Pages

Saturday, November 09, 2013

Felda Residence Hot Springs, Sungai Klah, Sungkai.

Melalui PLUS, exit tol Sungkai

2 km dari tol, masuk simpang kiri untuk menuju ke TRAP. 
Jarak dari situ ke TRAP 9 km. Sepanjang laluan, kiri kanan adalah ladang kelapa sawit, FELDA Sungai Klah, Sungkai, Perak.
<< >>
Apabila pemandangan ini ditemui, bermakna jarak ke TRAP sudah semakin hampir
.............
Jumpa papan tanda yang ni dah dekat sangat..
jalan terus je kalau ke kanan kawasan petempatan.
................
Pas tu jumpa papan tanda ni pulak, belok masuk je.
.......
Ni la harga yang perlu dibayar....
..............
Pada sesiapa yang belum pernah ke sini, satu pesanan ikhlas, pakailah kasut yang tumit rata je...


......
Plan lokasi
Batu-batu kecil refleksologi dalam air suam yang mengalir jernih dan cetek.
Masa saya klik klik kat sini tak perasan ada seseorang yang hanya berbikini paling minima sedang berbaring di laluan air suam ini...
adusss....sangat seksinya..
.......

Tak boleh bawa masuk telur...
perlu beli di sini kalau nak rebus, harganya RM 6 
untuk 5 biji telur.

........
opss..nampak tak lingkaran warna ungu kat tangan tu..
Inilah tiket untuk masuk ke sini..
....

Kanak-kanak lah paling seronok kat sini..tapi mak kanak-kanak, kakak, abang, atau ayah kanak-kanak mesti la join sekali
sebab kena jaga keselamatan kanak-kanak.


.......
 Ada cafe dalam gua batu buatan ni.

Penginapan turut disediakan tapi saya tiada maklumat tentang itu. Uncle google tentu boleh bagi kita info.

Tuesday, November 05, 2013

Nelayan Kecil Teluk Bahang

Alhamdulillah
Sewaktu tiba di jeti kecil, nelayan pantai baru pulang. 
Kecil, namun syukur rezeki kecil itu buat saraan keluarga.
Tidak ada orang tengah, terus kepada pembeli 
yang setia menunggu. 


Menaikkan hasil tangkapan kecil.


Hasrat  membeli temenung segar untuk dibakar 
di penginapan tidak tercapai.
"Temenung sampai 10 malam kak, la ni ada senangin, bawai, dan itu pari. Nanti mai la lagi, sewa chalet dekat sini kan.." 
Penang stail. 
 " Malam takut nak keluar".. 
"Hahaha...baguih la, perempuan tak elok merayau malam-malam, kalau ada lelaki boleh la, tapi kalau nak teman, saya ada..hahaha"
"Pari sedap buat bakaq kak, cicah ayaq asam, buat pekat-pekat, saya boleh tunjuk.."
" Tima kasih, saya tak makan ikan pari"..
"Rugi betui la kak tak makan ikan pari, sedap, manis, tapi tak pa, dah tak makan nak buat lagu mana"

"Saya nak senangin, 4 ekor cukup la"
"Senangin sedap buat gulai kak (kari), tapi bakaq pun sedap, 
segar macam orang yang juai ni, dan manis macam 
orang yang beli ni...hahaha"
Adusss..layan ja la mamat Tanjung yang ramah ni.

Sedikit dapat menyelami hati budi mereka nelayan-nelayan ini.
Nelayan kecil di Teluk Bahang, Pulau Pinang
Jumpa lagi...ASSALAMUALAIKUM
SALAM MAAL HIJRAH