LEMBAH Lenggong, yang diraikan sebagai Tapak
Warisan Dunia UNESCO hari ini, menyimpan pelbagai rahsia sebagai
penempatan terawal manusia zaman pra-sejarah di negara ini.
Kehadiran manusia di Lembah Lenggong yang
dikatakan bermula hampir dua juta tahun yang lepas membuktikan lembah itu
pernah menjadi antara peradaban tertua manusia di luar benua Afrika. Lembah
Lenggong menjadi perhatian masyarakat arkeologi dunia sejak penemuan kerangka
manusia yang dikenali sebagai Perak Man, bengkel pembuatan perkakas zaman batu
(Paleolitik) serta pelbagai khazanah purba yang lain.
Perak Man adalah rangka seorang lelaki dengan ketinggian 154 cm. Ia ditemui ditanam dalam keadaan kedua-dua kakinya dilipatkan ke dada dan bersamanya ditemui 2,878 siput sedut yang telah siap dipotong muncungnya dan sedia untuk dimakan.
Turut ditemui bersama kerangka itu adalah cebisan tulang daripada pelbagai spesis haiwan yang telah dibakar serta perkakas batu.

LENGGONG Lembah Warisan Dunia UNESCO
Tapak Arkeologi Lembah Lenggong ini telah berjaya diiktiraf sebagai
Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 30 Jun 2012
Penyenaraian Warisan Arkeologi Lenggong oleh UNESCO, menjadikan kawasan ini tapak ke-953 yang termasuk dalam senarai tapak warisan dunia dan yang ke-4
di negara kita selepas Bandaraya Melaka Bersejarah dan Georgetown,
Taman Negara Kinabalu, dan Taman Negara Mulu.