Pages

Monday, September 15, 2014

Kayu Tas dan...

Semalam saya ikut satu kumpulan petugas masuk ke perkampungan orang asli di kawasan Sungai Siput. Yang saya nak kongsikan ialah apa yang saya peroleh sebagai cenderamata dari sana.
Sebenarnya saya cuma ‘petugas bidan terjun’ mengganti salah seorang petugas sebenar yang tiba-tiba ada hal keluarga. Saya ditarik untuk mengikuti rombongan kecil tersebut waktu saya ke rumah kawan untuk hantar tempahan baju. Kamera pun tak bawa. Ragu-ragu nak ikut sebab ahli kumpulan tersebut saya tidak begitu kenal pun. Hanya dengan ketua kumpulan tersebut saya pernah berurusan. Fikir kejap 2-3 minit, ok saya terus ikut. Tak jadilah saya ke kebun hari ni. 2 buah 4 wheel dgn 8 penumpang bergerak arah Sungai Siput.

Selesai program yang dianjur oleh JAKOA, kami bersiap balik. Tiba-tiba saya dipanggil oleh Tok Batin, diberinya saya alat ini (namanya tak tahu...) dan sebatang KAYU TAS sepanjang 1 meter.

  entah apa nama alat ini...
  dan kegunaannya untuk apa...
 Saya terima dengan gembira.
Yang kat bawah ni saya tahu - kayu tas. 
Banyak juga yang saya baca tentang kayu tas ini.
 Dalam perjalanan tiba-tiba salah seorang rakan bersuara, "untung awak, masuk sini kali pertama dah dapat kayu tas, kami masuk setiap 
minggu pun tak pernah dapat". Ohh gitu kisahnya, patut la...
Saya hanya diam sepanjang hampir 3 jam perjalanan balik.
Sampai Sungai Siput kami berehat dulu. Saya hulurkan 
kayu tas pada ketua kami dan minta dia potong 
8 keratan ..untuk 8 orang. 
Tapi yang alat atas tu, tak la saya bagi untuk dipotong...



 Saya uji kayu tas ini di rumah, hujungnya saya bakar sedikit,
memang ada seperti apa yang dikatakan.
Apa pun kita tidak boleh percaya sesuatu selain Allah. Apa sahaja
yang terjadi atas bumi ini adalah dengan izin Allah jua.
Terima kasih. Jumpa lagi
ASSALAMUALAIKUM


Tuesday, September 09, 2014

Buat yang ngidam..

Petang semalam sedang saya mengelamun sorang-sorang, 
tiba-tiba datang sorang kakak…….. 

Tinggal satu taman tapi jarang jumpa, dia tinggal 
kat barisan depan jalan masuk.

“Kat kebun Tee ada bunga betik tak? 
Akak teringin nak makan kerabu bunga betik”.

“Kalau ada dan tak susahkan Tee 
boleh tak tolong ambikkan untuk akak”
<<<  >>>
Sarat sangat dah kandungan akak ni, anak ke-4. 
Suaminya kat Pangkor.
>>  <<
Lepas Asar, saya ajak kawan teman ke kebun. 

Alhamdulillah… cuaca terang. 


Rezeki akak ni, 

banyak pulak bunga betik kali ni.





Sampai rumah ngam ngam azan Magrib.
Gembira rasa hati saya bila tengok 
akak tu gembira dapat bunga betik kejap tadi.

~~~~~
Saya simpan sikit untuk dibuat ulam

Assalamualaikum..
Jumpa lagi 

Sunday, August 31, 2014

Landasan Berkembar Tasik Merah.

Assalamualaikum semua...
Landasan kereta api yang merentasi Tasik Merah ini merupakan 
satu-satunya landasan yang merentasi tasik di negara kita.
Di sebelah kiri ialah landasan lama yang ditambak. Landasan 
baru menggunakan kaedah tiang konkrit.
Bila dah klik klik, terfikir pulak, alangkah cantiknya jika ada kereta api melaluinya waktu itu. Mustahil la nak menunggu tanpa 
merujuk jadual perjalanan terlebih dulu. 


Bila saya online jadual KTMB, ternyata hanya Ekspres Rakyat destinasi Butterworth-Woodland yang melalui kawasan ini pada waktu siang.
 Lima keping gambar di atas diambil sewaktu otw dari Parit Buntar
>>>  <<<
Seminggu kemudian...
setelah mengambil kira jadual perjalanan 
Ekspres Rakyat Butterworth-Woodland yang bergerak 8.00 pagi, 
akan tiba di Stesen Parit Buntar 8.50 pagi, dan saya menjangkakan train akan melalui kawasan ini sekitar 9.15 pagi. 

10 minit menunggu, yang ditunggu pun tiba..



Hanya 2 minit, Ekspres Rakyat melintas dan menghilang…


Jumpa lagi...
Assalamualaikum...

Friday, August 29, 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Di sini lahirnya sebuah cinta…
Cinta pada alam dan pertanian. 
 Ini salah satu sebab Sesawang Maya menyepi. 
 Sibuk dengan cinta baru, menjadi petani…walaupun bukan sepenuh 
masa, namun lebihan masa yang sebelum ini banyak untuk 
mengadap gajet berteknologi tinggi telah bertukar 
ke gajet alam semula jadi.







Mudah-mudahan hasrat menjadikan pertanian satu 
perniagaan akan menjadi realiti.

Friday, July 25, 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Sayang kengkawan semua.
Semoga ukhuwah kita berpanjangan

Saturday, June 21, 2014

Hilangnya Nilai Kemanusian

Menangis saya ketika televisyen menyiarkan 
berita tentang kisah remaja ini.


Di manakah nilai kemanusiaan seorang manusia bergelar ibu? 
Tergamak sungguh melakukan hal sebegini terhadap 
anak sendiri, seorang anak OKU. 
Insya Allah syurga untukmu adik…
Nasihat untuk diri saya sendiri..
"Anak-anak adalah tangan yang dengannya kita memegang syurga" – Henry Ward Beecher -

foto: bhonline..
tq..bh