Pages
Sunday, February 23, 2014
Tuesday, February 18, 2014
Kerana Aedes
Keranamu Aedes....
![]() |
| Gambar Aedes ni bersumber dari Google |
..saya terbaring seminggu dalam wad.
Entah di kawasan rumah baru, entah di mana-mana...
yang pasti aedes telah menusukkan virusnya ke dalam tubuh saya.
Kata doktor vena saya agak ke dalam dan saiznya kecil sedikit, jadi masalah akan timbul setiap kali darah akan diambil.
Jarum digerudi ke kiri ke kanan atas bawah, dan darah gagal dikeluarkan.
Kesannya...lebamlah lengan saya di sana sini.
Seminggu di wad, drip 4 kali ditukar kedudukannya sebab membengkak
Sabar.. adalah pengajaran terbaik yang saya dapat
Kini proses pemulihan sedang tekun dilalui
Alhamdulillah..cuma sedikit ujian yang Allah hadirkan untuk saya.
Wednesday, February 05, 2014
No Title
Proses pindah line internet belum seatle. Online dengan android ni memerlukan kesabaran yang melangit tingginya. Apa pun Alhamdulillah masih boleh ber-online walaupun pergerakannya setaraf kura-kura comel..
Gambar di bawah ni tak de kaitan dengan ungkapan perasaan di atas, sekadar mengisi ruang yang kosong...
Monday, January 27, 2014
Chow Kit
Banyak yang saya tidak tahu tentang tentang Chow Kit.
Bila saya gugel untuk cari tahu, dikatakan.. kalau nak cari apa saja, sila ke
sini, semuanya ada.
Bila saya ke sini dua minggu lepas, group konvoi kami di bawa guide menginap di salah sebuah hotel di tengah-tengah Chow Kit. Kami sampai dah magrib, gopoh gapah check-in
takut terlepas waktu.
sejam kemudian
berkumpul di lobi untuk cari alas perut.
Alamak…..susahnya nak cari makanan di sekitar tu…. Jangankan masakan ala Thai, yang Melayu pure
pun tak de. Semuanya masakan Indon. Ada
yang mencuba tapi ternyata selera memang tak boleh terima. Lastnya kami semua beli mee segera tapi saya langsung
tak makan, badan keletihan, tak pernah riding jauh.
Saya sempat klik klik 3-4 keping gambar je dengan hp. Travel kali ni tak bawa DSLR, space beg sandang sangat terhad.
Mana perginya peniaga Melayu???
Sunday, January 26, 2014
Penghuni Zoo Melaka
Dah beberapa hari tak jengah sini, nak update dulu dengan
gambar-gambar ni.
Nanti kat rumah baru boleh cerita baru..
Mereka semua berasal dari hutan, kini berhabitat di Zoo Melaka
Tuesday, January 21, 2014
Sibuk Berganda
Tetiba
saya kena pindah rumah sebab anak tuan rumah nak duduk sini. Khabarnya
ditukarkan ke sini dengan kadar segera.
Kalut
juga jadiknya…
Alhamdulillah
ada kengkawan yang tolong mencari rumah sewa untuk saya. Serba salah la pulak,
mana nak pilih. Apapun mak pesan, lokasi penting.
Sibuk
packing, dah le malas masak, juga malas nak keluar cari makan. Tengok dalam freeze ada betik muda, cincang-cincang gaul, jadiklah untuk alas perut petang dan malam ni….
taa
daa..somtam. Meratah somtam je le..
Jemput
semua.
Tuesday, January 07, 2014
Rezeki Sisa..
Assalamualaikum
rakan-rakan. Ini N-3 pertama 2014. Rasa lamanya. Sibukkan diri sebab ingin
gapai impian yang dipendam sekian lama.
Dalam kesibukkan memenuhi impian, saya tersentak apabila saya menemui situasi ini.
Kawasan perlombongan bijih timah. Perlombongan legal berlesen.
Lori ini membuang sisa bijih yang telah diambil hasilnya.
Lori-lori ini ulang alik menggelongsorkan sisa bijih
ke kawasan bawah bukit.
Namun....sisa-sisa bijih ini menjadi rezeki kepada golongan masyarakat kecil pedalaman ini..
Tanpa menghiraukan risiko yang mereka sedia tahu, usaha tetap dilanjutkan. Hidup mesti diteruskan, rezeki mesti dicari biarpun terpaksa kais sisa-sisa bijih timah ini.
Saya difahamkan, dah ada beberapa orang yang terkorban semasa usaha mengumpul sisa-sisa bijih ini untuk dibawa keluar.
Terkorban disebabkan gagal mengelak sisa-sisa batu yang dibuang lori dari atas bukit sana.
5 minit tegak di sini....Vrommm..memecut buah hati.. meninggalkan lokasi ...memiliki vrommmm vrommmm..itu impian saya yang telah ALLAH makbulkan pada awal 2014 ini.
Namun saya berazam dalam hati....
Alhamdulillah...semoga rezeki yang ada dapat kita kongsikan dengan mereka yang kurang bernasib baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)














