Pages

Tuesday, February 18, 2014

Kerana Aedes

Keranamu Aedes....
Gambar Aedes ni bersumber dari Google
..saya terbaring seminggu dalam wad. 

Entah di kawasan rumah baru, entah di mana-mana...
yang pasti aedes telah menusukkan virusnya ke dalam tubuh saya.
Kata doktor vena saya agak ke dalam dan saiznya kecil sedikit, jadi masalah akan timbul setiap kali darah akan diambil.

Jarum digerudi ke kiri ke kanan atas bawah, dan darah gagal dikeluarkan.
Kesannya...lebamlah lengan saya di sana sini.
Seminggu di wad, drip 4 kali ditukar kedudukannya sebab membengkak
Sabar.. adalah pengajaran terbaik yang saya dapat
Kini proses pemulihan sedang tekun dilalui
Alhamdulillah..cuma sedikit ujian yang Allah hadirkan untuk saya.

12 comments:

  1. laaa..
    kesiannya awak!
    patutlah lama senyap!!

    tengok gambar no2 pun dah tau betapa susah dan keciknya vein awak.. biasanya kalau terpaksa baru kita masukkan drip kat area situ..

    jari bengkak kenapa?
    masuk drip jugak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...sampai 4 kali tukar tempat untuk drip.
      Mula2 tempat biasa, belakang tangan, 24 jam je bertahan, bengkak sampai lengan,
      dah tu doc pasang drip kat pelipat, sempat abis sebotol air je, membengkak dengan teruk dan
      yang tak tahannya sakit, sakit sgt2. (sy ni kategori tahan sakit juga tapi yg ini memang sgt sakit)
      pas tu tukar kat jari, disebabkan cucuk pada vein yg lebih kecil, keadaan sama berulang, membengkak,
      last tu yg drip kat lengan kiri.
      Kat jari yg bengkak tu kesan drip gak...
      dugaaaannn..

      Delete
  2. sian....hehehe
    penah gak masuk spital kerana denggi masa zaman sekolah dulu

    ReplyDelete
  3. sesiapa saja boleh jd mangsa...ngeri pulak akak tgk kesan dicucuk tu...dapat dirasakan kesakitannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, dalam pada kita sentiasa beringat-ingat pun dapat juga, tapi ini saya anggap dugaan Allah.
      Sakit tu bila darah yang nak diambil tak dapat keluar...

      Delete
  4. Replies
    1. Terima kasih mama.
      Sekarang ni dalam proses pemulihan, cuma masih agak letih dan tak boleh lasak sangat macam selalu, kena ambil masa dulu

      Delete
  5. Assalammualaikum adik.
    Maha suci Allah.Dia lah yang mengizinkan penyakit dan Allah jugalah yang maha menyembuhkan.Sabar lah dan doa ikhlas untuk mu, semoga segera sembuh dan sihat walafiat seperti selalu.Tersentuh hati melihat kesakitan yg.adik alami.Sabarlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam kak puteri,
      Semakin beransur baik, cuma sekarang ni cepat letih, nak lasak macam selalu belum dapat sepenuhnya. Hari ni (22 Feb 2014) ada out door photography, cuba seperti biasa, tapi masih terbatas, lutut rasa lemah untuk berdiri lama-lama. Kata kengkawan yang pernah mengalaminya, ada yang ambil masa 3 bulan untuk sepenuhnya. Mudah-mudahan segalanya dipermudah oleh Yang Maha Esa.
      Terima kasih atas doa ikhlas akak, Allah saja yang membalas segala kebaikan akak itu.

      Delete