Pages

Tuesday, November 05, 2013

Nelayan Kecil Teluk Bahang

Alhamdulillah
Sewaktu tiba di jeti kecil, nelayan pantai baru pulang. 
Kecil, namun syukur rezeki kecil itu buat saraan keluarga.
Tidak ada orang tengah, terus kepada pembeli 
yang setia menunggu. 


Menaikkan hasil tangkapan kecil.


Hasrat  membeli temenung segar untuk dibakar 
di penginapan tidak tercapai.
"Temenung sampai 10 malam kak, la ni ada senangin, bawai, dan itu pari. Nanti mai la lagi, sewa chalet dekat sini kan.." 
Penang stail. 
 " Malam takut nak keluar".. 
"Hahaha...baguih la, perempuan tak elok merayau malam-malam, kalau ada lelaki boleh la, tapi kalau nak teman, saya ada..hahaha"
"Pari sedap buat bakaq kak, cicah ayaq asam, buat pekat-pekat, saya boleh tunjuk.."
" Tima kasih, saya tak makan ikan pari"..
"Rugi betui la kak tak makan ikan pari, sedap, manis, tapi tak pa, dah tak makan nak buat lagu mana"

"Saya nak senangin, 4 ekor cukup la"
"Senangin sedap buat gulai kak (kari), tapi bakaq pun sedap, 
segar macam orang yang juai ni, dan manis macam 
orang yang beli ni...hahaha"
Adusss..layan ja la mamat Tanjung yang ramah ni.

Sedikit dapat menyelami hati budi mereka nelayan-nelayan ini.
Nelayan kecil di Teluk Bahang, Pulau Pinang
Jumpa lagi...ASSALAMUALAIKUM
SALAM MAAL HIJRAH

16 comments:

  1. Amboi amboi dah berkenalan dengan mamat penang pulak. Jangan dok terpikat orang sana dah, nala punya jauh. Ingat hat dok ada di seberang tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkawan berpuluh ribu, yang itu itu cuma satu. Kalau cik ta baca kena ikut penang stail, cik ta kan made in penang...

      Delete
  2. Salam,
    Gambar2 itu menceritakan segala2nya.
    Cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam mama,
      Betul tu mama, kalau konsep dalam fotografi, sekeping foto dapat menceritakan segalanya. Foto sifatnya universal..

      Delete
  3. Assalamualaikum Ti,

    Sedap tu makan ikan bakaq cicah air asam, terliuq kak.....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam kak,
      hahah ..memang sedap kak, hari tu saya dengan adik bakar senangin, cicah air asam....keenakkannya masih terasa sampai hari ni. Ikan segar, manis rasanya.

      Delete
  4. hehe..kalau layan lebih2..entah2 dapat ikan segar yg free..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...tu yang takut tu...itu pun dapat free dah sekor senangin, yang kecil sikit dari yang kami beli..alhamdulillah murah rezeki nelayan tu nanti.

      Delete
  5. Ikan fresh mesti teringat2 kemanisannya... try pari .. ikan ni sedap juga... dulu2 akak pun tak makan pari ... semenjak dibuat ikan bakar kat sini baru tahu keenakannya ...suka foto non6 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yg kata pari bakar sedap., apalagi kalau ikan baru yg segar. Nak cuba juga la suatu hari., mana tau kot jatuh cinta pulak kat pari bakar.

      Delete

  6. ' akak sebenarnya tak nak beli pun ikan senangin tu.. tapi sebab akak nak ambik gambar .. akak belilah jugakkk...'
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha......mestilah pandai berlakon...nak idup

      Delete
  7. Assalammualaikum Adik.
    Laut dan nelayan ceritanya tetap sama, tetap menyimpan cerita sedih.Bila hasil tangkapan naik ke darat, senang je..orang didarat meminta harga yg.murah tanpa memikirkan kesusahan nelayan sewaktu ditengah laut menghadapi cabaran angin dan ombak yg.tak kenal belas kasihan. Apa pun gambar2 yang dikongsikan sangat cantik dan menghibur.Terimakasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam kak puteri,
      Itulah kehidupan nelayan. Sy tak pernah menyelami kehidupan mereka. Hasrat hati satu hari nak ke laut, tapi kompom mabuk laut..hihihi.

      Delete