Pages

Saturday, October 05, 2013

Klik Klik Awan Indah

Kepelbagaian ciptaan Allah itu sememangnya indah.  
Awan yang tergantung tidak bertiang membuktikan keesaan Allah yang tiada taranya.

Posting ini khas tentang awan yang sempat saya klik klik ketika rangka perayauan  saya ke satu dua tempat .

<<< >>>
Awan Daerah Raub, Pahang. Nikon D5100, saya penumpang 
jadi boleh le klik klik dengan selesa.
1 ~ 6:58 petang
2. masih di Raub 7:03 petang
3. Awan di Sungai Koyan, Pahang.. 7:23 malam. 
Perjalanan balik dari Pahang melalui Cameron Highland.
4. Awan Banjaran Titiwangsa : 
Antara Sungai Koyan~Cameron Highland. 7:43 malam.
>> <<
Empat foto awan indah di bawah ini sempat saya klik klik dalam perjalanan balik dari Betong, Thailand. Kali ni saya guna compact kesayangan saya, si merah menyala Nikon 1J1
5. Bukit bukau di Felda Nenering 3:34 petang 

6. Daerah Lawin 4:29 petang
7. Masih di Lawin 4:31 petang, gerimis petang.
8. Memasuki Daerah Lenggong 4:55 petang
>>> <<<
Ini pula keindahan awan ketika mentari tegak atas kepala di Lebuh Raya Utara Selatan.  
Klik klik kali ni menggunakan DSLR Nikon D3000 yang dihadiahkan oleh adik saya. Sentimental value kamera ni. 
 l love U adik.. (bukan sebab hadiah tu je tapi phee memang sayang adik)
9. Panas terik 12:38 tengah hari
10. jam 12:43 tengah hari
11. Waktu ni pun saya tidak memandu.. senang klik klik melalui cermin kereta
12:44 tengah hari
12. Ketika ni otw ke Sadao 1:12 tengah hari
13: seminit berbeza dari tadi, 1.13 tengah hari
14.  1:4 tengah hari
15. masa yang sama 1:14 tengah hari
<<<<  >>>>
Gambar-gambar di bawah ini saya klik klik sambil memandu menggunakan compact kecil yang sentiasa ada dalam poket. 
Olympus VG11.D700.  Kalau memandu sendirian saya akan gunakan compact ini sebab boleh klik klik guna sebelah tangan je.

Lokasi dan tarikh berbeza


21, 22 Sekitar Ladang Tebu Chuping 11.24 tengah hari

23 & 24 di rumah pak cik di Daerah Yan. Ini tak drive la..
Kedua-dua gambar ni masa yang sama 6:58 petang.
>>> <<<
24 keping gambar tentang awan.
"Winner never quit and quitters never win"

Friday, October 04, 2013

Ronda-Ronda

Petang ni ada hal kat Manjung.
Buat pusingan la...
Bruas, Air Tawar, Manjung, Pantai Remis, Taiping, Kuala Kangsar
232 km.

Dah selesai urusan, terus ke jeti ini.
Cuma lebih kurang 15 minit kat sini.

Tak boleh lama-lama, nak sampai rumah takut lewat malam
 Dapat klik klik klik beberapa keping cukup la, lagipun tak banyak 
aktiviti lagi waktu ni, masih panas.


Kalau petang sikit biasanya ramai orang kat sini
Ada juga nelayan pinggir pantai yang menaikkan tangkapan bila 
petang sikit nanti. Masa tu la orang akan datang beramai-ramai.


Beredar dulu, perjalanan untuk sampai rumah lebih 2 jam lagi, 
itupun kalau tak tersangkut singgah mana-mana.
<<<  >>>
 Saya memilih balik ikut Pantai Remis. Jambatan ini perlu ditempuhi.
Sebelum naik jambatan ni, singgah kat bawah jap, 
tengok apa aktiviti yang ada situ.

Jambatan Raja Permaisuri Bainun
Jambatan kedua terpanjang di Malaysia ini mula dibina pada tahun 1997
Siap sepenuhnya pada 2000
Dirasmikan pada 30 April 2001 oleh Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Azlan Syah.
Panjangnya jambatan ini, 1.2km, merentasi Sungai Dinding

 Hanya 10 minit klik klik kat sini..kena gerak balik, nanti malam, 
dan pulak takut hujan. Mata pulak silau dengan cahaya lampu..
~~~~~~~~~~~~
~~~~
Sampai Pantai Remis, memang hujan, kemudian lebat dan lebat lagi.
>>> <<<
Alhamdulillah sampai rumah.
Keletihan, tidur.. esok ada plan lain pulak.

"After the sunset there always be a sunrise"


Thursday, October 03, 2013

Intai Migran Kuala Gula

Alang-alang dah berada di Kuala Kurau, singgah la di Kuala Gula. Tak sia-sia ke sana..eh ada bangau. (pembetulan )  botak upih
Bangau Botak ooo bangau botak mengapa engkau besar...
macam mana aku tak besar
makanan banyak...makanan banyak

Terleka seketika 


Dah nak balik baru la toleh sekejap ke arah ini..
Kuala Gula Sanctuary Resort

Renungan
"Tanpa kosentrasi, waktu bagaikan dicuri"

Tuesday, October 01, 2013

Merpati Melaka

Ini Persimpangan Padang Nyiru

Sebaik nampak pemandangan ini, saya halakan lensa. 
Terus klik klik klik ..dah tak sempat nak setting kamera betul betul.
Ehh hasilnya boleh tahan juga.

Kebetulan lampu merah.
Santai betul merpati ni
 Pandang-pandang kamera lagi
Memang tepat jinak-jinak merpati 
Sentiasa waspada pada kita manusia


 Nampak macam dah kesejukan je
Tetap nak posing lagi

Terima kasih untuk model yang bila didekati mereka lari ini..