Assalamualaikum rakan-rakan...
2 minggu berehat..banyak hal yang perlu diberi keutamaan..
Saya muncul dengan membawa 3 variati mempelam di sini...
>>> <<<
Raja mempelam…tentulah
Harum Manis, yang harum baunya dan manis rasanya. Harum manis hanya sesuai
ditanam di Perlis dan Kedah Utara. Semestinya faktor cuaca memainkan peranan penting
tentang kemenjadian buah mempelam ini. Menurut fakta, setakat ini, Harum Manis cuba
ditanam di kawasan lain, pokoknya subur namun sukar mengeluarkan buah, jika ada
pun buahnya kecil dan tidak manis… pastinya…kajian demi kajian sedang
dijalankan untuk tujuan meluaskan tanaman Harum Manis ini. Setakat ini
permintaan melebihi penawaran. Harga di pasaran mencecah RM30 hingga RM 35
untuk sekilogram Harum Manis.
Baru-baru ini saya berpeluang ke Perlis, dapat
membeli Harum Manis di rumah saudara dengan harga RM 15 sekilogram. Harum Manis
ditanam di sekeliling rumah berselang seli dengan sepokok dua Sala.
Pokok Harum Manis...(atas dan bawah)
>>>> <<<<<
Mempelam Sala,
..di Perlis
jenis ini kurang mendapat sambutan. Buahnya juga manis selain isinya tebal,
namun permintaannya tidak sehangat Harum Manis.
Pokok Mempelam Sala
Harum Manis & Sala
<<<< >>>>
Sewaktu menjenguk sempadan, hmmm seperti pasar khas mempelam, pelbagai spesies. Namun saya hanya tertarik dengan Mempelam Epal ni.
Sekilo dijual
dengan harga 40 Baht atau RM 4. Beli dan terus makan, untuk dibawa balik ke
Malaysia memang sangat bermasalah. Di sana juga mempelam yang juga popular,
namanya Tong Dam. Tong Dam ni biasanya dimakan dengan pulut. Manis, lemak,
isinya lembut dan tebal, namun tetap tidak boleh menandingi Si Harum Manis Perlis.
>>> <<<
sampai jumpa lagi..
Assalamualaikum