Pages

Sunday, March 30, 2014

LENGGONG Lembah Warisan Dunia UNESCO

LEMBAH Lenggong, yang diraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO hari ini, menyimpan pelbagai rahsia sebagai penempatan terawal manusia zaman pra-sejarah di negara ini.

Kehadiran manusia di Lembah Lenggong yang dikatakan bermula hampir dua juta tahun yang lepas membuktikan lembah itu pernah menjadi antara peradaban tertua manusia di luar benua Afrika. Lembah Lenggong menjadi perhatian masyarakat arkeologi dunia sejak penemuan kerangka manusia yang dikenali sebagai Perak Man, bengkel pembuatan perkakas zaman batu (Paleolitik) serta pelbagai khazanah purba yang lain.

Perak Man adalah rangka seorang lelaki dengan ketinggian 154 cm. Ia ditemui ditanam dalam keadaan kedua-dua kakinya dilipatkan ke dada dan bersamanya ditemui 2,878 siput sedut yang telah siap dipotong muncungnya dan sedia untuk dimakan.

Turut ditemui bersama kerangka itu adalah cebisan tulang daripada pelbagai spesis haiwan yang telah dibakar serta perkakas batu.













LENGGONG Lembah Warisan Dunia UNESCO
Tapak Arkeologi Lembah Lenggong ini telah berjaya diiktiraf sebagai 
Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 30 Jun 2012
Penyenaraian Warisan Arkeologi Lenggong oleh UNESCO, menjadikan kawasan ini tapak ke-953 yang termasuk dalam senarai tapak warisan dunia dan yang ke-4 
di negara kita selepas Bandaraya Melaka Bersejarah dan Georgetown, 
Taman Negara Kinabalu, dan Taman Negara Mulu.

Saturday, March 29, 2014

Scary

Betul-betul ni dan semakin menjadi-jadi la pulak.
(gambar-gambar ihsan uncle gugel..tak de kaitan pun)


Kisahnya, jiran saya ni, ada je kat rumah alias tak kerja, isteri je yang kerja. Umur dia ni lingkungan awal 30-an.

Yang menakutkan saya, tiap kali saya nak keluar atau balik pasti dia akan muncul dengan pakaian yang begitu minima. Senang cakap hanya bertuala pendek.

Pada awal-awal saya pindah dulu, saya dah dapat mengesan ada yang tak kena ni, ramahnya semacam je. Tapi biasala kalau depan isteri cakap tak tengok kita tapi bila tak de isteri, lirik matanya saja sungguh menakutkan.
Mula saya ingat apa yang terjadi itu hanya kebetulan tapi kalau dah sering, itu kebetulan yang disengajakan. Tiap hari bila saya keluar stat kereta, dia akan muncul kat pagar border rumah. Time tu ok lagi sebab mungkin juga isterinya pun sama-sama nak keluar kerja. Saya fikir dia tentunya nak tolong bukakan pagar untuk isteri. Untuk elak bertembung esoknya saya keluar awal, 6.30 saya dah stat kereta. Hari pertama je selamat, hari-hari berikutnya, 6.30 saya stat kereta dia dah tercokoh kat pagar. Uitt ini sudah lebih..

Time balik kerja lagi la pulak. Selalu saya akan sampai dalam 5.15, isterinya kerja kat Taiping jadi lambat le sampainya. Masa saya turun keta nak buka kunci pagar, saya masih dengar bunyi kompresor acon di luar bilik dia, tapi sebaik saya reverse keta masuk parking, tup tup sengih kat tepi pagar dengan tuala pendek dia yang amat pendek tu.
Sekali tu sungguh-sungguh menakutkan saya, hujan agak lebat, saya cepat-cepat le buka kunci pagar, dia pun kelam kabut berlari datang kononnya nak tolong tarik pagar saya, eee takutnya sampai hampir terselak tuala dia pakai tu. Saya berlari masuk kete terus pecut keluar, tak jadi masuk pagar saya sendiri.

Saya bercerita pada kengkawan dan untuk membuktikannya saya ajak 2 sahabat saya ikut saya balik rumah, apa lagi terkejut le diaorang.


Dilema sungguh saya, tak kan nak pindah lagi kot,penat yang dulu pun belum habis lagi. Saya dapat tahu mereka ni baru je berkahwin, perbezaan jarak umur hampir 20 tahun, usia si isteri jauh melebihi dia.

