Pages

Thursday, July 11, 2013

Teman Pagi Padi

Seronok menikmati udara pagi  di kampung yang di kelilingi sawah. Segar menghijau. Sambil berjalan ditemani Bulat, pokok-pokok padi yang sedang menghijau diperhati. Ada sesuatu yang menarik sedang menyembunyikan diri di celah-celah daun. Cuba melarikan diri dari lensa kamera. Tapi jari yang lebih pantas, embun yang belum kering juga membantu melambatkan pergerakan binatang-binatang kecil dan comel ini.

Teringat masa kecil, pagi-pagi begini, arwah ayah selalu mengajak kami berjalan-jalan sambil tangkap belalang untuk dibuat umpan mengail ikan puyu. Kami akan bawa tin yang tutupnya dilubang-lubangkan sebagai bekas mengisi belalang.
Ternampak pula kelibat si kumbang kecil berwarna oren ini. Terkedek-kedek cuba menyorok di belakang daun padi. 
Kecil dan comel sangat. Untuk tidak terus menakutkan si comel, lensa ditukar. Zoommmmm, tapi tak dapat sebesar mana pun sebab si comel  ini terlalu kecil. 
Ternampak pula bergayutan sang labah-labah yang menghuni pokok-pokok padi. Kebanyakan sarang labah-labah ini dah pecah akibat tiupan angin yang agak kuat. 
Di mana pun saya merantau, hati tetap di sini.....

Tanya sama padi .. apa sebab goyang
Nanti jawab padi ... angin yang goncang
Tanya sama hati ... apa sebab sayang
Nanti jawab hati .. kamu putri bendang

Terima kasih kerana sudi singgah di entri Phee Ti ini.

4 comments:

  1. Cantik gambar-gambar ni. Dah lama tak berada di kawasan sawah. Kecik-kecik dulu selalu. Sekarang di kampung pun dah tak de orang yang usahakan sawah, semua orang muda lebih suka kerja di kilang. Kalau ada sawah yang ditanam, itu pun dengan tenaga kerja orang Siam atau Bangla yang dibawa masuk oleh toke-toke yang pajak tanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sawah di kampung adik masih setia mengusahakan, mewarisi tradisi keluarga tapi dengan bantuan semua peralatan moden. Kalau balik time padi tengah dituai dengan mesin, saya confirm panjat dinasour besar tu. Kalau sawah tengah dibajak, terjun gak gagau ikan. Saja nak imbas kenangan. Anak-anak sedara yang masih kecik pun dah dibawa masuk ke bendang oleh mak ayah diorang. Biar diaorng kenal apa itu lumpur....hihihi

      Delete
  2. Jurrufoto dan foto yang amat baik. menarik dan cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam, terima kasih. Terima kasih juga singgah di sini.

      Delete