Pages

Saturday, October 05, 2013

Klik Klik Awan Indah

Kepelbagaian ciptaan Allah itu sememangnya indah.  
Awan yang tergantung tidak bertiang membuktikan keesaan Allah yang tiada taranya.

Posting ini khas tentang awan yang sempat saya klik klik ketika rangka perayauan  saya ke satu dua tempat .

<<< >>>
Awan Daerah Raub, Pahang. Nikon D5100, saya penumpang 
jadi boleh le klik klik dengan selesa.
1 ~ 6:58 petang
2. masih di Raub 7:03 petang
3. Awan di Sungai Koyan, Pahang.. 7:23 malam. 
Perjalanan balik dari Pahang melalui Cameron Highland.
4. Awan Banjaran Titiwangsa : 
Antara Sungai Koyan~Cameron Highland. 7:43 malam.
>> <<
Empat foto awan indah di bawah ini sempat saya klik klik dalam perjalanan balik dari Betong, Thailand. Kali ni saya guna compact kesayangan saya, si merah menyala Nikon 1J1
5. Bukit bukau di Felda Nenering 3:34 petang 

6. Daerah Lawin 4:29 petang
7. Masih di Lawin 4:31 petang, gerimis petang.
8. Memasuki Daerah Lenggong 4:55 petang
>>> <<<
Ini pula keindahan awan ketika mentari tegak atas kepala di Lebuh Raya Utara Selatan.  
Klik klik kali ni menggunakan DSLR Nikon D3000 yang dihadiahkan oleh adik saya. Sentimental value kamera ni. 
 l love U adik.. (bukan sebab hadiah tu je tapi phee memang sayang adik)
9. Panas terik 12:38 tengah hari
10. jam 12:43 tengah hari
11. Waktu ni pun saya tidak memandu.. senang klik klik melalui cermin kereta
12:44 tengah hari
12. Ketika ni otw ke Sadao 1:12 tengah hari
13: seminit berbeza dari tadi, 1.13 tengah hari
14.  1:4 tengah hari
15. masa yang sama 1:14 tengah hari
<<<<  >>>>
Gambar-gambar di bawah ini saya klik klik sambil memandu menggunakan compact kecil yang sentiasa ada dalam poket. 
Olympus VG11.D700.  Kalau memandu sendirian saya akan gunakan compact ini sebab boleh klik klik guna sebelah tangan je.

Lokasi dan tarikh berbeza


21, 22 Sekitar Ladang Tebu Chuping 11.24 tengah hari

23 & 24 di rumah pak cik di Daerah Yan. Ini tak drive la..
Kedua-dua gambar ni masa yang sama 6:58 petang.
>>> <<<
24 keping gambar tentang awan.
"Winner never quit and quitters never win"

18 comments:

  1. Salam,
    mama pun sgt2 suka tgk awan klu dlm kereta!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam mama,

      Memang seronok kan tengok awan, macam-macam bentuk. Kekuasaan Allah untuk kita syukuri.

      Delete
  2. Cantik awan-awan ni....rajin klik klik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awan memang cantik......tak terungkap dengan kata. Hal paling suka semestinya klik klik...

      Delete
  3. Assalamualaikum Ti,

    Subhanallah cantiknya ciptaan Allah. Banyak rahsia terkandung disebalik awan, dari awan juga berasalnya hujan. Dinegara kita awan memang cantik-cantik tapi kalau di negaraTimur Tengah awan jarang kelihatan seperti di negara kita. Tu la kebesaraan Allah. Terima kasih Ti share photo yg sangat menenangkan terutama di Daerah Lawin dan Lenggong tu, rasa macam akak nak copy je. cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam kak,

      Saya pun sangat2 kagum dengan kepelbagaian bentuk awan. Syukur kita dapat melihat keindahan yang dipinjamkan Allah ni.
      Awan yang tebal di negara kita membolehkan kita menerima hujan yang banyak. Di Timur Tengah mereka kekurangan awan, pembentukan hujan juga kurang.

      Kalau ada gambar2 yang saya kirimkan dalam mana-mana posting memberi manfaat, sila lah copy kak, sama ada yang lepas2 atau InSyaAllah yang akan datang. Semua ini adalah pinjaman Allah untuk kita manusia. Dengan senang hati dan gembiranya, silakan lah ambil.

      Delete
  4. Awan memang cantik. Tapi tak sempat melihat ketika memandu. Bahaya.
    Dan anda memang berbakat dengan foto dan kamera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau keadaan mengizinkan baru saya shoot, itu pun secara continuous shoot, kalau hasilnya ok, alhamdulillah, kalau goyang, tak boleh buat apa2.

      Delete
  5. Question : Sila namakan jenis-jenis awan tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebahagian besar paparan awan di atas adalah awan rendah jenis kumulus. Gambar 5, 6,7 juga bercirikan awan kumulus, cuma saya tak berapa pasti sebab ada persamaan dengan awan stratus, dikatakan awan jenis stratus, biasanya terbentuk di kawasan puncak bukit atau gunung. Awan pada gambar 16 hingga 20 awan altocumulus, jenis awan yang berada pada ketinggian antara 2000 hingga 6000m. No 21 dan 22 tak pasti jenisnya.

      Delete
  6. saya suka sangat no 6 !!

    banyaknya awan kumulus di sana sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awan kawasan itu memang sangat cantik..
      Setiap kali melalui kawasan tu
      pembentukan awannya hampir sama.
      Sangat cantik terutama waktu tengah hari

      Delete
  7. Assalammualaikum dik.
    Berhari tak melawat blog ini, bila ada kesempatan wah rasa sangat sangat bertuah kerana telah tersedia pelbagai gambar dengan ceritanya sendiri.Hemm semuanya cantik dan menenangkan.Awan di no.3 dan no.5 bagaikan lukisan, ia benar benar sebuah karya, hasil karya yg.Maha Pencipta.Terimakasih berkongsi cerita awan ini. Awan nimbostratus di no.4, semakin tebal dan gelap ingin berkitar menjadi hujan.Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum kak puteri,
      Seronok kan tengok awan terutama bila tengah hari berada di kawasan lapang
      Saya pun suka sangat dengan awan. Kalau tengok awan terasa leka. Cantiknya awan tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata. Setakat ni saya tak dapat klik klik awan kumulusnimbus lagi.
      Terima kasih kak puteri memberi info tentang awan no 4.

      Delete
  8. subhanallah...tak terucap dek kata2 indahnya alam kepunyaanNYA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah
      Sungguh sungguh tak terucap dengan kata-kata keindahan yang Yang Maha Kuasa pinjamkan untuk kita semua syukuri ini.

      Delete
  9. Jangan lah asyik pandang ke bawah, pandan juga ke atas. You'll miss something beautiful. Gambar-gambar awan ini boleh membantu dalam pelajaran Geografi, bentuk-bentuk awan, Cantij dan indah sekali ciptaanNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak....cantik dan indah sekali. Awan, matahari, bulan semuanya membuktikan sesuatu yang amat indah

      Delete