Tetiba
saya kena pindah rumah sebab anak tuan rumah nak duduk sini. Khabarnya
ditukarkan ke sini dengan kadar segera.
Kalut
juga jadiknya…
Alhamdulillah
ada kengkawan yang tolong mencari rumah sewa untuk saya. Serba salah la pulak,
mana nak pilih. Apapun mak pesan, lokasi penting.
Sibuk
packing, dah le malas masak, juga malas nak keluar cari makan. Tengok dalam freeze ada betik muda, cincang-cincang gaul, jadiklah untuk alas perut petang dan malam ni….
taa
daa..somtam. Meratah somtam je le..
Jemput
semua.
Nanti kita tolong angkat-angkat barang, yang ringan je le, yang lain angkat sendiri no.
ReplyDeleteDulu kita tak kenal pun somtam ni, juga makanan siam yang lain tapi sejak kenal awak, kita jadi suka pulak.
Kalau pegi kuliah pun kita akan ajak kawan2 makan kedai siam. Pengaruh awak kuat la,
tapi kita nak cakap, somtam awak memang sedap..
Kon kap kon kap....
DeleteNanti tolong angkat bantal-bantal busuk saya yang berlambak tu ye..
Kat rumah baru saya banyak ruang untuk tanam-tanam, boleh le kita berkebun sama-sama. Yang pasti tepi pagar rumah tu ada pokok betik, tuan dia kata silalah ambil sebab dia yang tanam...maknanya selang sehari le ratah somtam buat yang malas macam saya ni
macam tulah kalau pindah rumah, memang letih...
ReplyDeletesaya pun suka somtam jugak :) kat duduk kat sempadan kelantan-thai pengaruh makanan thai kuat.
Letih berganda, masa kemas di rumah lama, juga masa kemas di rumah baru nanti..
DeleteMasakan Thai dah meluas pengaruhnya di negara kita ni
patut la beberapa hari blog tak berupdate...tak apa lah,utamakan yg penting dulu..
ReplyDeletebila dah kemas-kemas ni baru la terperasan banyaknya barang dan banyak juga yang dah boleh di bye bye..
Deletegestrik karang!!!
ReplyDeleteTq doc, hari ni dah makan nasi 2 kali
Deletehahaha byr dam utk yg semlm
Assalammualaikum dik,
ReplyDeleteSelamat menduduki rumah baru. Orang tua2 kata, sebelum angkat barang2, antar barang2 ni dulu iaitu:- air, garam, asam, gula, bahan api..sikit2 dah lah..tabur keliling rumah dengan garam, di 4 penjuru kawasan rumah..sambil kata "ini kawasan kediaman aku umat nabi Muhammad, 'kamu' mahluk2 alam yg.lain jangan ganggu diri aku, kaum keluarga aku, anak cucu aku, bersaksilah kita atas nama Allah" ucapkanlah dua kalimah syahadat. Ok..sekadar perkongsian, petua orang tua. Apa pun tujuannya mestilah tersirat kebaikan, budi bahasa dengan alam. Salam ingatan mesra selalu.Jaga diri.
Waalaikumussalam kak puteri,
DeleteTerima kasih atas petua yang dibekalkan itu, insyaallah sy cuba praktikkan nanti. Sekarang ni masih sibuk di rumah lama, packing pinggan mangkuk yg agak rumit, takut pecah..kalau kain baju tak masalah sgt. Harap rumah baru ni rajin le nak bercucuk tanam
kobis itu kelihatan sangat tidak menyelerakan.. hehe
ReplyDeleteHahaha....ส่าหรีสี suka makan kubis mentah. Makan gitu je atau buat ulam, kalau masak kureng sangat2.
Delete