Friday, March 28, 2014

Bunga-bunga Jalanan

Sabtu Ahad yang memenatkan. 
Sabtu malam pecut ke ‘sana’, Ahad petang pecut balik ke ‘sini’. 
Kerja tak selesai juga. 
Rabu Khamis lebih melelahkan. Semalam (Rabu) jam 8.32 malam ada di check point imigresen masuk lagi ke ‘sana’. Hari ni jam 5.30 petang dah ada di sini. Esok kerja. Penat tapi sempat gak klik klik guna kamera digital..tertarik dengan bunga-bunga ni. Bunga-bunga jalanan...spring and autumn.
Rasa macam di bawah rimbunan pohon sakura di Jepun...haha. ..







>>>>  <<<<
Ala-ala Bunga Sakura la...
(foto :sumber uncle gugel) saja-saja nak banding..
>>>>  <<<<<
<<<<<<   >>>>>>

Pohon Sakura....(foto :sumber uncle gugel)
>>>>>   <<<<<
Tuan punya blog tengah berangan berposing di bawah pohon Sakura

Saturday, March 22, 2014

Kesal

Rasa geram ni minggu lepas lagi dah tulis tapi masuk draf 
dulu, maklumlah tengah marah nanti macam-macam pulak 
yang tercatatnya…bila dah ok ni edit sikit dan 
baru boleh publish…dah sejuk kata orang.

Al kisahnya...8 Mac saya dapat mesej,  bil  hp yang 
berjumlah sekiannya...
Kalut sana sini saya terlupa, 12 Mac  dah malam, baru teringat, 
jadinya terus le buat bayaran secara atas talian. 
Entah di mana silapnya, tup tup 18 Mac, saya tak boleh 
buat panggilan ...dah kena blok...adussss..jem jadinya.
Nasib baik ada back-up, line prepaid celcom dengan si comel 
Nokia C3 ni. Setia sungguh dia, lama sangat dah, 
banyak sungguh jasanya pada saya.

Geram jugak.  Dah 6 hari buat bayaran takkan tak updated lagi.
Petangnya balik kerja terus capai telefon rumah.
"Mengikut rekod kami, cik belum buat sebarang bayaran hingga saat ini"
Angin la saya...
"Boleh beri no rujukan bayaran, saya akan buat laporan"
"Saya rasa dirugikan kalau gini"
"Begini cik, dalam sistem memang kami tidak terima bayaran, 
apa pun saya akan sambungkan line cik sejam dari sekarang..."

Esoknya...

Kalau la saya tak call untuk complain...????


Friday, March 21, 2014

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah - JK2PP

Hmmm...dah banyak entri tentang jambatan terpanjang 
di Asia Tenggara ini...  jadinya saya pun tak nak ketinggalan juga 
nak turunkan catatan dan foto-foto yang sempat saya klik klik semasa 
menyeberangi jambatan yang berukuran 24 km ini.

Lepas Mac pasti dah ada catatan tentang kadar tol yang dikenakan.

Waktu ni jam di tangan menunjukkan 4.20 petang, 
panas masih membahang. 
Sungguh saya kagum dengan reka bentuk jambatan ini. 
Reka bentuk: jambatan kabel - penahan
jambatan galang kotak (sumber:wikipedia) 

SunRoof dibuka, saya memanjangkan leher dan kemera bekerja 
dengan aturan continuous shooting.
Membidik dengan sebelah tangan sambil menahan 
teriknya pancaran suria.....

...juga perlu melawan kuatnya tiupan angin meyakinkan 
saya bahawa tentunya kualiti 
gambar kurang memuaskan.
Aliran trafik begitu lancar waktu ini..luar waktu puncak
Panas membahang membuatkan saya tak mampu 
berlama-lama di bumbung kereta.
17km atas air dengan lebar 250 meter, memperlihat jambatan 
ini seperti seekor rakrasa yang sedang menyusur untuk 
menyeberangi Selat Selatan.

Menghampiri kemuncak...
Tadinya Viva di belakang ni laju, tapi tiba-tiba slow bila nampak 
ada objek muncul dengan kamera dari sunroof kereta..haha
Kemuncak..
Pilihan yang ada apabila menghampiri ke pulau

Semestinya tersekat-sebab, jalan dalam proses pembinaan.
Balik ikut jambatan pertama....

Sekian dulu catatan untuk kali ini, terima kasih
kerana sudi singgah di sesawangmaya phee ti..
seorang pencinta fotografi...
ASSALAMUALAIKUM