap kali saya singgah di perkampungan nelayan, saya cuba empati pada kesukaran hidup nelayan. Meletakkan diri pada situasi paling sukar ketika menantang gelombang ganas di lautan.
Memori indah kak puteri itu akan tersimpan kekal...