Pages

Friday, August 29, 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Di sini lahirnya sebuah cinta…
Cinta pada alam dan pertanian. 
 Ini salah satu sebab Sesawang Maya menyepi. 
 Sibuk dengan cinta baru, menjadi petani…walaupun bukan sepenuh 
masa, namun lebihan masa yang sebelum ini banyak untuk 
mengadap gajet berteknologi tinggi telah bertukar 
ke gajet alam semula jadi.







Mudah-mudahan hasrat menjadikan pertanian satu 
perniagaan akan menjadi realiti.

Friday, July 25, 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Sayang kengkawan semua.
Semoga ukhuwah kita berpanjangan

Saturday, June 21, 2014

Hilangnya Nilai Kemanusian

Menangis saya ketika televisyen menyiarkan 
berita tentang kisah remaja ini.


Di manakah nilai kemanusiaan seorang manusia bergelar ibu? 
Tergamak sungguh melakukan hal sebegini terhadap 
anak sendiri, seorang anak OKU. 
Insya Allah syurga untukmu adik…
Nasihat untuk diri saya sendiri..
"Anak-anak adalah tangan yang dengannya kita memegang syurga" – Henry Ward Beecher -

foto: bhonline..
tq..bh

Friday, May 30, 2014

Sembah Takziah




Kami kehilangan seorang sultan yang berwibawa, Almarhum Sultan Azlan Syah. Saya dan beberapa rakan berkesempatan menziarahi jenazah almarhum di Istana Iskandariah sekitar jam 11.15 pagi 29 Mei 2014. Sebelah petangnya pula, sekali lagi kami hadir pada upacara pengebumian almarhum di Makam Di Raja Kuala Kangsar yang bertempat di Masjid Ubudiah.

Tidak banyak gambar yang dapat dikongsikan...gambar pun dicapture dengan hp yang dah mula menunjukkan tanda-tanda nak meragam...adusss
 Berbaris untuk masuk ke Balairong Seri, Istana Iskandariah


>>>     <<<
di luar Balairong Seri

<<<  >>>
Pada sebelah petangnya, sewaktu istiadat pemakaman di Makam Di Raja Kuala Kangsar.




                                atas dan bawah
selfie dalam hujan renyai-renyai..

 << >>
cameraman

 

Wednesday, May 28, 2014

MALASSS!!!!



Di kampung..
Dah lebih seminggu kat kampung…
Malas nak bukak mobile data…..sekali on, berpusu-pusu segala macam jenis mesej masuk… beratus  whatsApp, beratus weChat….untuk sementara semua malas nak reply..just ambik masa 10 to 15 minutes check emel dan blogwalking dalam kelajuan maksima.
 
Sesekali diuji dengan masalah peribadi, benar-benar meletihkan mental dan fizikal. Mental yang letih dan pengaruhnya tentulah membawa keletihan fizikal...Kamera pun dah lama tak terusik....


Tak pe la...jom relax dengan hidangan alam depan rumah...untuk foto-foto simple ni tab yang terpaksa klik klik untuk tuannya yang sedang terganggu jiwa...hahaha



 Nak makan mempelam, berdiri je atas lantai pondok ni, 
hulur tangan dan petik je..
Pondok ni tempat kami rehat-rehat waktu siang...
 Sempat gak saya berkebun sikit untuk hilangkan boring.
 yang bawah ni tanaman adik.
Sampai jumpa lagi..
Assalamualaikum 
 

Thursday, May 15, 2014

Teguh



Seteguh mana pun hati, ada ketikanya tersungkur juga. 



Namun memandang matahari ini memberi keyakinan bahawa 
esok pasti akan ada sinar baru… INSYAALLAH.














Sinar mentari dari kampung…
Assalamualaikum..