Petang semalam
sedang saya mengelamun sorang-sorang,
tiba-tiba datang sorang kakak……..
Tinggal
satu taman tapi jarang jumpa, dia tinggal
kat barisan depan jalan masuk.
“Kat kebun Tee
ada bunga betik tak?
Akak teringin nak makan kerabu bunga betik”.
“Kalau ada dan tak
susahkan Tee
boleh tak tolong ambikkan untuk akak”
<<< >>>
Sarat sangat dah kandungan akak ni, anak ke-4.
Suaminya kat Pangkor.
>> <<
Lepas Asar,
saya ajak kawan teman ke kebun.
Alhamdulillah… cuaca terang.
Rezeki akak ni,
banyak pulak bunga betik kali ni.
Sampai rumah ngam ngam azan Magrib.
Gembira rasa hati saya bila tengok
akak tu gembira dapat bunga betik kejap tadi.
~~~~~
~~~~~
Saya simpan sikit untuk dibuat ulam
Assalamualaikum..
Jumpa lagi
akak tak pernah buat..tp kalau makan kat luar...mesti cedok kalau ada kerabu bunga betik ni..sedap..
ReplyDeleteSaya pun tak pernah buat, tapi suka makan...kawan selalu hantar kalau dia buat kerabu ni. Saya suka ulam mentah gitu je. Pahit-pahit sikit tapi sedap kan...
Deletetak tau pun bunga betik boleh dimakan..
ReplyDeletekebun pisang awak ok..?
Kata opah, bunga betik boleh mencegah darah tinggi..juga buat awet muda....(yang ni best)
Deletekebun pisang ok, tapi tuan kebun yang tak berapa ok, 2 hari dah demam + flu. Dok berkurung dalam rumah...
Assalammualaikum dik.
ReplyDeletewahh..parang tu macam rupa parang yg.akak guna kat kebun juga.Pandainya pegang parang..benar benar anak melayu.Rasa bangga tengok gambar2 ni. Nak menghilangkan pahit bunga betik rebus air dengan asam jawa, kemudian celur bunga betik tu dalam air asam tersebut.
Waalaikummussalam kak puteri,
DeleteTerima kasih beri petua tu, boleh la guna kejap lagi ni. Bunga betik ada lagi ni. Pagi ni minta tolong abang yang jaga kebun tolong ambik sebab ada opah kawan nak makan kerabu jugak.
Anak kampung bebeno kata orang perak, mesti tahu memarang, menajak, mencangkul. Skill bertambah mantap bila dah ada kebun ni....hahaha dan sklill ni mesti diwarisi nanti.
Parang tu nampak kurang sesuai untuk memetik bunga betik.Lebih sesuai kalau gunakan gunting pokok. Apapun, bunga betik memang sedap.
ReplyDeleteparang tu lebih sesuai utk tebang pokok betik tu... hehehe
DeleteSetuju...parang ni sangat tidak sesuai tapi saya bawa parang ni kiranya 2 in 1...
Deleteke kebun dah lewat petang, yang ada di sana pekerja semua lelaki...
walaupun dah faham mereka tapi tetap kena beringat-ingat...
Afeezz, bukan setakat pokok betik boleh ditebang, pokok balak pun boleh...hahaha
Deleteassalamualaikum kak tee
ReplyDeletesaya tak pernah makan dan rasa bunga betik, sedap ke?
Waalaikummussalam afeezz,
DeleteConfirm yang afeezz ni orang bandar bebeno....(cakap orang kuale)
Rasanya pahit-pahit sikit, tapi sedap. Banyak khasiat ni, satunya yang paling mengembirakan bila makan (walau pahit) katanya boleh AWET MUDA, alasan yang diberi, perjalanan darah boleh lancar, jadi lambat le dimamah usia...
hahahaha..meh cuba.
Hmmm.. tak pernah cuba, Saya suka ulam, yg pahit. Kalau jumpa sure akan try :).
ReplyDeleteHaaa... parang 2 in 1... waaa.... takut ler... larii.... hihi...
Actually saya tgh cari pucuk betik cause ada 2 sedara [mak dan anak] masuk wad sebab denggi. Doktor kata selain sup ketam, elok minum air pucuk betik tu....
Sy pasti kalau dah cuba ulam bunga betik ni En Syed akan cuba lagi untuk kali kedua. Memang agak pahit tapi saya suka...
Deletehahaha...lepas ni bawa kayu tas je le ganti parang....kalau libas orang dengan kayu tas alamatnya....
Ya...salah satu kegunaan pucuk/bunga betik untuk rawatan denggi, tapi tak boleh minum banyak, cukup sekadar 2 sudu besar selama 3 hari. Ini pengalaman saya sendiri, kena denggi awal tahun dulu. Mak blend bunga betik dengan air masak, tapis dan minum. Ini memang pahit kaw kaw berbanding kalau dah direbus. Alhamdulillah platelet darah cepat naik dan cepat sembuh. Lenguh2 sendi pun cepat sangat hilang.