Pages

Wednesday, December 25, 2013

Warisan Kapal Korek Terakhir

Cadangan asal cuti Krismas ni nak ke tempat lain, tapi disebabkan 
masalah keselamatan, jelajah kat dalam Perak je la, itu lebih baik.
Kebetulan pulak nak ke Teluk Intan, jadi ondewey tu singgahla 
mana-mana tempat yang ada kisah tersendiri.

N-3 kali ni nak kongsikan sedikit gambar kapal korek bijih timah yang terakhir beroperasi di negara kita. Sekarang dah dijadikan muzium pun.
Sedikit maklumat mengenai kapal korek ini:
RM 420.000 telah dibelanjakan untuk membaik pulih kapal ini termasuklah kerja-kerja mengapungkan dari kedudukan asalnya yang sedikit senget.
Mula beroperasi pada tahun 1913 dan terakhir diservis pada 1982.
Kapal korek ini memang sangat besar. Macam dianasor je.


Yang bawah ni, kat dalam dianasor tu la

////
Dari dalam perut dianasor, tengok ke luar, ada ternakan itik.
Tiga keping gambar di bawah ni ialah pengaup tanah yang mengandungi bijih. 

 Mangkuk yang besar ni tentu boleh muat badan saya yang bersaiz XL ni.
Yang bawah ni pulak, lorong untuk ke bawah kot, sebab ada tangga tu..
Masa nak klik klik kat sini, tiba-tiba kamera saya gagal berfungsi total.
Saya faham....akhirnya alhamdulillah setelah sepotong ayat Quran dibaca.
<<<<   >>>>
Sedikit fakta tentang kapak korek terakhir ini:
Keluasan : 35 x 75
Tinggi : 5 tingkat 
Berat : 45000 tan
Bilangan pekerja : 90 orang ( 30 orang setiap shif)





14 comments:

  1. assalam Tee..teringat pulak di Mines dulu-dulu ada kapal korek!!

    ReplyDelete
  2. Menarik.! Boleh dijadikan satu agenda lawatan sambil belajar. Kain rentang 'The Last Dredge' perlu yang kekal Terima kasih Cik T.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju kak, kain rentang tu dah pudar pun, pihak bertanggungjawab kena buat yang kekal, dan perlukan lebih promosi sebab ini punyai nilai sejarah yang tinggi.

      Delete
  3. dulu masa akak ke Kellie's Castle...sblm sampai..melilau jugak cari kapal korek ni tp sampai kesudah tak jumpa hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah nak cari lokasi. Saya hari tu dari Batu Gajah ikut panduan orang bagi, masuk keluar kampung.

      Delete
  4. erk!!!
    kena jugak!
    saya pun kena .. masa kat situ baru-baru ni !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...saya pun baca yang doc tulis tu
      Doc dah tutup salah satu pintu tapi kembali terbuka
      Doc dan Budakrock kan???
      tu yang saya beringat2 dan tak over sangat
      waktu klik klik situ.

      Delete
  5. Replies
    1. terasa juga sikit tapi dah beringat2 sebab sebelum tu dah baca entri Doc Singa,, yakinkan diri yang ALLAH Maha Berkuasa dan cuma ingin melihat objek bersejarah...alhamdulillah.

      Delete
  6. ops... lupe nak tanya. kat mane lokasi kapal ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Tanjung Tualang, Batu Gajah....tak tau nak bagi lokasi dengan detail, main redah je.

      Delete
  7. eeee.....kalau dia ikut balik cam ne.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dia ikut, ....ajak singgah rumah cik Ta dulu...hihihi

      Delete