Pages

Tuesday, January 07, 2014

Rezeki Sisa..

Assalamualaikum rakan-rakan. Ini N-3 pertama 2014. Rasa lamanya. Sibukkan diri sebab ingin gapai impian yang dipendam sekian lama.

Dalam kesibukkan memenuhi impian, saya tersentak apabila saya menemui situasi ini.
Kawasan perlombongan bijih timah. Perlombongan legal berlesen.

 Lori ini membuang sisa bijih yang telah diambil hasilnya.
Lori-lori ini ulang alik menggelongsorkan sisa bijih 
ke kawasan bawah bukit.





Namun....sisa-sisa bijih ini menjadi rezeki kepada golongan masyarakat kecil pedalaman ini..
Tanpa menghiraukan risiko yang mereka sedia tahu, usaha tetap dilanjutkan. Hidup mesti diteruskan, rezeki mesti dicari biarpun terpaksa kais sisa-sisa bijih timah ini.
Saya difahamkan, dah ada beberapa orang yang terkorban semasa usaha mengumpul sisa-sisa bijih ini untuk dibawa keluar.
Terkorban disebabkan gagal mengelak sisa-sisa batu yang dibuang lori dari atas bukit sana.

 5 minit tegak di sini....Vrommm..memecut buah hati.. meninggalkan lokasi ...memiliki vrommmm vrommmm..itu impian saya yang telah ALLAH makbulkan pada awal 2014 ini.
Namun saya berazam dalam hati....
Alhamdulillah...semoga rezeki yang ada dapat kita kongsikan dengan mereka yang kurang bernasib baik.

10 comments:

  1. dimana tu..??demi sesuap nasi..nyawa terpaksa digadaikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya minta maaf akak sebab tak dapat beritahu lokasinya sebab saya shot gambar ni tanpa kebenaran. Walaupun perlombongan ni legal tapi mungkin pemiliknya kurang senang kalau mereka tahu.
      Bersyukur kita beruntung dari mereka. Saya sangat simpati.

      Delete
  2. Nak tanya juga kat mana...simpati dengan mereka. Bukan semua orang bernasib baik seperti kita..seperti awak tu...

    Hari tu kita sengaja lalu kawasan rumah awak, kita berdua dengan kakak kita. Kami ambil jalan jauh yang berdepan rumah awak. Kita dah nampak buah hati baru awak. Amboi amboi merah menyala kulitnya. Mengapa tak oren, awak kan suka sangat dengan warna oren. Dah dapat buah hati baru, yang lama dah berselimut ye. Tapi yang baru boleh berdua je dan kalau hujan basah pulak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita jumpa, saya story di mana lokasinya, nak tulis kat sini kurang sesuai...k

      Ooo skodeng saya ye. Nanti kena soal dengan bodyguard saya baru tau..hahahaha
      Kulitnya dah datang dengan warna merah, yang oren tak de. Kalau ada pun tak sesuaiiii gitu.
      Kalau hujan berhenti le. Jimat tak yah bayar tol...
      Yang lama tu jasanya melangit dah. Kasi rehat jap dulu sementara tuannya berjoker joker dengan yang baru ni.

      Delete
  3. wahhhh..
    dah ada vroommm baru!!!

    masih ada lagi lombong bijih timah terbuka di Malaysia ya.. saya baru tau..

    ReplyDelete
  4. Lama benar tidak singgah di sini!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih....
      Dari Lensa Kelabu pun dah lama tak bersiaran

      Delete
  5. Tahniah le da ada vroom baru.. pegi tpt mcm ni kena berhati2 la ya...cantikkan warna oren timbunan tanah dari kejauhan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...
      Letih sungguh ke sana sini...letih yang sengaja dicari
      bila dah slow nanti baru boleh sambung siaran..

      Delete